Petua Mengikat Kasih Sayang

Di sini, terdapat beberapa petua yang boleh dimanfaatkan bagi mengikat kasih sayang sesama pasangan.

Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda menyatakan hanya dia seorang saja anda cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.

Paling menarik apabila sekali sekala anda mengirimkan kad ucapan yang dibuat sendiri.

Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih, hari biasa juga anda boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

Setiap saat anda harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang anda lakukan.

Percayalah apabila anda mengingatinya, si dia juga pasti akan mengingati anda.

Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup anda kerana dalam semua hal, anda tidak pernah berahsia dengannya.

Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas anda adalah memberi sokongan kepadanya agar bangkit memperbaiki kesilapan, bukan membuatkan dia lebih rasa Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya anda rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di samping anda walaupun sesaat.

Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan dengan anda.

Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak menunjukkannya, jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi.

Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah.

Berbunga-bunga hati bila anda beri hadiah kepadanya.

Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untuk anda.

Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap anda lebih suka orang lain selain dirinya.

Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hati anda.

Belajarlah berterus terang. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya anda pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

Hargailah ‘privacynya’, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.

Jika anda mempunyai lesen memandu, janganlah biarkan hanya si dia saja yang memandu.

Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu.

Tidaklah si dia rasa dirinya seperti seorang pemandu.

Berikan nama gelaran yang mesra tetapi anda berdua saja yang mengetahuinya.

Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang anda tidak mengetahuinya.

About these ads

19 responses to “Petua Mengikat Kasih Sayang

  1. cinta itu rela saat dia harus terluka…..buat vocalis just try …aq cinta ma kamu walayupun kamu ga pernah membalas cintaku….semoga suatu saat nanti,kamu dapat mencintai diriku….

  2. cinta tidak semestinya bersatu tetapi cinta mengajar erti kasih sayang antara pasangan.Ramai yang mabuk dengan cinta tanpa mengetahui akibat jika cinta tidak kesampaian..Oleh itu berhati-hati lah dengan cinta manusia yang palsu.

  3. jangan terlalu mempercayai insan yang bergelar lelaki…jangan letakkan harapan yang mengunung pada insan yang bergelar lelaki…( lelaki pada masa kini ibarat seperti sebatang lilin,yang mampu membakar seluruh rumah..)

    • jangan menyalahkan pihak lelaki jak..kalau zaman dulu memang lah lelaki ja buat macam 2 n sglintir jak prempuan…..tetapi zaman dah brubah….skarang prempuan ngan lelaki sama ja…….jangan hanya menyalahkn 1 phak….klau x angin pkok x kn bgoyang….pikir lah sendiri…..

  4. so sweet.., sedikit sebnyak dah sy pernah lakukan tuk dia yg tersayang…., dpt rasa terharu dlm dirinya…., hehehe…,

  5. TAK SEMU LELAKI MCM TU.. ADA YG BAIK BELUM KETEMUI..
    PRMPN PUN ADA YG MENGHANCURKAN HIDUP LELAKI DAN MEROSAKKANNYA.
    JANGANLAH SEDIH, KECEWA DAN BERDENDAM.

    JADI SAMA-SAMA BERSALAH. TAKDE MANUSIA YG SEMPURNA. JGN SALAH MENYALAHKAN. SETIAP MANUSIA KENA HIDUP BERPASANGAN..

    PRMPN TAK BOLEH HIDUP TANPA LELAKI DAN SEBALIKNYA. BETUL TAK?

  6. Kalau p’puan dah setia lelaki pula curang..
    Kalau lelaki dah setia p’puan pula curang..

    erm skrg ni ssh nak cari lelaki yg baik and setia..
    sy sendiri dah 2 kali dipermainkan..
    skrg ni sy dah hilang kepercayaan pd lelaki..

    *Kpd p’puan di luar sana jgnlah cepat cair pd kata2 manis lelaki..
    Tetapi kalau anda dah jumpa lelaki yg baik,boleh dipercayai & bertanggungjawab jgnlah anda permainkan perasaan dia dan jagalah hati dia..

    ok..
    wassalam..

  7. EHM..LAKI SEMU JE SAME..BAJET HENSEM..

  8. ngk juga….justru x ini gw yang pusing sendiri mikirin tingkah laku c-we gw….

    semua, ya semua udah gw turutin, apa yang dia mau… pinggin gw tinggalin t gw masih synk bgt sama dia…tp klo terus gw jalanin sama dia…. gw rasa , gw bakal gila mikirin dia, gw jd ngk konsen sama kul & kerjaan gw……. jd ngk semua B4J3T H4N53m Tau….

  9. cinta ini mengjar kita erti rindu,kasih dan sayang,,..kita dapat rasa di hargai dan menghargai org lain…bercinta tak semestinya ada jodoh tapi jodoh sentiasa bersama jodoh…

  10. Love is illusion. . Sometimes it is wnderful n can hurt anyone of us. . I’ve found already my first true love,he is not really handsme but he too knd to me n care me. . I love hm vry mch. . Hope god will bless our love relation, love my ‘AQIL’ so much..

  11. kumbang sunyi

    JADI. JGN TERLALU MEMBERI HARAPAN KEPADA CINTA. JIKA DITOLAK KECEWA, PATAH HATI DAN JATUH MERUNDUM..
    SEBAB TU KDG2 KITA TGK ADA YG SANGUP BUNUH DIRI SEBAB CINTA JIKA IMAN TAK KUAT..

    BERKAWAN LA DULU. JGN TERLALU MENGHARAP. CINTA SUAMI ISTERI LEBIH BAHAGIA. KALAU BERJAUHAN RINDUNYA TAK TERTAHAN LAGI..

    KAUM PRPM PUN SAMA JGN NAK MAINKAN PERASAAN LELAKI. JGN BERDENDAM KALU TERKENA MCM TU.

    BELAJARLAH MENGHARGAI PASANGAN. KENAL DULU DAN BERKAWAN. JGN TERUS NAK SERIUS. BAGILAH MASA DULU.. KENAL MENGENAL.

  12. cintailah manusia berpada pada…kerna cintai yang PALING SEJATI hanya pada Yang Maha Esa…yang tak penah mengecewakan kite…

    “TAK KENAL MAKA TAK CINTA”

  13. Pingback: ridz_musicblog » Blog Archive » petua untuk lelaki…..copy org punye

  14. Siti Rohani Zainal

    kasih sayang yang tulus suci adalah kasih sayang yang dicipta keluar dari hati yang benar-benar luhur, pun begitu tidak semestinya perlu balasan. Kita bahagia apabila orang yang kita sayang bahagia, walaupun kita perlu menderita untuk itu..Kita menyayangai seseorang kerana tuhan telah memilih kita unutk menyayangi..Maka sayangi lah mereka-mereka yang anda SAYANG..

  15. cinta dtg tanpa dihudang dan pergi bergitu sahaja…

  16. cinta ini cukup indah…aku bahagia bersama dgn suamiku..kdg kala aku tersasar lakukan kesilapan yg menyingung perasaan dia..hanya kata maaf yg mampu ku ungkapkan..sesungguhnya..aku teramat cinta dia..aku hanya manusia biasa yg selalu melakukan kesilapan..maafkan ney…

  17. kadang2….untuk bahagia memerlukan pengorbanan yang tak termampu dek perasaan…

  18. cinta adalah mahal..kena jaga..percayalah pabila kita rindu orang tu pun rindu… walaupun berjauhan.. ingatlah..bulan mewakili hatiku..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s