Panduan Kenali Pasangan

JIKA anda inginkan rumah tangga yang berjaya, anda perlu bersikap realistik dan terbuka. paling penting ketahui pelbagai perkara mengenai pasangan anda sama ada menerusi teman atau keluarganya.

Lihat persamaan

Lihat ciri keperibadian yang diingini
Jika anda menyukai keadaan yang kemas dan tersusun, maka amat penting anda memilih pasangan yang menyanjungi ciri ini serta menggunakannya untuk mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan.

Lihat keserasian
Antara ciri yang amat penting dalam memilih pasangan adalah keserasian dalam keperluan kedua-dua pihak. Contohnya, dalam pergaulan sosial. Jika anda suka menghadiri majlis sosial (contohnya, majlis makan malam) tetapi pasangan anda tidak menyukainya, ia berkemungkinan menimbulkan pertelingkahan.

Lihat dan sahkan kekuatan serta kelemahan masing-masing
Lelaki yang menganggap dirinya lemah dari segi menguruskan rumah cenderung menganggap bakal isterinya berkebolehan dalam hal berkenaan tanpa memastikannya terlebih dulu. Ia sama seperti wanita mengandaikan bakal suaminya pandai membaiki peralatan rumah yang rosak. Andaian sebegini mempunyai risiko kerana lelaki dan wanita masa kini cenderung memiliki minat yang berbeza.

Lihat dan pertimbangkan ciri lain yang anda inginkan
Kaji setiap persahabatan anda pada masa lalu dan teliti jika ia memiliki corak perhubungan yang tidak anda sedari. Contohnya, lelaki mungkin memilih wanita yang tinggi dan kurus seperti ibunya, atau wanita mendapati semua teman lelakinya memiliki bersikap kompetitif – seperti bapanya. Jika anda menyedari wujudnya ciri itu, anda boleh menentukan sama ada akan memilih pasangan berdasarkan ciri berkenaan.

Bagaimana menambah kenalan?
Jika anda berhasrat menambah kenalan, bermula sebagai kawan dan seterusnya mungkin calon pasangan hidup, maka carilah jalan untuk mengenali mereka.

Serta kelab/persatuan
Menyertai persatuan atau kelab adalah cara terbaik untuk bertemu rakan baru. Jika anda menyertai persatuan yang aktivitinya amat anda minati, maka anda mungkin berpeluang menemui individu yang berkongsi minat yang sama. Minat yang sama adalah penting dalam mewujudkan persahabatan atau perkahwinan.

Melalui kawan anda
Tanya kawan anda jika dia mengetahui seseorang yang sesuai untuk anda. Minta kawan anda mengaturkan pertemuan. Banyak pasangan bertemu jodoh melalui cara ini.

Mulakan usaha memikat
Jika anda meminati seseorang, anda boleh memulakan sesebuah persahabatan. Walaupun tujuannya ialah untuk menentukan kesesuaian pasangan hidup, adalah penting jika ia bermula daripada hubungan persahabatan. Dengan cara ini anda mungkin dapat mengenali sikapnya yang sebenar.

Bahaya pertemuan pertama
Adalah bijak jika anda mengadakan pertemuan pertama dengan aktiviti ringan seperti pelawaan minum. Pilih tempat yang memudahkan anda masuk dan keluar jika anda tidak selesa dengan kelakuan si dia..

Adakah si dia sesuai?
Anda memerlukan masa untuk menentukan sama ada teman anda memiliki ciri perlakuan dalam pelbagai situasi yang anda inginkan. Inilah sebabnya tempoh percintaan yang singkat biasanya akan membawa kehampaan. Cara lain ialah mengatur situasi tertentu bagi memerhati tingkah lakunya. Contohnya, jika anda memilih untuk mengahwini seseorang yang sukakan kanak-kanak, bawalah dia berkelah bersama kanak-kanak. Ini memberi anda peluang memerhati tingkah lakunya yang sebentar.

About these ads

14 responses to “Panduan Kenali Pasangan

  1. justreadmysterio

    kalo dari sudut pandang saya sih ga seribet itu bu…
    siapapun, eh apapun malah. xp tinggal dia nya mau ga sama saya. heuheu
    btw salam kenal yak !

  2. Susah amat ya, waktu saya menemui sia dia, rasanya tidak sulit. :D

  3. Pingback: Blogger Malaysia Membelot « kang tutur’s weblog

  4. doh sama seperti DB susah amit iks
    :lol:

  5. Pingback: Zemam’s Weblog

  6. NIKAH DULU BARU KENALI PASANGAN ANDA, PENJAJAKAN- BUANG WAKTU..

  7. kalo gak cocok ntar menyesal, lebih baik menjajaki dulu, baru kalo ada kecocokan siap nikah. daripada kawin cerai-kawin-cerai,, buang-buang cinta

  8. betul kata strez.. kenali dulu betul2..selami hati budi sedalam dalamnya.. namun andai ade kekurangan yg kita tidak puas hati mgkn kita boleh saling menasihat / membimbing…kerana..percintaan adalah saling melengkapi.. terimalah kelebihan & kekurangan psgn & saling membimbing utk CUBA menjadi yg terbaik…saya nasihat utk diri saya juga…

  9. bolehlah puas hati

  10. sya pun setuju ngan stez..kenali dulu pasngn kita s’dlm2ny….baru NIKAH….

  11. bEtUl,bEtUl,bEtUL, pCrAn DlU BiAr sAlInG mEnGeNaL PrIbAdI MsNg2 BiAr nAnTI NgAk nYEsEl,,, kLo dA SiAp bRu dEh mErId…

  12. siti nur laila

    stady la,aku nk yang lain lain pulak dia bagi,tpi kna ingat klu nk bercinta,kenali budinya dahulu,lps 2 kenali emosinya,lps2 permainkan dia,krana di dunia ini x kan ada lelaki yang setia

  13. sk0ng strez..lau stkat kwen cerai,kwen cerai…beQ xpya..
    buang ms n buang duet jep..sSunguhnye mmbazir e2 amalan syaitan..!
    Lau B0LE tmE LA PsngAN seaDnye,bru b0le ase kbhagia’n..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s