Anak, Ayah Dan Burung Gagak

Pada suatu petang seorang tua bersama anak lelakinya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah terus menuding jari ke arah gagak sambil bertanya, “Nak, apakah bendanya itu?”

“Burung gagak, ayah”, jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,”Itu burung gagak ayah!”

Tetapi sekali lagi si ayah bertanya  soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, “BURUNG GAGAK!!”

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian tetap mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada hendak tak hendak melayan si ayah, “Gagak la ayah…….”.

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

“Ayah! Saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan? Itu burung gagak, burung gagak la…..”, kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ia adalah sebuah diari lama.

“Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu”, pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut…

“Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, “Ayah, apa tu?”.

Dan aku menjawab, “Burung gagak”.

Walau bagaimana pun, anakku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawapan yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga.”

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu.

Si ayah dengan perlahan bersuara, ” Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah.”

Iktibar cerita:  Sebagai anak, kita wajiblah menjaga hati ibu bapa. Jangan sesekali mengecilkan hati mereka.

Advertisements

6 responses to “Anak, Ayah Dan Burung Gagak

  1. ni mcm iklan raya petronas.. tp burung murai..hee :D

  2. burung apa tu nak.. burung murai abah.. :) best gak iklan tu!

  3. mcm iklan raya tu!besT! buatkan kita terfikir seketika betapa besar pengorbanan orang tua kepada kita…..

  4. sharifah ahmad husen

    bukan burung gagak lah itu burung murai lah!!!!

  5. cape deh……..ini bagus bgt cerita,,menag banyak di antara kita yg kurang mengahrgai ortu
    mudah2an gara aq baca ini jadi semakin sayang ma ortu amien

  6. NO KOMEN DEH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s