Shah, yang pernah singgah dihatiku

Petang itu, tika aku minum di geraimu, kau menghulurkan salam perkenalan. Ikhlas aku menyambutnya walau dipandang sinis rakan sekuliahku kerna kau hanya seorang peniaga roti canai. Namun bagiku, kau dan aku sama sahaja. Tiada bezanya. Dan bermula detik itu, kita akhirnya ditakdirkan jatuh cinta!

Hati budimu menenangkan jiwaku yg sentiasa ketandusan kasih sayang. Wawasan dan pengetahuan luas dirimu turut kukagumi kerna sering melangkau pengetahuanku sendiri. Aku kadangkala jadi malu kerana walaupun bergelar pelajar IPT, ilmuku tidak setanding dirimu. Paling menyentuh hati, kau begitu berhati2 dalam pergaulan agar tidak melangkau adat dan agama serta kau tidak pernah merendahkan diriku. Sesungguhnya, kaulah sumber inspirasiku…

Akhirnya dapat kutahu bahawa kau juga berpendidikan hingga ke menara gading walaupun kau cuba merahsiakan. Kerana sikapmu ingin berdikari, kau tidak malu untuk bergelumang dengan uli dan tepung sedangkan kau boleh saja menikmati suasana nyaman bilik berhawa dingin! Katamu, kejayaan yang tulen bermula dari bawah. Kau merancang wawasan tersendiri untuk mengukir kejayaan.

Tapi…segalanya bukan kita yg tentukan…Tak disangka, keluargaku menentang hebat hubungan kita dengan alasan ketinggalan zaman…Tidak setaraf! Keluargaku juga telah menentukan pasangan hidupku..Aku panik dan cuba sedaya upaya untuk melembutkan hati mereka tetapi tetap gagal. Sebaik tamat pengajian, aku dipaksa kembali ke kampung dan tidak lagi dibenar bertemu denganmu. Kawalan keluarga membuatku tidak berupaya. Jiwaku terseksa bagaikan dibelenggu rantai!

Shah, kumenangisi perpisahan itu dan kutahu kau juga kecewa dan merana. Setahun kita berjauhan, aku mendapat khabar kau ditunangkan dengan pilihan keluargamu. Maafkan aku, Shah..Aku tahu bukan kau tak setia tetapi akulah yang bersalah kerana gagal menyakinkan keluargaku untuk menerima dirimu…..

Nukilan : Teratai

Advertisements

22 responses to “Shah, yang pernah singgah dihatiku

  1. wei…laki tuh bleh kawin sampai 4 la…blum tlmbat lg la…hehheheheh

  2. I’m so sorry to read about your story. I feel you. Sabarla. Ada jodoh tak kemana darling.

  3. Kadang2……….. keluarga memang kejam………… kita sudah besar panjang…………. itu pun masih nak tentukan siapa pasangan kita……………….. sungguh kampung dan narrow minded…………… tapi apa nak buat……………… dah cara rakyat malaysia ramai yang macamtu………….. kita harus bersabar………………. tetapi kalau saya……………… saya akan tetap dengan keputusan saya……………. keputusan kita hak kita………………

    • kekdang pilihan org tua lebih baik,,,mereka da melalui kehidupan..asam garam hdup mereka faham..apa yg mereka tentukan mestilah yang terbaik wat ank2..takde ibu bapa yg nk ank mereka hidup tak menentu…

  4. berijazah tak boleh lagi disinomimkan dengan berhawa dingin. keluarlah dari kotak. tapi bukan anda!!!

  5. jodoh pertemuan allah yg tentukan

  6. i simpati dgn nukilan u ni…hope u akn bahagia kelak walaupun bkn dgn org yg u cinta. anggap ja ni dugaan n ada hikmah di sebalik suma nih….be strong girl!!!

  7. SABARLAH..M`gkin jejaka 2 bkan jodoh awk kot.i`nsyaAllah akn dtang jodh awk nanti.Jodoh,ajal N maut,rezeki adlah yg d`tetapkan Allah s`blum kita lahir lgi.

  8. kekadang keluarga yg byk salah..
    sbab kter sudah besar panjang pun, nk buat kter mcm budak2..
    nk kawal…
    walaupun kter sudah bedikari sendiri untuk capai kejayaan…
    erm..sy simpati kepada si pompuan…ngan shah….
    mmg byk dugaan…
    erm…

    • keluarga tak bersalah..keluarga hanya memikirkan apa yg terbaik wat ank2,,,mereka nk kehidupan ank mereka terjamin…mereka nk tentukan yg terbaik buat ank2,,,ada sbb mengapa mereka menolak shah…bkn sesuka ht mereka..mereka memikirkan kehidupan panjang ank perempuan mereka…tiada ibu bapa yg sangup lihat hidup anak2 mereka terutama ank perempuan hidup tak menentu…

  9. Hm…sian awak teratai.sy faham ape awak rase.mungkin betul shah tu bukan jodoh awk.ade hikmah disebalik sume tue.so, berSABAR la byk2 yer….kadang2 keluarga nak buat yg terbaik utk kite tp diorg tak fikir ape rasenye bile di tempat kite.Tawakal la bebyk2 k.harap2 bakal suami awak tu org yg benar2 akan mmbahagiakan awk.Aaminn..

  10. sabar lah…kin dah takde jodoh…
    tuhan maha kaya….
    mungkin juga tuhan ingin menemukan dirimu(teratai) dengan insan yg lebih mulia dari nya…(shah)

  11. cinta pertama memg sukar untuk dilupakan…
    kiter hanyer mampu berdoa agar dirinyer turut bahgia….

  12. ya.. cinta petama memg susah nak dlupakan..
    betul.. perit rasenye..
    bjumpe & bkenalan dgn lelaki lain namun dye maseh segar diingat..

  13. iye, cinta pertama akan ttap jdi yg pertama… mgkin dia bukan utk awak, n awak bkan utk dia… siapa la kita, manusa biasa… di luar sane ade llaki utk awak(teratai), awak kne sabar mnunggu sbb llaki tu akan mnemui wak nnty… siapa, bile, di mana, bagaimane? yg pasti “dia” utk awk… tunggu taw…

  14. hikz… memAnG perpisahan tu sanGat Menyedihkan..

  15. cerita’a kurang mengharu biru!!

  16. buat ber sabar kite kan satu meley………

    huhuhuhu………?

  17. insyaALLAH… ada hikmah disebalik semua ini,……..

  18. nukilan yG udh q baca ini . .
    sbagai inspirasi dlm kisah cintaku sndirii.

    I like ;)

  19. Kadang2 ktaw blh merancang tp tuhan yg tentukan sya paham kisah awk coz sya pernah rasa apa yg awk rasa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s