Suatu Kenangan Pilu

Setiap kali aku mendengar lagu Kau Dipaksa Aku Terpaksa , hati aku akan terus menjadi sayu. Sedikit sebanyak liriknya mengimbau kenangan paling sedih dalam hidupku.Biarlah aku berkongsi kenangan ini bersama kalian…agar sedikit sebanyak bebanan ini berkurangan…
Semasa aku masih menuntut di IPTA, aku mengenali seorang pemuda bernama Kamal. Hubungan kami dari kawan menjadi ‘couple’, dan aku benar-benar menyayanginya. Kamal adalah seorang lelaki yang baik, berbudi bahasa, jujur, sedia membantu, penyayang,menghormati wanita dan tidak pernah cuba mengambil kesempatan ke atas diriku. Sikapnya itu membuat aku rasa bahagia dan selamat bersamanya. Kamal tidak pernah melayan aku dengan kasar malah sering menasihatkan aku untuk menjadi wanita yang dihormati.

Namun latarbelakang Kamal membuatkan aku gementar untuk membawa Kamal berjumpa dengan orang tuaku. Mama dan papa pasti akan melenting sekiranya tahu aku berkawan dengan seorang pemuda kampung dan dari keluarga pesawah.. Aku pula berasal dari ibu kota dan mama dan papa terdiri dari golongan profesional. Sanak saudara mama dan papa pun kesemuanya berjaya dalam hidup masing-masing. Malah papa dan mama sering berbangga dengan status hidupnya yang dihormati masyarakat. Oleh kerana itu, aku terpaksa menyembunyikan percintaan aku dengan Kamal dari pengetahuan keluargaku walaupun Kamal beria-ria mahu berjumpa dengan mereka.
Setelah tamat pengajian, aku dengan mudah mendapat pekerjaan yg cukup baik dengan pengaruh papa.

Tetapi malangnya Kamal begitu sukar mendapat pekerjaan yg sesuai dengan kelulusannya. Mungkin ini adalah ujian Tuhan pada Kamal. Berkali-kali dia menghadiri temuduga tetapi rezeki masih belum berpihak padanya. Keadaan ekonomi waktu itu pun memang sukar dan tidak mengizinkan peluang pekerjaan yang banyak. Akhirnya untuk menampung hidup, Kamal terpaksa bekerja sebagai supervisor sebuah kilang di pinggir kota.Namun aku kagum dengan semangat Kamal yg tidak pernah berputus asa. Dia sentiasa mengintai peluang pekerjaan yg lebih baik.

Walaupun jarak pejabatku dan kilang Kamal agak jauh dan juga kesibukan tugas, aku dan Kamal sentiasa cuba mencuri waktu bersama di setiap kesempatan yang ada. Dan tanpa diduga, hubungan aku dengan Kamal dapat dihidu keluargaku. Aku yakin ada kawan-kawan papa atau mama yg ternampak kami berdua dan memberitahu pada mereka. Mama pada mulanya cukup gembira mendapat tahu aku sedang bercinta, maklumlah aku anak perempuan bongsu dan satu-satunya anak yg masih belum berkahwin. Aku memberitahu mama, Kamal adalah temanku semasa di kampus dahulu. Mama beria-ria mahu mempelawa Kamal ke rumah untuk makan malam bersama.Kata mama dia ingin berkenalan dengan Kamal, bakal menantunya.

Aku memang tidak mampu mengelak lagi. Apabila Kamal datang ke rumah malam itu, mama dan papa menyambut Kamal dengan gembira dan melayannya dengan baik. Hatiku berasa lega dengan penerimaan mama dan papa. Tetapi apabila selesai makan malam, mama dan papa mengajak Kamal berbual-bual di ruang tamu dan bermulalah sesi soal jawab yang aku geruni selama ini.

Kamal memang tidak pandai berbohong dan dia menjawab segala soalan yang diajukan dengan jujur. Wajah mama dan papa yang ceria terus berubah kelat apabila mendapat tahu Kamal berasal dari keluarga pedalaman yang miskin. Apatah lagi Kamal anak sulung dan terpaksa membantu adik-beradiknya yang ramai dan kesemuanya masih di bangku sekolah. Mama dan papa terkejut besar apabila Kamal memberitahu pekerjaannya sekarang hanya supervisor kilang. Layanan mereka semakin dingin pada Kamal dan mulalah terkeluar sindiran -sindiran yang pedih dan tajam. Aku hanya mampu membatu diri sedangkan Kamal sedaya-upaya cuba mempertahankan maruah diri dan keluarganya. Dalam hatiku cukup malu dengan perlakuan mama dan papa.Salah Kamalkah kerana ditakdirkan lahir dalam keluarga yang serba kekurangan?

Malam itu Kamal meminta diri dengan baik walaupun aku tahu dia menanggung malu dan hati yang panas. Aku tahu Kamal banyak bersabar dengan segala sindiran mama.
Aku terus dipanggil ke dalam bilik oleh mama. Seperti yang kujangka, mama terus mendesakku bertalu-talu untuk memutuskan hubungan dengan Kamal. Mama seperti orang kerasukan dan menangis sambil menyebut soal maruah dan status keluarga yang perlu dijaga. Aku hanya membatu..kerana hakikatnya hatiku sudah bertukar menjadi batu..

Untuk memastikan aku tidak berjumpa dengan Kamal lagi, papa telah menggunakan pengaruhnya untuk menukarkan Kamal ke tempat lain. Aku mengesyaki papa kenal orang dalam yang merupakan orang kuat kilang tempat Kamal bekerja.
Apabila Kamal menelefonku dan menyatakan dia terpaksa bertukar ke selatan tanahair, aku menangis semahu-mahunya. Tanpa berselindung, aku memberitahu Kamal bahwa itu semua adalah perbuatan papa yg mahu memisahkan kami. Kamal begitu kecewa dengan sikap keluargaku, apatah lagi sebelum ini dia terpaksa menerima sindiran pedih. Kamal hanya menyatakan dia kesal di atas segala yang terjadi sebelum meletakkkan telefon. Apabila aku cuba menghubunginya semula, talian sudah dimatikan.
Sejak Kamal berpindah ke tempat baru, aku langsung tidak menerima khabar berita dari Kamal. Malah aku tidak dapat mengucapkan selamat tinggal pada Kamal kerana dia pergi begitu sahaja. No telefon bimbitnya pun sudah ditamatkan. Aku tidak berpeluang lagi untuk bercakap, apatah lagi untuk bertemu dengannya.
Sejak itu juga aku menjadi seorang pemurung. Sering menangis tanpa sebab. Badanku semakin kurus dan tidak lagi bersemangat untuk hidup. Mama akhirnya menyesal dengan perbuatannya tetapi semuanya sudah terlambat. Aku tahu mama dan papa bimbang dengan keadaanku tetapi hatiku sudah menjadi batu. Hatiku terkunci untuk menerima mana-mana lelaki lain dalam hidupku.

Suatu hari, aku menerima surat dari Kamal yg dihantar melalui alamat pejabatku. Katanya aku perlu menerima dengan tabah perpisahan ini kerana antara kami tiada jodoh. Dia meminta aku melupakannya dan menasihatkan aku supaya menjadi anak yang baik.Aku masih mengingati dengan jelas isi suratnya..

“Tiada gunanya Ida dan abang bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak mendapat restu keluarga. Perkahwinan tanpa restu keluarga tidak berkat. Kita mungkin akan terperangkap dalam perkahwinan yang tidak bahagia.”

Aku sudah kering air mata untuk menangis pada saat itu. Sehingga kini, hatiku tertutup untuk bercinta lagi. Biarlah orang mengata dan menyindir aku dengan gelaran andartu dan sebagainya..aku berasakan itulah hukuman di atas kesilapan yang dilakukan oleh kedua orang tuaku yang pernah menghina seorang insan yg baik dan tidak bersalah……

Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut

Nukilan : Syida

Advertisements

21 responses to “Suatu Kenangan Pilu

  1. sukarnya untuk mencari pilihan atas restu keluarga..saya pun begitu..walaupun hati ini sangat sayang padanya..tetapi demi keluarga tercinta..terpaksa saya lepaskan..mungkin tuhan mahukan lelaki yang lebih baik dan yang paling mendapat restu daripada keluarga..apa pun terjadi..terpaksa jua tabahkan hati..

  2. Bukan jodoh.. memang sakit hati. tapi tak le sesakit hati bila di kianati oleh lelaki yg kita sayang… sampai bila-bila pun kita akan simpan kenangan manis & baik tentang dia.. kalau perpisahan terpaksa mcm crita ni.

    dlm dunia ni mesti ada satu org lelaki yg telah tuhan takdirkan untuk anda.. percayalah! so.. bukakan hati.. life must go on.. be a strong woman.. kalau laki tu dgn tabah jalani kehidupannya yg serba kekurangan tu. napa anda nak jadi pempuan lemah yg tak tahan pada ujian.. menghukum parent sambil menghukum diri sendiri.. tak baik.

    jika ada sesape yg mengalami hal mcm ni.. tolonglah jgn hukum diri sendiri k :)

  3. Syida….

    Mgkin blm jodoh awak ngan dia. Sya tau betapa sakitnya hati awk, sbb sya pun penah alami putus cinta. Awk jgn risau… b’doa byk2. Insyaallah klu dia mmg jodoh awk, awak akan jd wife dia 1 hari nt. Klu x pun, mgkin ada hikmah di sebaliknya. apa yg sya nmpk… hikmah pertama… mama awk menyesal dgn p’buatannya. B’fikirlah secara positif… mgkin lepas ni mama n papa awk xkn hina org mcm tu lg.

  4. assalamualaikum

    hmmmm,,
    teruknya mama n papa dier
    ingat gak
    semua sama disisi ALLAH
    tidak mengira pangkat, rupa,,dan semuanya,,,,
    xbaik pandang serong kat orang yang tidak berkemampuan,,,
    tapi tulah dunia sekrang,,pangkat rupa,,wang semua penting
    sampaikan leh menghina orang yang tidak berkemampuan,,
    dunia²……..
    allahualam….
    :(

  5. jgn biar diri menderita atas kebahgiaan insan len…
    setiap dari kite mampu hidup bahagia…
    bersyukur bahawa anda pernah mengenali seseorg yg begitu istimewa..
    jdkannya 1 kenangan paling indah dlm hidup anda…
    terus melangkah kehadapan….jdkan ujian sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya..
    setiap kite ade pasangan yg telah ditentukan…

  6. aku sedih juga dgn kisah ni..mungkin da bukan jodoh..Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

  7. sedihnya saya membaca kisah ini……adakalanya yang baik itu datang hanya sementara untuk kita nikmatinya dan akhirnya kekecewaan itu datang membuat kepedihan di hati hingga kita sanggup menunggu hingga ke akhir hayat…mungkin tiada jodoh….namun doa sentiasa diiringi agar dipermudahkan olehNya…..

  8. ni semua ketentuan tuhan..

    klu ade jodoh…1 ari nnt pasti parents ida akn terbuka ati..

  9. Kisah cinta yang benar2 mengharu biru.

  10. apa yang dapat saya katakan ..byk2 sabar..saya pernah menghadapi cerita sebegini, mak dan ayah tak restu…akhirnya saya terpaksa memilih utk memutuskan hubungan..saya masih sendiri, tapi tak pernah salah apa yg berlaku..pasti ada rahmat Allah tentukan utk kita.”cinta lama “sy pun dh kawin.. walau sy masih sendiri, plg penting mesti fikir yg baik2…tabahkan hati syida,take care

  11. saya ucapkan takziah atas ape yang berlaku dalam edup awak, tapi nasib awak same dengan nasib saya jugak!!! saya memutuskan hubungan dengan dia krane kluarga saya tak suke akan sikap dia, tapi saya tak peduli tu smua sebab saya sayang sangat kat dia!! skarang kami berdua bawak haluan masing2 dan saya dah lame tak jumpa dengan ex saya 2. sabarlah k…saya yakin awak akan dapat seseowang yang lebih baek dengan dia dan mungkin jugak family awaqk akan suke pada dia….banyak2kan bersabar…..

  12. setiap yg berlaku ade hikmah disebaliknya
    reda dgn takdir yg tuhan ttpkn k…

  13. hm…sypun camtuh gak n tgh alaminyer skrg ni…ntahler sypun xtawler…tp wat ms ni sy smbunyikan hbgn sy dgn bf sy dr pgetahuan famly sy…sy ckp kat dorg yg sy dah putus….tp sgt menderita….xtawler nk wat camner dahpun…..agaknyer aper yg patut sy wat…..sy xnk jd cam awk…terseksa sgt….sy syg kn sgt bf sy….hm..sy taw penderitaan awk camner…..

  14. kisah kita hampir serupa.restu dari orang tua memang penting utk kebahgiaan.cubalah cari pasangan yang sekufu.

  15. sy pun bermasalah spt dlm cite ni..
    susah gak if family masuk campur
    aleh2 kene putuskan hubungan yg telah direncanakan…
    huh……

  16. bg saya..awk berdua xharus memutuskan hubungan yang sudah terjalin..sebaliknya awk berdua harus sama2 berusaha..supaya kedua2 org tua awk sukakan Kamal..Kamal boleh menjalankan perniagaan..awk pun boleh bantu dia memandangan awk dr golongan yg berada..xsalahkan..Kamal juga boleh berusaha utk lebih memajukan dirinya lagi..walaupun ia mungkin mengabil masa yang panjang utk awk bersatu dgnnya setelah dia menjadi seperti yg makayah awk mahukan..
    ” berjalan dan bersama org yang kita sayangi dan cintai adalah lebih baik dr berjalan dan bersama dgn org yg tidak kita cintai..walaupun utk beberapa tahun menunggu itu tidak menjadi sebab mengapa kita tidak boleh bersamanya..mmg jodoh ditentukan oleh tuhan tp..berusahalah setakat yg termampu jika awk benar2 sygkannya..begitu juga dia..jika dia sygkan awk..”

  17. saya setuju dgn comment dari nabila tu. kalau kita syg kan org tu kita mesti berusaha berdoa and berkorban lah demi yang tersayang. maybe dgn segala pengorbanan dan doa yg tidak putus awak tu tuhan akan pertemukan jgk awak dgn dia. Insyallah. setiap manusia akan berubah and maybe hati parents awak jgk akan berubah, lambat laun parents awak mesti merestui jgk hubungan awak dgn dia. berusaha lah. lepas awak dah berusaha, bertawakal lah kpd Allah dan menyerahkan segala2nya kpd Allah sesungguhnya Dia lah penentu segalanya. dan terima lah segala dugaan dgn tabah. setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. jangan lah menghukum diri awak. be strong ok! take care. :)

  18. sye xprnah kne, tp sye prmpuan, kdang2 tkot nk bcinta lbih2 lg yg mlibatkan status, drjat, harta… sdey, klaw kita xdpt bsama dgn org yg kita syang, yg tbaik ialah kita kne lepaskan dia pergi… dia bukan utk kita….

  19. Dulu aku pernah jatuh cinta dengan seorang cowok dia memang kaya ,,,,,,,dan mungkin itu yang membuat aku jatuh cinta padanya,,,,tapi seiring dengan waktu akhirnya aku sadar bahwa aku berbohong pada hatiku,,,,karena aku tak tulus mencintainya,,,,,dan cinta antara aku dan dia hanya berjalan seumur jagung karena aku sering minta putus sama dia ,,,,,dan akhirnya dia mau,,,,,tapi entah kenapa setelah aku putus sama dia aku akhirnya sadar bahwa cinta yang diberikan padanya adalah palsu dan sejak aku putus sama dia aku merasa sangat hancur ,,,,,apalagi dia telah menyakiti dan melukai perasaanku,,,,,tapi kenapa saat dia pergi keluar egeri untuk kuliah dia tidak minta maaf sama aku atau hanya sekedar minta maaf saja ,,,,keapa aku merasa sangat terluka saat aku tahu dia masih mencintai mantan kekasihnya ,,,,aku tahu dia masih sangat mencintainya lalu kenapa aku dulu menerima dia padahal aku baru mengenal dia erapahari saja lalu kenapa aku langsung menerima dia bahka aku juga belum tahu sifatnya ,,,dan kini aku sangat menyesalinya ,,,,,dan semua sudah terlambat,,,,,

  20. syida..
    Sba ye..
    2 sume dugaan..
    Mungkin ad jd0h len
    yg ja0h lbey bek dr dy..
    :(

  21. Mungkin masih belom jodoh,berpasrah diri dan jangan menyakiti diri,tapi sebaliknya buktikan pada dunia kl kalian memang pantas untuk bersatu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s