Tips Untuk Membina Pesona Diri (Untuk Wanita)

we.jpg 

Anda cemburu melihat kawan anda dikelilingi lelaki sedangkan anda hanya terkebil-kebil keseorangan. Dia ada aura..daya penarik. Tapi itu yg difikirkan anda sedangkan anda sendiri boleh membina daya penarik itu pada diri anda.

Di sini ada tips-tips yg boleh anda ikuti untuk membina pesona diri anda dikalangan lelaki…

1.   Lelaki suka kepada wanita yang yakin pada dirinya. Jadi jika anda yakin pada diri anda, suka pada diri anda dan dapat menerima diri anda sendiri seadanya, maka lelaki juga akan mudah menyukai diri anda. Walaupun anda berparas rupa sederhana, keyakinan anda akan menyerlahkan suatu pesona yg luar biasa. Lelaki tidak suka akan perempuan yg asyik merungut tentang hidungnya yang tidak mancung atau tubuhnya yg rendah kerana sememangnya kejadian Tuhan tidak boleh dipinda. Bersyukurlah! 
 
2.   Belajar untuk berdikari. Sesetengah lelaki menganggap wanita yg pandai berdikari mempunyai pesona yg tersendiri. Lelaki tidak suka wanita yang asyik bergantung pada orang dan sentiasa mengharapkan pertolongan lelaki. Tetapi ada juga sesetengah lelaki yg amat suka wanita yg manja dan sentiasa memerlukannya. Dia akan berasa dirinya hebat apabila dapat memberi pertolongan kepada wanita. Jadi, sesuaikan diri anda mengikut keadaan. Kalau nak tukar tayar kereta, apa salahnya meminta tolong pada kawan lelaki. Lagipun mana ada wanita yang ‘superwoman’?
 
3.   Jangan berpura-pura bodoh untuk memikat hati lelaki. Untuk apa? Adakah anda suka memikat lelaki yg bodoh pula? Jadilah diri anda sendiri..tapi janganlah pula berlagak pandai dalam segala hal kerana ia hanya menjengkelkan. Oleh itu, gunakan kebijaksanaan anda dengan bijaksana juga!
 
4.   Jaga penampilan diri anda dengan memakai pakaian yg anda selesa memakainya. Jangan terikut-ikut dengan perkembangan fesyen utk nampak cantik kerana tidak semua fesyen sesuai untuk anda. Anda mungkin menjadi mangsa fesyen dan nampak hodoh! Terus merudum pesona anda!
 
5.   Jangan terlalu rendah diri jika anda tidak cantik seperti artis atau model. Lagipun, anda sendiri tidak mengharapkan lelaki yg bakal menjadi pasangan anda utk kacak seperti Brad Pitt. Jadi, pastikan anda sentiasa selesa dengan diri anda. Wanita yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya pasti hanya akan memancarkan aura negatif di persekitarannya. Cara utk mengatasi perasaan rendah diri ini, cuba imaginasikan diri anda seorang puteri  dan berjalan, berdiri, makan dan melakukan sesuatu seperti seorg puteri yg hebat. Ambil contoh Paris Hilton. Tak semua lelaki akan menganggap dia mempesonakan jika dia berfikiran negatif terhadap dirinya dan asyik terperuk dalam sangkar emasnya. Tetapi kerana dia yakin dirinya seperti seorang ‘princess’ dan ‘act like a princess’ dia menyerlahkan pesona dirinya yang begitu hebat!
 
6.   Sekiranya anda ke majlis keramaian, cuba untuk masuk ke dalam kumpulan kawan-kawan lelaki anda dan berbual-bual. Lelaki lain akan berasa hairan mengapa ada seorg wanita yang nampak mesra di dalam kelompok lelaki. Tentu ada sesuatu yang menarik pada diri anda dan membuat lelaki itu pula tertarik untuk mendekati anda.
 
7.   Beri perhatian kepada penampilan lelaki yang cuba anda dekati. Sekiranya dia membuat potongan rambut baru yg nampak menawan atau memakai tali leher yg cantik, pujilah dgn ikhlas. Lelaki selalu  berusaha utk nampak menarik tetapi jarang mendapat pujian. Jadi pujian anda tentu membuat dia rasa bangga dan gembira.
 
8.   Jangan sesekali minum alkohol. Perbuatan ini sudahlah haram disisi agama malah akan memabukkan anda. Sekiranya anda mabuk, sudah tentu anda akan bercakap merepek-repek dan membuat anda kelihatan amat murah dan meloyakan..
 
9.   Pupuklah sikap menghargai. Ucapkan terima kasih pada perkara-perkara yg kecil sekalipun. Senyumlah di kala anda meluahkannya. Ia membawa makna yang besar. 
 
10.   Tanya lelaki tentang pekerjaannya dan hobinya. Dengar dengan teliti apa yang dikata dan ramahlah bertanya soalan tentang perkara-perkara yang diminatinya. Tentu lelaki itu seronok berbual-bual dengan anda. Anda pun secara tidak langsung mendapat pengetahuan baru tentang dunia lelaki! Mana tahu dia mengajak anda menyertai team futsalnya dan ini memberi peluang kepada anda utk lebih mengenalinya!
 
11.   Relaks dan selesakanlah diri anda apabila bergaul dengan ramai orang. Semakin anda selesa dengan diri anda, semakin selesa orang yang berada disekeliling anda terhadap diri anda. Anda hanya akan kelihatan kelam-kabut sekiranya anda gemuruh.
 
12.  Sekiranya anda berusaha menarik perhatian seseorg lelaki, pastikan anda berdua memang sesuai dan sepadan di antara satu sama lain. Membuang masa sekiranya anda membuat seorang lelaki itu ‘perasan’ atau jatuh hati pada anda tetapi kemudian anda menyesal gila asyik dikejarnya!! Ingat, pesona anda bukan bertujuan utk mempermain-mainkan hati lelaki dan juga bukan utk digunakan utk test market!
 
13. Semasa berbual-bual dengan lelaki, jangan mengumpat atau bercakap buruk tentang wanita lain kerana lelaki hanya akan menganggap anda cuba membuat dia berfikiran negatif terhadap wanita lain. Ini akan memburukkan pesona diri anda.

14. Setelah berbual-bual, berikan kata-kata ‘pesona’ kepadanya seperti “Saya suka betul berbual-bual dengan awak..rasa seronok dapat berkenalan dengan awak. Boleh tak kita saling keep in touch selepas ini?”..Tentu hati lelaki itu rasa bangga dan dalam masa yg sama ‘cair’…hehehehe
 
 15. Jangan asyik muncung di dalam majlis. Nanti orang kata kita sombong. Senyumlah selalu dan mungkin senyuman anda membuat seorang lelaki tertawan! Senyuman adalah sedekah yg paling murah tetapi berharga! Ia mungkin pesona anda yg tersembunyi!
 
16. Jika anda berada bersama seorg lelaki yg anda minati, anggaplah dia sebagai seorg kawan dan pasti dapat mengurangkan debaran jantung anda apabila berada dekat dengannya.
 
17.  Jangan sesekali meminta lelaki membeli hadiah itu dan ini kepada anda. Contohnya anda mendengar khabar dia akan Perth, Australia. Anda pun sibuk memujuk dia membeli ole-ole mahal dan suara anda yg kasar terus berubah manja. Lelaki tentu menganggap anda seorang ‘gold digger’ atau perempuan materialistik kerana anda sanggup meminta hadiah darinya walaupun anda tiada kaitan dengannya langsung. Lelaki akan lebih menghormati seorang wanita yg tidak meminta-minta. Jika dia mengambil berat tentang diri anda dan menganggap anda seorg yg istimewa, pasti dia akan ingat pada anda dan akan tergerak utk membeli sesuatu utk anda walau anda tidak memintanya. Kejutan seperti ini adalah lebih menyeronokkan. Anda dan dia sama-sama teruja! 

18. Lelaki amat suka pada wanita yg berfikiran terbuka dan dapat gelak bersama-sama pada lawak jenaka mereka. Wanita yg mudah tersinggung atau terlalu serius membuat lelaki jadi rimas. Tetapi kita juga perlu ingat setakat mana kita boleh berfikiran terbuka kerana kita bukan seperti orang Barat yg dapat menerima segalanya.
 
19. Seorang wanita yg pandai bergurau dan memiliki ‘sense of humour’ yg tinggi merupakan seorg wanita yg mempesonakan pada pandangan sesetengah lelaki. Seperti wanita, lelaki juga suka dihiburkan dengan cerita-cerita jenaka dan bila wanita dapat membuat seorg lelaki itu ketawa, itu tandanya wanita itu memang mempunyai aura pesona yg tersendiri. Selain lawak jenaka, apa salahnya jika sekali-sekala wanita pula mengusik lelaki dan membuat mereka tersipu malu..(suka tapi malu!) Kadang-kadang gurau senda dan usik-mengusik dapat menjalin hubungan yg lebih mesra.

20. Bila berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, jangan asyik bercakap tentang diri anda. Dan jangan membolot perbualan sehingga tiada ruang untuk dia mencelah. Selain itu, terlalu pendiam pula membuat lelaki itu cepat bosan atau kehabisan idea utk berbual-bual dengan anda. Oleh itu berpada-padalah dalam percakapan. Dari segi psikologi, seseorg individu memang suka bercakap-cakap tentang dirinya. Jadi, biarlah dia puas bercakap tentang dirinya dan selepas itu barulah anda bercakap tentang diri anda. Walaupun mungkin dia menceritakan A-Z tentang dirinya, janganlah anda pula beritahu segala-galanya tentang diri anda. Simpanlah sedikit supaya diri anda ada ‘aura’ dan ‘pesona’ misteri.

21. Awas! Jangan sesekali bercakap besar tentang diri anda atau menceritakan segala kenangan indah anda bersama bekas teman lelaki anda. Sejarah silam anda perlu dilipat kemas kecuali dia bertanya bersungguh-sungguh. Itupun berikan secara umum sahaja. Sesetengah lelaki memang suka mengorek atau ingin tahu siapa lelaki-lelaki yg pernah hadir dalam hidup anda. Sekiranya anda bercakap besar dan menceritakan betapa bertuahnya anda pernah bercinta dengan si A dan si B yg hebat, anda tersilap langkah!! Pesona anda bukan semakin naik tetapi semakin menjunam. Walaupun mereka ingin tahu, tiada lelaki yg suka dibanding-bandingkan dengan lelaki yg lain. Mungkin mereka berasa hebat sekiranya dapat memiliki anda yg pernah bercinta dengan orang-orang yg hebat, tetapi perasaan itu hanya sementara sahaja dan selepas itu mereka akan dihantui dengan perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap anda.

22. Jika anda terserempak dengan lelaki yang anda minati, ramahkan diri anda menegurnya walau bercakap Hai! Atau senyumlah padanya. Walaupun perkara ini nampak kecil, tetapi lama-lama si dia akan sedar akan kehadiran dan kewujudan anda dan mungkin dia pula yg akan menegur anda dahulu dan mengajak anda minum petang di ‘mapley’ berhampiran pejabat!

23. Jual mahallah sedikit..Jangan nampak seperti kita pula terlebih-lebih mahu mengenalinya. Jika anda dan dia bertukar-tukar nombor telefon, pastikan anda menunggu dia menelefon anda atau menghantar sms kepada anda terlebih dahulu. Wanita yang jinak-jinak merpati memang mempunyai daya pesona yg tinggi dan mencabar lelaki utk memilikinya. Tapi jangan terlebih jual mahal..takut nanti langsung tidak laku..hehehee!! Gunakan ‘common sense’ utk memberi respon yg sewajarnya.

24. Menghormati lelaki. Seperti wanita yg ingin dihormati, lelaki juga begitu malah lebih lagi kerana mereka memiliki ego yg tinggi. Respek amat penting bagi lelaki. Wanita yg tidak menghormatinya atau mengejek-ejek kebolehannya membuat ego mereka tercalar. Oleh itu, hormatilah pendiriannya, kerjayanya, pemikirannya dan impiannya. Dan walaupun anda berasa dia tidak mampu, sekurang-kurangnya berikan dia sokongan utk dia mencapai cita-citanya dan beritahulah padanya bahawa anda percaya akan kebolehan dia. Kata-kata semangat dari anda membuat dia bertambah hormat pada anda. Jadi anda dan dia dapat saling hormat-menghormati. Wanita yang dihormati lelaki adalah wanita yang pasti mempunyai pesona.
 
25. Peganglah pada janji. Semua orang suka individu yang bersikap jujur dan amanah. Jika kawan lelaki anda menceritakan rahsia peribadinya pada anda, janganlah anda menjaja ceritanya pada org lain utk mendapat tumpuan. Memanglah si penyebar gossip akan popular, tetapi mahukah anda menjadi popular seperti itu? Sekiranya bocor rahsianya sehingga satu pejabat tahu, sudah pasti dia mengesyaki anda sebagai dalangnya. Anda bukan mendapat pesona tetapi kutukan!

26. Dalam perbualan anda dengan kelompok rakan lelaki anda, janganlah asyik berkata tidak tahu apabila ditanya tentang sesuatu. Kalau tak tahu memang wajarlah kata tak tahu tetapi kalau semuanya tak tahu, mereka akan mengganggap anda wanita yg tidak bijak dan susah di bawa ke dalam majlis. Kalau mereka berhasrat ingin berkenalan dengan anda pun, terencat hasrat mereka. Pesona anda hilang! Oleh itu, cuba belajar untuk peka pada persekitaran dan isu-isu semasa supaya anda dapat menyelit dalam perbualan kawan-kawan lelaki anda dan memberikan pendapat bernas bila ditanya. Banyakkan membaca terutamanya suratkhabar! Membaca meluaskan pengetahuan. Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, jangan pula malu utk bertanya. Malu bertanya sesat jalan pula…
 

27. Jika di tempat kerja anda ada majlis anjuran syarikat, apa salahnya menawarkan diri untuk membantu. Apabila anda bekerjasama dalam satu pasukan yg hebat dan kerja yg dihasilkan juga hebat, pasti anda juga akan terkena tempias pujian. Orang akan mengenali anda dan secara tidak langsung meningkatkan pesona diri anda.

28. Begitu juga jika anda ada bakat terpendam. Jangan sia-siakan kerana bakat adalah satu pesona. Anda tidak perlu menjadi penyanyi dan pelakon utk menonjolkan bakat. Jika anda pandai menyanyi, sertailah aktiviti karoeke anjuran tempat kerja anda. Kalau pandai berlakon, sertailah lakonan utk aktiviti hari keluarga anda. Jika anda ada bakat sebagai MC atau pengerusi majlis, tawarkan diri anda untuk mempengerusikan sesuatu majlis yg diadakan. Dengan cara ini, pesona diri anda akan menyerlah dan orang ramai akan lebih mengetahui akan kewujudan anda dalam sesuatu organisasi. Peluang untuk anda mengenali ramai org pun akan lebih cerah. 
 
29. Jika berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, pastikan perbualan itu ada topik yg menarik dan tidak hambar. Utk lebih fun and funny, selitkan sedikit game dalam perbualan tersebut. Anna suka tanya soalan macam..” Describe urself in one word” dan entah kenapa trik tu selalu menjadi kerana lelaki2 yg anna tanya tu pasti berfikir panjang dan akhirnya tergelak-gelak semasa memberi jawapan. Jawapan yg diberikan mesti lucu dan ini dapat ‘break the ice’! One point extra!

30. Jika anda pernah berbual-bual dengan seorg lelaki tentang sesuatu perkara, lain kali bila bertemunya tanyalah soalan yg berkaitan dengan perkara tersebut. Contohnya, dia pernah beritahu anda akan menyertai pertandingan menembak. Jadi, tanyalah tentang kejuaraan tersebut. Jika dia menang tempat pertama ‘sharp shooter’, ucapkan tahniah kepadanya. Perkara-perkara kecil sebegini dpt memberi makna yg besar. 

31. Jangan hipokrit. Jujurlah dengan diri sendiri dan pada org lain. Jangan kerana anda ingin memikat seorang lelaki, anda bersetuju dengan semua kata-katanya. Jika anda benci menonton ESPN, janganlah menipunya dengan mengatakan saluran itu saluran kabel kegemaran anda. Cakap sajalah anda tidak suka menonton bola sepak tetapi tidak bermakna anda tidak mahu mengambil tahu tentangnya. Jika anda benci kucing, janganlah berpura-pura menyayangi kucing jalanan di kaki lima di depannya hanya kerana anda tahu dia amat menyukai kucing. 
 
32. Pikat lelaki dengan masakan. Cubalah risik pada kawan2 lain apakah makanan kegemaran lelaki yg anda minati. Kemudian cubalah memasak makanan tersebut dan bawalah masakan tersebut di pejabat utk dikongsi bersama teman-teman sepejabat dan si dia. Manalah tahu anda menepati ciri-ciri wanita idaman hati!

33. Jangan sesekali merendah-rendahkan lelaki tentang ketidakmampuannya samada melalui perbuatan atau kata-kata. Contohnya jika kawan lelaki anda tidak mampu membeli kereta, janganlah asyik mengungkit-ungkit tentang ketidakmampuannya atau menyindirnya. Suatu hari nanti mungkin anda terdesak memerlukan pertolongannya dan motor dia juga yg anda tumpang!

34. Lelaki akan lebih respek pada wanita yg menjaga kesopanannya terutama dalam segi pergaulan dan penampilan diri. Wanita yang berpakaian terlalu menjolok mata hanya akan memberi tanggapan pada lelaki bahawa wanita tersebut terlalu bergantung kepada kecantikannya semata-mata utk mendapat perhatian. Jadi, berpakaianlah secara ‘modest’ tetapi ada kelas. Wanita sebegini lebih mempesonakan. Bak kata kawan2 anna pada wanita yg berpakaian sopan..”She’s a lady! Respect her like a lady!”

35. Jangan selekeh. Anda tidak perlu membeli pakaian atau alat solek yg mahal utk kelihatan menarik tetapi cukuplah sekiranya anda sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Walau sibuk mana pun anda, curi masa utk melayan diri anda seperti membasuh rambut, memotong kuku, membuang ‘misai’ jika ada, merawat muka, memakai losyen badan, merawat tumit kaki yg pecah dan sebagainya…Semua ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Begitu juga dengan pakaian. Pastikan pakaian anda sentiasa bersih dan bukan dipakai berhari-hari baru basuh. Kebersihan diri anda perlu dijaga.

36. Jika anda meminati seorg lelaki dan dia semacam tahu niat anda utk mendekatinya tetapi malangnya tidak memberi respon atau telah berterus-terang pada anda bahawa dia tidak mahu sebarang hubungan atau komitmen dengan sesiapa pun saat itu, abaikan saja dia..Tidak ada cara utk mengubah pendiriannya itu yg keras seperti batu. Tak perlulah anda mengeluarkan semua pesona diri anda untuk memikatnya. Lupakan dia..dan teruskan kehidupan seperti biasa. Lagipun, anda telah belajar pelbagai tips utk menyerlahkan pesona diri anda dan pasti di luar sana ada banyak lelaki yg lebih menghargai diri anda!!

Oleh: Adriana

Advertisements

9 responses to “Tips Untuk Membina Pesona Diri (Untuk Wanita)

  1. betul la tips ni..laki sukakan wanita yang bleh berkongsi pe saje dgnnye..yang serasi dan ambil berat..

  2. sy shuke sgt berfikiran negatif n sometimes i hate myself… ptt la x de laki yg suke..ahaks…

  3. thankx so much for ur advice….
    mmg bgus sgt.. bwat i rase cam best fren i tgh ckp…
    especially yg no. 36 tu mmg i ske sgt…
    thanx again!!! =D

  4. aku sukakan kesederhanaan dalam segala2nya…. :)

  5. apa yach….
    i dont really understand…may be coz we have a different culture and language….

    well…
    saya pikir itu bagus untuk banyak wanita…
    pantas untuk dicoba…

    tapi menurut saya point terpenting adalah sikap menghargai diri sendiri. Saat kita menghargai diri kita sebagaimana mestinya, maka orang lain juga akan menghargai kita. And i think it will make our comfort…

  6. Saya ada kenal mamat sorang nie. He’s my lecturer, dn mmg saya pn suka kt die. Kdg2 rasa mcm dia bg hint cume xckp. Derita btol bile rs mcm nie. Ari 2 g tmn m’ber g hsptl mintak permission die bley die tye kuar dgn laki ke pompuan? Bg saye mmg pelik bila lelaki tye soalan cepumas mcm 2. Lg 1, bila xattend klas die cuz blk kg, ade die ckp blk jmp boyfren la 2? Hai…… Kdg2 die curi pandang tgk kt bilik kuliah. Bantulah saya mcm mana nk tangani situasi nie??????
    Dh tak tau nk wtpe…..ego die tinggi. Kalo die btol2 suke ckp jer….ape ssh???
    2 la lelaki kalo nk tau………

  7. siti..agaknya lecturer tu minat kat u..tapi dia serba salah coz dah ada isteri.itulah lelaki pantang tengo ppuan cantik,apa lagi kalau dia dapat rasa ppuan tu minat kat diri dia..dia saja nak tengo respon dari siti sebab tu sengaja tanya soalan cepumas mcm2!itu pendapat saya coz saya pun pernah guna teknik mcm lecturer tu !!!

  8. emmm…susah kalu berkawan ngan org yg da ada isteri…tapi..siti tak pula bgtau dia tu single @tak..klu single ok la ada harapan lagi..tp klu tak..lebih baik lupakan..sbb risiko akan datang lebih mencabar daripada apa yg awk rasa sekarang ni..lagi satu lagi…jgn mengharap sgt..takut nnt kecewa sgt2 pulak. maybe ada sbb napa dia tak nak ckp..boleh jadi sbb dia tu lectr awk..dan awk student awk…so kita sebenarnya tak tau apa yg dia fikirkan…maybe dia just ambil tau je..atau beri perhatian kat awk jer..mungkin dgn cara ni awk akan lebih bersemangat utk terus berusaha dlm subjek yg dia ajar..so berhati2, beringat2 dan berfikir sebelum bertindak. itu je pesanan utk awk..

  9. Great blog here! Also your web site loads up fast!

    What host are you using? Can I get your affiliate
    link to your host? I wish my website loaded up as fast as yours lol

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s