Tanda Lelaki Itu Masih Suami Orang

1.  Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan. 

2.  Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3.  Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4.  Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5.  Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6.  Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7.  Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9.  Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10.  Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya. 
 

Advertisements

17 responses to “Tanda Lelaki Itu Masih Suami Orang

  1. Wah, analisa yang tepat sekali.

    Saya rasa, hampir semua suami merasakan hal yang sama. Tapi bagaimana kalau ada yang suka ama suami orang…? Hehehhe

  2. klo sudah cinta semua tanda itu seakan hilang :D

  3. Banyak perempuan yang menjadikan inis ebagai tantangan…!! :)

  4. Sebuah analisa yang sangat jitu.

  5. macem sudah mengalamilah wak nih…, salam kenal

  6. Bahasanya unik.

    Teknik mencegah perselingkuhan. :D

  7. wah wah wah,
    kok dibeberkan semua ya…
    ntar jadi ketahuan dong kalau cowok selingkuh
    he he he

  8. hehehe…
    bisa dibuwat pegangan untuk dihindari

  9. wah ini baik untuk para wanita tp bisa jg buruk hehehehe…

    nanti para pria belang jadi tahu ciri-ciri ini trus dihindari dech hehehe…

    :D

  10. memang tepat kenyataan di atas.
    bagi gadis-gadis diluar sana, berhati-hati. Jangan tertipu. Ramai lelaki mendakwa masih bujang walaupun dah ada anak ramai. Maklum saja penampilan mereka yang tampan bergaya buat kita keliru

  11. lelaki mcm ni jgn dibiarkan terus licik di medan permainan cinta palsu. if si perempuan tu dah dapat kesan dr awal jgn tunggu lama2. tinggalkan jer

  12. apa pulak tanda² kalau wanita tu isteri org….zaman sekarang yg sudah bersuami pun banyak yg skandal jugak….

  13. tepat setepat tepatnya deh….

  14. x yah nak ckplah sekarang ni. budak remaja lagi suka suami orang katanya ada experience. n laki orang pun banyak yang gatal merenyam kalau dia nak menipu, tak yah nak diajar. dia lagi licik dan susah nak dikesan. CUMA perasaan seorang istri dapat tahu kegiatan suami nyer

  15. perut nya buncit ??? nah kalo dia orangnya bangsa gemuk or dia oangnya peminum truz perut nya buncit. nah apakah dia termasuk masih suami orang …??? kalo menurut saya sich perut buncit tidak termsuk tanda laki – laki itu masih suami oang ya ..!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s