Panduan Bina Rumahtangga Bahagia

Jika mendambakan cinta lelaki, ada beberapa petua yang harus menjadi perisai dalam mencari cinta sejati supaya mahligai yang dibina bahagia.

Petua berikut mungkin boleh dijadikan perisai untuk mencapai kebahagiaan diharapkan.

* Jika mencari lelaki sebagai calon suami, wanita jangan sampai lupa diri. Jika lelaki itu seorang yang beragama, jangan jadikan agama semata-mata sebagai prasyarat sebaliknya ia harus saling melengkapi dengan hal lain supaya fungsi sebenar sebagai suami mencapai matlamatnya.

* Kaji latar belakang bakal suami dengan cara mengenal pasti tempat kerja dan pendapatan untuk mendapatkan fakta tepat.

* Jangan terlalu ‘mabuk’ hingga lupa mengkaji latar belakangnya sehingga terbongkar perkara yang tidak elok di kemudian hari.

* Jika ada jiwa agama, lelaki itu tidak akan mengabaikan kedudukan isterinya atau isteri pertama, kedua atau ketiganya.

* Kalau lelaki itu berstatus suami orang, jika benar dirinya jujur mungkin dia akan memperkenalkan anda kepada isteri pertamanya atau sebaliknya.

* Jika ada banyak kelemahan dan keburukan pada isteri pertama sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki berkenaan, wanita harus mengambil sikap berhati-hati.

* Jangan sesekali diajak kahwin lari sama ada ke Thailand, Indonesia atau negara jiran lain. Jika lelaki itu jujur, dia akan perkenalkan anda pada keluarga masing-masing.

* Jika anda wanita yang berharta, sebaik saja berkahwin jangan ‘diserah’ segala harta semata-mata mahu menunjukkan yang anda terlalu sayang padanya.

* Pastikan lelaki itu tidak menggunakan ‘ubat guna-guna’ kerana cinta yang tidak ikhlas akan menemui kehancuran.

Advertisements

4 responses to “Panduan Bina Rumahtangga Bahagia

  1. Betul tu saya sokong sangat. hahahahaha

  2. salm selalu buat kamu, aku nak nanya soal menikah, atau cari jodoh, aku ppunya teman kencan,,, dia baik sekali, mau nurut apa nak saya cakap dan bilang,,, tapi pabila dia nak marah,, dia sellalu hardik saya,,, macam mana kalu dia nak aku jadikan suami aku,,, tapi yang terpenting aku sangat sayang sama di,,, tolong aku ya……

  3. haha.. bener tuh cewek harus hati2 milih. Yang penting lagi, laki2 harus punya sifat bertanggung jawab, gentle, tidak mudah lari dari tantangan2 the way of love. Sifat2 ini akan terlihat waktu kedekatan berjalan (kencan). Jadi bukan hanya sebagai penurut yang dibutuhkan tapi synergi kesamaan pandang. Kemarahan, perselisihan bisa lebih diredam dengan pembaharuan commitment2 bersama. tidak ada menang kalah. Sehingga pasangan bisa berjalan damai. Cara ini masih dipakai untuk pasangan suami istri. Perceraian terjadi karena tidak ada waktu relax mereka untuk saling memperbarui commitment2 awal dulu. tidak ada waktu relax bersama, juga tidak ada waktu untuk merasakan kedamaian keluarga….hmm begiru comfort…
    Adalagi tentang kejujuran. Sebagian laki2 berpola, lebih baik diam daripada membual or tidak jujur. Atau dia akan bersilat lidah agar tidak lying. Ada suatu ciri yang sangat gampang. Dari bola mata yang tidak tenang, dari pandangan yang tidak tajam, bahkan tidak berani memandang dalam berbicara, menandakan ada sesuatu yang disembunyikan. Warn: No mention for the cross-eye’s guys…!! wooo….

  4. salam…aku pernah alami mslh rumahtgga..skg dah cerai dah 3thn…suami xjln kan tgungjwb sebagai seorg ayah,suami dan seorang islam…aku x pnh merunggut ttg kesusahan ms kawin dl…tp x-hsbd x nak komunikasi ngan aku…aku kene halau oleh adik ipar pasal harta…suami diam dan cuba cari slh aku..dia xdepend aku pn…tp dia mmihak pd adik dia…aku org berada dan x idam pun harta org….tp x-hsbd wt x tw je…ht2 pilih pasangan jgn jd cm aku…lelaki x tunjuk keburukkan sebelum kawin..sebelum kawin romantik baik tp lps kawin bru tw keburukkan….ssh nak caya skg pd lelaki…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s