Renungan Kata Pengisian Jiwa

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

———————

Untuk membaca lebih banyak tips cinta, cerpen cinta, mutiara kata, madah cinta, kisah tauladan, bicara cinta, motivasi dan rahsia personaliti, sila klik Koleksi Cinta (LOVE)


Advertisements

24 responses to “Renungan Kata Pengisian Jiwa

  1. adakalanya manusia terlau mengejar kesempurnaan hingga terlupa bahawa segalanya telah ditentukan OlehNYA yang maha berkuasa lagi maha mengetahui segalanya.

  2. Kesempurnaan? takkan wujud kerna kehidupan itu memang dilahirkan dengan serba kekurangan… maka kitalah yg patut berusaha untuk menyempurnakannya…

  3. apapun tentang percintaan, yg pntg adalah dari hati masing2. dengarlah dan ikutlah kata hati kerana hati tidak pernah menipu kita.

  4. kadang kala cinta itu menyakitkan n ada kala amat mengembirakan. tapi mencari cinta yang ikhlas bagai embun di hujung daun………jangna salahkan pertemuan andai terjadinya perpisahan tapi salahkan perasaan kerana terlalu cepat membuat keputusan

  5. assalamualaikum,,,,,
    tapi memang begitulah kenyataannya ,,,,,
    memang kesempurnaan yang dicari
    bukan kekurangan…
    manusia sering mencari kesempurnaan walhal tahu bahawa diri sendiri
    serba kekurangan….
    hakikatt……
    :)

  6. jika kita telah mula jatuh cinta dengan seseorg,
    mmg susah untuk melupakan dia apabila terpisah..
    tp kita kena jugak terima..
    sebab semuanya keje tuhan..
    kalo Dia da tetapkan mcm tu..
    maka itulah y terbaik untuk kita..
    dan Dia xkan turunkan kesusahan terhadap
    hambaNya..jika hambaNya tidak mampu…

  7. Kecantkkan bukan hanya ada pda wajah
    tp…,d`hati
    Cinta bukan apa yg d`prkatakan N d`heboh-hebohkan
    tp…,keikhlasan yp lahir dari hati sanubari.
    mmm…renung2 kan..

  8. nice entry…
    so inspiring

    thanx yaa

  9. sempurna???cri mcmnepn xkn sempurna..spttnye kesempurnaan tu dibina bersama..sakitnye nk time..die yg forwad kat aku teks ni…tp die yg sakitkn aku..aku cam org bengong dok pk die,,,sdg die ntah dok igt org lain…kalo sndri menipu,knp nk tuduh org lain penipu..dasar manusia..ingkari ape yg diucap..!!!!

  10. seandainya dia datang menemuiku
    cinta itu adalah cinta sejati
    seandainya dia pergi dan tidak kembali
    anggaplah cinta itu tidak wujud sejak dari awal lagi..

  11. Sedihhhnya…bila diri di khianati.
    patutkah terima ucapan maafnya?
    terasa sukarnya utk melupakan apa yg terjadi.
    betul ke dia tak akan ulangi lagi.
    sedangkan dulu dia pernah berjanji, tp tetap dia mungkiri
    betul ke dia boleh berubah??

  12. Apakah pula madah selepas ini
    yang kau akan berikan padaku
    diatas kebisuan mu….diam mu…
    setelah aku tersangkut pada mata kail mu
    setelah sepinggan nasi yang kau hulurkan kepadaku
    telah mampu mengenyangkan ku
    Nasi yang kumakan ini
    hanya sekadar untuk aku bertapak meneruskan penghidupan
    yang aku sendiri tak tahu dimana penghujungnya
    dimana bahagianya..
    terima kasih …….z……..n

  13. setiap insan,di antara 2 insan merasakan kasih & sayang dari seseorang kekasih yang dicintai.kasih & sayang tu terlahir dari hati naluri,bukan terlahir dari ucapan sj.ada kala nya bila seorang insan merasakan kasih & sayang tu ingin di rs kan sepanjang hidupnya.tetapi rs kasih & sayang seseorang insan tu tiada ap nya di bandingkan dngn kasih & sayang allah kpd umat nya yg dekat kpd nya.mulai sekarang marilah kita insyaf sebalum terlambat. WASSALAM

  14. cinta sempurna…………………

  15. Pingback: AzalieNa_AiMans’s Blog » Blog Archive » HAYATILAH………

  16. Nikmat cinta sesama insan itu adalah satu anugerah dari Ilahi. Maka, yakinlah degan ketentuanNya. Jika perpisahan berlaku, bersabarlah. Mungkin ia satu ujian atau hukuman kerana kelalaian kita mengingatiNya.Tanya pada diri,kita lebih mengenali diri kita sendiri.Jgn dgn mudah menyalahkan org lain.Kembalilah kepadaNya,pasti ketenangan yang ada temui.hidup ini bukan mudah!!!!

  17. aku tak berani nak kate aku menyesal mengenali cintanya, sebab aku pernah bahagia dengan cintanya, namun aku boleh katekan cintanya terlalu ingin sempurna sehinggakan aku dilihat tidak semprna untuknya, cuma aku terlalu sayangkanya hingga tidak sanggup melepaskannya… sebab itu ajar aku untuk melupakannya. .

    • jangan pernah menyesal dengan cinta
      dari dia ataupun dari orang lain,,,,,,,,,,,,karna cinta tidak pernah mengajari manusia untuk saling menyakiti,,,karna yang kita anggap terbaik
      ,,,,,,,,,,,belum tentu orang lain menganggap itu yang terbaik,kita anggap itu kebahagiaan,,belum tentu orang lain menganggap itu kebahagiaan
      ( bila itu perjalanan hidup yg menyebalakan/ penuh penyesalan,,,jadikan semua itu sebuah kenangan dan juga arti kehidupan untuk Mu,,dalam melangkah kedepan yang penuh semangat dan juga yang penuh dengan senyuman )

  18. tak usah lah kecewa dengan cinta dan mengejarnya. suatu hari nanti kita akan jumpa juga dengan cinta sebenar kita iaitu jodoh yang di tetapkan oleh allah ini lah cinta sebenar kita. fkirkan….

  19. …cinta tak semudah yang diucapkan.
    bersabar menempuh segala dugaan yang akan dihadapi

  20. cinta tak semestinya memiliki.
    cinta yang suci lahirnya dari hati yang ikhlas dan ihsan kepada penciptanya.
    cinta yang sering menyakiti hati bukanlah dinamakan cinta..
    cinta tak menyakiti,dan cinta tak pernah meminya..
    bahkah ianya sentiasa mengalir dari diri seorang insan yang bergelar pencinta

  21. Cinta itu sama dengan biji tanaman jika tumbuh ditempat tak layak hrus sgra dimusnahkan, tp jka ditempat yg benar pupuk dan rawatlah

  22. cinta
    Tidak perlu terlalu kebendaan…..
    Tidak perlu terlalu kemewahan…..
    Tidak perlu terlalu terkenal…..
    Selagi masih ada yang menghargai kita….itu sudah lebih daripada mengcukupi….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s