Hadiah Daripada Siti

Oleh: NIEZAM ABDULLAH

UMUM telah mengetahui pertengahan Disember ini penyanyi nombor satu negara Datin Seri Siti Nurhaliza telah berangkat menunaikan ibadah haji. Bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti akhirnya menunaikan juga janjinya untuk menjadi hajah selepas berumah tangga.

“Siti dah beberapa kali pergi kursus menunaikan ibadat haji dan insya-Allah, Siti berharap akan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai jemaah haji nanti,” katanya.

* Pakai tudung

Sebelum ini Siti ada berkata dia pernah berniat untuk memakai tudung selepas hasratnya menunaikan haji terlaksana. Tidak menafikan niatnya itu segala perubahan dan imejnya akan dapat dilihat selepas beliau pulang nanti.

Buat masa ini beliau tidak mahu bercerita tentang hal itu sebaliknya berharap perkara yang baik akan mendapat doa dan restu daripada semua peminat-peminatnya.

“Insya-Allah, selepas pulang nanti kita boleh bercakap soal itu dan pada masa ini adalah lebih baik diberi tumpuan terhadap persediaan untuk menunaikan haji dahulu. Insya-Allah, selepas pulang nanti kita lihatlah apa perubahannya,” katanya.

* Hadiah Daripada Siti

Hampir setahun usia album kesebelas beliau – Transkripsi, kini Siti muncul semula dengan sesuatu yang cukup istimewa khas untuk peminatnya.

Hadiah Daripada Siti – Itulah tajuk album terbaru penyanyi ini yang akan dipasarkan esok. Bak kata Siti, peminat merupakan orang yang penting dalam hidupnya selagi bergelar artis.

Buktinya dengan penghasilan album ini khas buat mereka yang banyak menyokong penglibatan kerjaya seninya. Malah album berkonsepkan pop rock ini juga memuatkan lagu-lagu rancak berbeza dengan album-albumnya yang lalu.

Sebelas lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan sesuatu yang istimewa kerana muziknya lebih rancak dan dipilih secara kebetulan.

Album ini juga turut memuatkan tiga buah lagu yang belum ada dalam mana-mana album sebelum ni iaitu Ku Mahu (lagu tema drama bersiri Spa Q), Mulanya Cinta (dari teater P. Ramlee The Musical) dan Hati (filem 1957: Hati Malaya).

Mempertaruhkan Ku Mahu dan Melawan Kesepian, Siti juga yakin beberapa lagu lain turut memberi kekuatan untuk peminat merasai keunikan Hadiah Daripada Siti ini hasil sentuhan beberapa komposer ternama seperti Audi Mok, Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan dan Sharon Paul.

* Kenapa serius?

Tidak seperti sebelum ini, penampilan Siti menerusi kulit albumnya nampak anggun diserikan dengan manis senyuman. Kali ini wajahnya kelihatan agak serius yang memberi pelbagai makna dan persepsi daripada peminat-peminat Siti.

Akui Siti kulit album itu adalah satu kelainan untuk menampakkan dirinya lebih matang dan tidak ada maksud selain daripadanya.

“Memang wajah Siti nampak masam dan serius tetapi ia satu perubahan terhadap album Siti kali ini. Gaya yang seperti itu memperlihatkan kematangan Siti terutamanya selepas berumah tangga,” ujarnya.

Bagaimanapun ujar Siti lebih penting Hadiah Daripada Siti merupakan kegembiraan hatinya ketika ini. Apakah maksud itu?

Jawapannya ada di dalam album tersebut.
 

Advertisements

4 responses to “Hadiah Daripada Siti

  1. assalamualaikum..
    artikel pasal minah ni pun ade,,apelah,,
    ishhhh…..
    lantak dier r
    huhuhuhuhu

  2. harap2 dia pakai tudung balik bila dah bergelar hajah nanti

  3. wa..siti selalu mengotakan janjinya..
    berjaya artis melayu!!..kami bangga dengan mu siti nurhaliza.
    semoga orang2 melayu menyokong melayu dalam apa jua bidang yang diceburi.
    HIDUP MELAYU..

  4. heiii…aku bukan lah boneka…ish ish…lain benar bunyi lagunya….tu walaupun dalam nada gumbira,,,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s