10 Faktor Memilih Pasangan

Kebanyakan daripada rumahtangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, cubalah anda pertimbangkan faktor-faktor berikut :

1. Tempoh Masa Berkenalan
Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

2. Memilih Pasangan Sendiri
Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

3. Harapan Yang Tidak Wajar Tentang Perkahwinan
Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

4. Masalah Keperibadian dan Tingkahlaku
Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

5. Banyak Pengalaman Hidup
Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

6. Bayangan Orang Yang Ingin Anda Kahwini
Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

7. Pasangan Yang Bersifat Seakan-akan Diri Anda
Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

8.  Mempunyai Cita-Cita Yang Seiring
Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

9. Kebolehan Berkomunikasi
Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah caranya.

10.  Kebolehan Menyelesaikan Pertelingkahan
Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.


Panduan Memikat. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Advertisements

7 responses to “10 Faktor Memilih Pasangan

  1. mm..kalau baru kenal satu hari terus langsung pacaran bagaimana?apa terlalu cepat?

  2. very good……!bicara soal apa yang u tulis sepertinya u petualang cinta sejati.wau……tulisan yang sangat bagus.tapi jujur gw nggak baca loh ha….ha…..tapi sekilas sepertinya menarik juga,kapan kapan deh gw baca he …..he…..

  3. cinta; kasih sayang;rindu & seangkatan dengannya bukanlah sesuatu yang mudah dipupuk & diruntuhkan..ingin menyintai seseorang; bermakna kita harus menyayangi diri kita dahulu & berkongsi kasih sayang terhadap diri sendiri dengan orang lain….sanggupkah kita sakit??? kalau tidak, bermakna kita juga tidak sanggup orang yang kita kasihi berada dalam keadaan tidak sehat mahupun dalam kesusahan bukan…timbang2kan lah kata2 ini….

    tetapi dari kesakitan & kegagalan masa lalulah akan membuatkan kita lebih jitu dalam menghadapi hari depan…

    ALLAH maha mengetahui lagi maha memahami akan hamba ciptaanNYA…

  4. segala sesuatu yang akan dijalani, hendaknya dipikirkan matang-matang, karena pilihan itu akan menentukan hidup kita

  5. apa yang di katakan oleh sufina i2,cinta sokong………………tp igt apa2 y kita rancang ALLAH y menentukan segalanya….jgn ssekali melupakanNYA…..

  6. semuanya bergantung pada diri kita sendiri..seperti kata cinta kita hanya merancang. tuhan yang menentukan segalanya..satu yang harus diingat…setiap pasangan yang kita pilih adalah tanggungjawab kita.susah senang yang berlaku,kita dengan pasangan yang kita yang tahu….

  7. Sabar,saling mengerti merupakan langkah tanggung jawab.hitam dan putih kita coba utk satukan.demi kasih utk slamanya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s