Perkara Yang Perlu Kita Buat Apabila Kita Kecewa ~ Just For Fun!

Resam manusia tidak lari dari perasaan kecewa. Adakalanya begitu sukar untuk kita menerima kekecewaan itu sehingga kita terfikir untuk melakukan perkara perkara yang mungkin kita terfikir sewaktu kita di dalam keadaan normal.

Berikut adalah perkara perkara yang perlu kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng monggeng dan sukar menerima hakikat diri.

1.  Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”

2.  Beli makanan banyak banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.

3.  Jika kita rindukan detik detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda di marahi. Bagitahu mereka yang anda baru di kecewakan dan memerlukan seorang untuk anda luahkan perasaan anda.

4.  Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!

5.  Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah olah dari dia.

6.  Marah pada dia? Itu adalah normal ! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.

7.  Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.

8.  Jangan dengar lagu lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya.  Serikan nyanyian anda dengan aksi aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.

9.  Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.

10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berbaring. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasi kan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.

Selamat mencuba !
 
Sumber artikel: Kelab Kecewa 

 ~ Just For Fun!

22 responses to “Perkara Yang Perlu Kita Buat Apabila Kita Kecewa ~ Just For Fun!

  1. khairulnizambakeri

    Aku nak buat nombor satu!

  2. No 10 tu lagi adventure!

  3. assalamualaikum,,
    hahahhahaah
    lawak giler,,,,,
    kahkahakahakah,,,
    :LOL:

  4. kui..kuii..kuiiii…………….
    okay gak no.4 tu aik…

  5. Hang nie lawak sungguh….kalau kecewa pun, janganlah jadi gila cam tu.

    Yang sebaiknya kembalilah pada Allah, kerana itulah pencinta yang sejati….

  6. wa…..wa…..kelakarnya….

  7. seronok,sronok jugak…….tapi, sudahkah anda bayar bil pembentongan?

  8. aku nak kritik pemudawilayah jap…ko kalu nak kritik tgk tempat la bro..lu punya respon betul tapi tak kene tempat la bro…

  9. emmm…aku dah cube sume tu..tapi bla sunyi still teringat…so,camne nak lupakan?

  10. kalo da cuba suma tu tp stiil teringt, bwk tdo jer….bgn2 mamai n pas mamai da g mandi n nak wat rutin harian.g keje ke, kelas ke…takkan ingt lg dah…

  11. kalo da xbole lupakan dia minum jer ubat batuk……………………. erm aman tido, lena n buhagia……. nyamuk pun xrasa…. hihhhiihihih

  12. what’s ?? berjalan terbalik ….. hihiiihiiii….. gimana tuh… entar kita nabrak tembok en tempat sampah sekaligus kita dikirain orag gila lagi …!!! weleh…. weleh….. weleh….

  13. sayang donk kalo ditanam semua harta pemberiannya. lebih baik dikasi ja sama teman kita or adik kita aj gmn ??? kan belik nya pake uang …..

  14. tq..klakar gler lah…

  15. aku setuju sama rini…g mana kalo di bagi sama aku hartanya itu…boleh ngak?

  16. hahaha…hehehe..aku syorkan korang wat no 2..bnyak faedah n bri bnyak ilmu pngetahuan tntng sains..bg bdk yg skolah lg elok sgtla wat..ne le tau dpt sains A..

  17. kelakar beb..hilang sikit boring aku baca ni.cayalah………kih.kih.kih

  18. i like question no 5..mungkin ya,mreka sering mnghantar sms kpd kit..ttapi kita harus ingat mereka bkn lg milik kita.

  19. tul gak cakap ko kn.. cinta kpd Allah adalah cinta abadi. x yah penat2 fikir sal die dah. huhu..

  20. tinggalkan semua kekecewaan pada diri kita

  21. kenapa semua orang gak pernah mengerti tentang perasaanku padanya kalau aku sangat sayang padanya.bagiku dia adalah segalanya aku tak tahu apa yang terjadi kalau aku jauh darinya………emil aku mohon jangan pernah tinggalkan aku.karna aku gak sanggup berpisah darimu.walau cuman 4bulan apa kau tak merasakan seperti yang kurasakan sekarang.dimana kamu skrg di saat aku sang………………………………………..at membutuhkan dirimu.emil………………………. kenapa disaat terakir kamu jadi seperti ini. emil…………………………….berapa lama lagi hidup seperti ini emil apa kau skrg aku sangat sedih…………………………………………………………..sekali karna tak bisa melihatmu lagi. aku tak tahu lagi harus bagaimana. aku tak mengerti jalan hidup ini.,apa ada yang bisa bantu aku;

Tinggalkan Jawapan kepada aen Batal balasan