Mahu Jadi Wanita Pujaan?

Siapa yang tidak mahu diri jadi perhatian? Pastinya setiap wanita menyimpan angan-angan mahu dikenali seperti selebriti. Namun begitu tidak ramai wanita yang tahu cara untuk menarik perhatian ramai. Seringkali perasaan malu menyelubungi diri. Perasaan ini haruslah dikikis, malu biarlah bertempat. Namun selain malu ada banyak lagi perkara yang perlu dipraktikkan untuk memastikan diri jadi pusat perhatian ataupun menjadikan diri wanita pujaan. Berikut adalah 10 tip yang perlu diikuti:

1. Harus selalu dilihat
Buatlah sasaran untuk berkenalan dengan orang lain setiap hari. Dan jangan lupa tinggalkan nombor untuk dihubungi ataupun kad nama anda.

2. Pandangan pertama sangat penting
Pandangan pertama sememangnya cukup penting, jadi pastikan penampilan anda sempurna setiap kali bertemu orang buat kali pertama. Gunakan bahasa tubuh, tersenyum, jangan bergosip, dan jadilah pendengar yang baik.

3. Berlaku ramah dan profesional
Datang tepat waktu dan biasakan mengirimkan kad ucapan terima kasih setiap kali bekerjasama dengan orang lain, dan segeralah membalas panggilan telefon untuk anda. Anda akan diingati kerana menghargai orang lain.

4. Bergaul dalam kelompok profesional
Ini adalah tempat paling sesuai untuk belajar menuju kejayaan. Selain sering dilihat di antara orang-orang yang satu profesion dengan anda, percayalah nama anda pasti akan cepat beredar dari mulut ke mulut kelompok profesion anda.

5. Bersahabat dengan orang yang sudah dikenali
Pastikan anda juga bersahabat dengan rakan yang dikenali ramai, secara tidak langsung anda juga akan turut dikenali. Tapi pastikan rakan anda dikenali atas perkara yang baik, jangan pula nama anda dikenali kerana bersahabat dengan mereka yang berkelakuan buruk.

6. Aktif dalam kegiatan sosial
Bergiat cergaslah dalam aktiviti sosial sama ada yang dianjurkan di tempat kerja anda mahupun di tempat tinggal anda. Ramah dan ringankan tangan membantu apa yang patut, pasti anda disenangi dan dengan mudah jadi perhatian.

7. Bersikap baik
Kalau kita membuat kesan pertama yang kurang baik, cepat minta maaf dan ciptakan peluang untuk bersikap lebih baik lagi. Siapa yang tidak suka dengan mereka yang baik budi pekerti kan?

8. Penampilan adalah segalanya
Pastikan anda tahu tentang peraturan berpakaian yang harus dikenakan pada setiap acara. Sekiranya ragu, pilihlah busana yang paling selamat: pakaian hitam-hitam. Kenakan juga tata rias yang tepat dan tidak berlebihan.

9. Buat hubungan
‘Sasarannya’ adalah orang-orang penting yang telah berjaya. Minta pandangan mereka dan kemudian praktikkan nasihat serta pandangan yang diberi.

10. Bekerja keras
Tawarkan kerjasama pada kenalan baru, catat semua pertemuan dan tambahkan daftar baru setiap kali bertemu dengan orang-orang baru. Catat segala perkembangan dan kemungkinan yang ada dari pertemuan tersebut.

Advertisements

5 responses to “Mahu Jadi Wanita Pujaan?

  1. assalamualaikum,,
    hmmm,,jadi wanita pujaan??
    adeih….
    just mengenali diri sendiri pun dah kire ok,,
    huahauahaahuah
    :lol:

  2. Assalamualaikum Haniey..

    Saya dah explore blog2 awak.. ermmm memang cantik isi kandungan. saya cadang nak buat link exchange dengan semua blog awak..harap awak setuju..

    Terima kasih

    Dila
    http://melayubestari.blogspot.com
    http://melayubest.blogspot.com

  3. Maaf…Haniey saya dah pun tambah ..sila lihat blog saya..
    Saya harap awak dapat add in kan blog saya

    1. http://melayubestari.blogspot.com
    2.http://melayubest.blogspot.com

  4. harga diri dan penampilan.. harus jage.. :)

  5. Hai haniey ehee. . Sye ska lh bca artcle awk mnarik sgt2. . Sye cba ntuk ubah dri sya yg sgt pmalu tp jgn lh trlbih pula. . Rmember this be yourself okey. . Thanks Haneiy. .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s