Mencari Bintang Timur

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, “Mengandung kut?”. Dia kata tak ada.  Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia berjumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.

Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuk bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat bagi isteri dan anak dalam kandungan.

Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afa’l. Dan cerita itu kembali bercerita kepada saya.

Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana ?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang anda ingin nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dalan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawap bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya ceritakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.

Saya bacakan kisah pada rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.

Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya lihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyeyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul “bintang timur kecil’ dalam hidup saya.

Sumber: Mingguan Malaysia

Advertisements

15 responses to “Mencari Bintang Timur

  1. i wish that i’ll be bintang timur someone…oWhh…jiwangnya hatiku…

  2. tapi hati sy betul2 tersentuh ngan crita ni…sukaa…

  3. zaman sekarang mana ada cinta macam tu…memangla sedap ddengar, tp realitinya….ade ke?

  4. sayang aku mau jadi bintang timurmu…
    dan kau jadi bintang timurku selamanya

  5. nice story, n i hope i’ll get someone like u.

  6. dulu time bace kat minguan malaysia, sebak rase nye..

    x jemu bace wlupown kali ke dua..

  7. aku pong nak jadi cam bintang timur mu. aku dah jadi bintang timur someone tapi die nak ngaku aku bintang dia? balik nanti aku tanya.

  8. citer bolehlaaa takde nk cari lelaki cam tu skg kt malaysia…satu dm sejuta aderla kot..

  9. “saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya.”

    Gugur airmata baca ayat kat atas tu! mungkin saya sesitive sgt. tapi teringin juga nak suami bacakan Quran ketika saya masuk tidur coz saya pun baru pregnant 5 weeks.

    Encik Ali ckp realiti susah nak dpt kisah mcm ni. sebenarnya byk la.. cuma org yg hidup bahagia dgn pasangannya mana la nak dok heboh yg dia bahagia..

  10. putra al- fateh

    ” Ckp en Ali tu betul laaa mana nk cari lelaki cam tu zaman skg…..mengarang ayat indah mmg sgt mudah tetapi hendak melaksakannya ader ker? Bersandiwara bolehlaaa….ada gak yg suka heboh dan perasan bahagia berlakon depan org ramai tp hakikatnya hampehhhhhh…… pn mayang pun jgnla percaya kan suami 100% ok…”

  11. everyone hve their own feeling ’bout this story..
    for me…its realy touching when the outhor said..”Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul “bintang timur kecil’ dalam hidup saya.”
    berulang-ulang kali sye bace ayt nie.. i can imagine..how much he love his wife..and happy to be wif her.. how sweet… huhu..

  12. kalau tak percaya pada kebahagiaan.. kita sampai bila2 pun takan bahagia. tiada manusia yg hidupnya sempurna.. kalau kita tak berani percaya pada pasangan. sampai bila2 pun akan terus curiga serta prasangka, bila nak bahagia? andai di uji dengan pengkianatan.. maknanya tuhan sayangkan kita. nak kita jadi kuat, jadi tabah. saya tak ckp saya percaya suami 100%.. manusia boleh berubah. saya sendiri pun entah esok lusa kena hasut setan, jadi jahat! jadi isteri derhaka.

    suami saya pun manusia biasa, esok lusa dia jadi kaya raya.. tak mustahil setan akan goda dia. tapi citer ni buat saya rasa, saya patut hargai suami saya. Dan paling penting saya percaya yg saya juga boleh bahagia. saya percaya cinta mcm ni masih ada :)

  13. salam..
    nice story..
    nway..
    i do really hope that i get hubby y bleh bmbing sy hgga ke syurga.. n be a gud wife..soon…
    inila…doaku..
    Ya Allah..jka Kau mntakdirkan diri ini mati,mati kanlah diri nie sbbg para pejuang dln pjuang agamaMu…

  14. salam…
    Penilaian manusia amat ketara berbeza, tapi dalam menghadapi situasi begini hanya yang berada ditempat itu sendiri akan merasa nikmat cinta itu, jangan hanya kebahagian kita berkecai cinta dan kebahagian disalah tafsirkan, ia bagaikan ombak ada ketika tenang dan ada ketika membadai bergelora….apa yang pasti hanya masa dan keadaan bisa menentukan.

  15. mnarik, ,sdp bce, ,hope dpt lki sebaik cm ny, ,hmm,..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s