Mawi mengaku cintai Ekin

 “Ekin memang teman istimewa saya,” kata Asmawi Ani, 28, atau Mawi ketika mengulas gosip hubungan cintanya dengan model dan pelakon, Nora’ Ashikin Rahmat, 29.

Katanya, dia dan Ekin belum lagi membuat sebarang persiapan untuk berkahwin.

“Begitupun, segalanya kami serahkan pada jodoh. Insya-Allah sekiranya ada rezeki dan tiba masanya satu pengumuman khas akan dibuat,” katanya sambil diperhatikan Ekin yang duduk di sisinya di majlis minum petang bersama 13 artis lelaki popular anjuran Lord’s Tailor di sini, semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan bakal mendirikan rumah tangga Disember depan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai hubungan cintanya dengan Ekin, Mawi berkata, sebelum ini, bukan dia tidak mahu mengaku, tetapi menganggap ia isu peribadi.

“Saya menjelaskan perkara itu kerana tidak mahu timbul kekeliruan. Saya juga tidak mahu orang menuduh saya hipokrit atau penipu. Sebaliknya, sekarang ini adalah masa paling sesuai untuk saya menyatakan perkara sebenar,” katanya.

Menurut Mawi, karekter gila-gila dimiliki Ekin yang tidak pernah menimbulkan masalah membuatkan dia berasakan pelakon drama bersiri, Kawan itu wanita paling sesuai untuk dirinya.

Sementara itu, Ekin tanpa berselindung berkata, sepanjang berkawan dengan Mawi, mereka tidak pernah membicarakan soal bila hendak berkahwin.

—————

Dunia Mawi: Restui cinta kami
 
ASSALAMUALAIKUM. Kali ini biar saya berterus-terang mengenai hubungan saya dan Ekin yang sekian lama menjadi tanda tanya media dan peminat.

Saya sedar hubungan ini hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kontroversi. Namun, tidak pernah terlintas untuk menagih populariti melalui kontroversi sebegini.

Cukuplah apa saya lalui selama bergelar artis. Kisah silam masih terpalit kesannya hingga ke hari ini. Saya tidak faham bagaimana dan mengapa kisah seperti inipun boleh dibesar-besarkan.

Saya juga manusia yang punyai perasaan ingin dicintai dan mencintai. Beri saya peluang untuk menikmati kehidupan seperti insan lain.

Bukan sengaja berahsia, tetapi pengalaman lalu banyak mengajar saya supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Apabila jadi bahan usikan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, macam-macam maklum balas yang saya terima. Ada yang suka dan tidak kurang juga mencerca.

Bayangkan, bagaimana tekanan yang saya dan Ekin terima dan sebab itu kami memutuskan untuk merahsiakannya sehingga benar-benar bersedia berkongsi pada ABP lalu.

Hakikatnya, kami serius Julai tahun lalu. Saya menyenangi Ekin. Saya selesa dengan sikapnya yang sempoi, gila-gila dan matang. Paling penting, dia ikhlas berkawan dan memahami karier saya.

Dalam soal bercinta, saya tidak mencari tetapi perasaan itu datang dengan sendirinya. Bagi saya, tiada istilah paksaan, malah cakap-cakap orang yang Ekin menggunakan ilmu hitam terhadap saya tidak benar sama sekali. Saya ikhlas mencintai Ekin, begitu juga dia. Tiada anasir tidak baik wujud antara kami.

Jangan menaruh syak wasangka dan menjatuhkan hukuman terhadap Ekin. Apapun kata orang, pada mata saya dia gadis dan anak yang baik.

Mohon saya, beri kami peluang. Restui dan doakan yang terbaik buat kami. Andai ada yang tidak menyenangi keputusan ini, kemaafan saya pohonkan. Saya tidak mampu memuaskan hati semua orang.

Hubungan kami bukan sekadar suka-suka, ada impian untuk melangkah ke jinjang pelamin. Bagaimanapun, buat masa ini belum ada apa-apa perancangan. Saya serahkan kepada ketentuan, cepat atau lambat saya terima dengan hati terbuka.

Saya gembira kerana keluarga merestui hubungan kami. Saya sudah bertemu keluarga Ekin, tetapi belum menyuarakan hasrat menyunting Ekin sebagai suri. Insya-Allah, andai sudah tertulis jodoh kami, rombongan akan menyusul nanti.

Soal karier lakonan Ekin, jika itu minatnya, saya tidak menghalang. Bercinta tidak bermakna saya boleh mengongkong Ekin, begitu juga dia. Mungkin persefahaman ini menjadikan kami serasi.

 

Advertisements

49 responses to “Mawi mengaku cintai Ekin

  1. ntah apa2 jek..kalo dh suka, nikah je la….duit pon dh byk.

  2. dah ckp duit ko kawinler..nnti mcm2 gosip kuar lg payah nk tepis.

  3. Pingback: Mawi mengaku cintai Ekin « Carlbella Bridal & Photography

  4. adoh terluka hati aku………………..

  5. besor btul mata si ikin ni…………… mcm….

  6. macam gambar super impose jer… hehehhe

  7. walaupun aku mmg minat giler mawi ni tapi aku terkilan dengan sikap dia yg xngaku bercinta dengan si ikin yg aku xminat lansung 2,ades…(T_T)

  8. huh kaya la ikin nie nnt
    nmpk sgt la ikin nie dah menipu
    niat pkai tudung konon
    pkai gara2 mawi….
    sengal tol mawi nie bgs agi ina naim dari ikin nie….
    klau mawi tak kaya n terkenal ikin tue jgn kata pandang jeling kat mawi pun takmo
    ina gak la yg besh

  9. mawi saya nk tahu ekin 2 pakai tudung kerana awk k???klu si ekin
    sya tak suka langsung,coz die kwn dengan mawi kerana harta atau tak.sya rasa mawi sesuai dgn heliza he3x

  10. kumbang patah sayap

    bagai pipit dengan kelicap.. memang sepadan ..

  11. cintailah seseorang dengan ikhlas kerana cinta ituu suci…………harap amwi dan ikin kekal

  12. klu da jodoh tuk mreka kte doaknlh ye..biorlh kekel shingga akhr hyt.

  13. BETUL LA. TAK BAIK TUDUH IKIN GILA HARTA MAWI ? MANA KITA TAU ?
    TAK BAIK BURUK SANGKA..

    KALAU DAH BETUL BERCINTA KAWIN LAGI BAIK. HILANG FITNAH DAN GOSIP LIAR. AGAKNYA DEPA TAK BERSEDIA LAGI KOT..

    TANGGUNGJAWAB KAWIN BERAT OOO. KENA INGAT TU..

  14. kawen ajelah mawi ikin tak yah tunggu lama2……

  15. hati orang susah kita nak ramal

  16. Hm..lantaklah korang.

  17. aper2 pun ,,,,saya hrp awk berdua bahagia…..

  18. Mawi, sebenarnye saya bukan suka sangat awak tu, that y nak pesan, jng mengada, banyak lar berzikir ke mengucap, asyik melalak je, kalau dah suka nikah je, tak ada org ckp pa2. kan

  19. bestnya diorang bercinta…hehehe

  20. smekom mawi..kami rasa jodoh adalah ditangan tuhan..kita hanya merancang tuhan yang menentukan..we hope perhubungan mawi dan kikin kekal hingga ke alam perkahwinan…amin..wassalam

  21. biau le dorng…yg korang sibuk sngat nape..bkan korng yg nak kawin pun…kubur len2 bebbbb

  22. Mawi….saya x fahm awak sekarang!!!!kta putuskn jer lah hubungan kiter…sbg peminat ler….mulai ari ni saya bukan pemint awk lg.dulu…saya mint awak bgai nk rak..sekarang no way!!!lelaki mcm awk x der pendirian lngsung.cuba sedarkn diri tu cikit.kalau awk susah nnti..awk ingt ekin tu nk kt awk jgk kew???saya lebih kenal ekin dri awk K…..

  23. kesian ko Mawi, x kenal kaca dgn pemata!
    cari lah wanita lain , nape nak cari pompuan cam dia tu, ko akan merana nanti
    baik ko fikir betul2 ko kaji siapa pompuan tu dulu..
    ada cerita dr smber yg bleh dipercayai mgatakan pompuan ko tu bekas
    girlfriend (gundik) cucunda raja di negeri dlm malaysia nie….
    hai faham2 je lah klu dh BEKAS org nie….
    sendiri mau ingatlah!!
    bersepah kat luar dunia artis ko tu wanita2 soleha lagi beriman yg boleh
    ko cari. Mawi ko jgn tersalah pilih nanti ko jg yg menanggung derita sensara….

  24. kumbang sunyi..

    Hmm. banyaknya komen awek2 kat sini pasal mawi. naper cemburu ke ikin dpt dia?

    biarla dah itu pilihannya. mawi org yg kuat dan tabah. mana tau dia mampu ubah ikin kearah wanita yg soleh dan beriman..

    jodoh di tangan tuhan. kalau bukan jodoh kita, tak boleh kawin dan mesti banyak penghalangnya. kena yakin tu..

    buat awek2 disana jgn susah hati saya kan ada. heheheheh..

  25. ITULAH YANG DINAMA KAN JODOH KLAU MAWI KAWIN PUN GAN IKIN APESALAHNYE JODOH KAN…SECOCOK APE! BAGAI PINANG DI BELAH 88888.. CUBA KORANG FIKIR KENAPA DIA TK DIJODOH GAN INA…. ALLAHKAN MAHA ADIL…ORANG YG BAIK AKAN DAPAT JODOH YG BAIK.. MCM INA DIA KENAL MAWI DR MULA MAWI SUSAH,MAWI BLEH BALAS MCM TU JEA… SO SKRG DIA DPT SUAMI LEBIH BAIK DARI MAWI… MAWI DAPATLAH BEKAS ORANG..DULU SI EKIN TU BKAN MAIN SEKSI.. SKRG JEA DA TOBAT KOT AGAKNYE PASAL MAWI..NAMPAK SGT,, AKU BKNNYE NAK KUTUK TP KENYATANYE ADA HIKMAH INA TAK KAWIN GAN MAWI TU.. KO KAYA MAWI KAT DUNIA JOO CARILAH ISTERI YANG SOLEHAH KLAU ITUPUN KO DPTLAH…

  26. mungkin ada hikmah juga mawi kawan ngan ikin 2, sekurang-kurangnya mawi boleh bawa seorang dari saudara kita kembali ke jalan yang betul… tak ke baik tuuu (besar pahala mawi dapat)…. buat mawi asuh la ikin 2 baik2, kami tau mawi khalifah yang baik .. jangan plak mawi yang jadi makin tak baik.. tul x?? buat peminat mawi doa je la moga mawi terus jadi khalifah yang baik dan bukan sebaliknya…

  27. BETUL KATA SEEJE TU..
    SETIAP YG TERJADI ADA HIKMAHNYA. KENA FIKIR TU..

  28. poyo ar mawi tuuuu… aku tak bape nak suke sgt ar ngan die tu!!!

  29. kesian r ko ni mawi..cube r cari yang elok ckit…
    rmi lagi pompuan y baek dr ekin tue…y bole ko dapat..
    ini soal jodoh..cubalah dengar kata peminat skit.dorang lebih
    kenal ikin dari ko..buat lah solat istiharah. minta petunjuk semoga
    ko jumpe jodoh yang btl2 ikhlas mancintai ko bukannya mencintai
    duit ko n tumpang glamor ko..peminat semua mengharapkan yg terbaik
    dari mawi.kami semua syg mawi.kami tak mahu mawi terus hanyut dengan
    percintaan yang berasaskan harta dan glamor semata2.kami bkn
    memburukkan sape2 tapi fikirlah baik2 k.. semoga mawi terus berjaya
    pada masa akn dtg dan mendapat jodoh yg baik…smg berbahagia…k tata…

  30. zai jirsham bt zainudin

    Mawi aku rasa ko x lupe yang diri ko tu bekas USTAZ. kejap kata kawin kejap kata tdk.ko mengaibkan diri sendiri SECARA TAK LANGSUNG ko telah meletakkan martabat SI IKIN tu sama je dengan barangan lelong.suka suka bleh beli ,nnt dah bosan boleh blah.Ekin tu asyik ikut je sbb lumrah pompuan becinta tekincit pun wangi.Mawi ,nyanyian ko OK.yg x ok tu perangai ko.Mawi ingat ni:KITA TAK AKAN TAHU KEKURANGAN DIRI KITA ,HINGGA ADA ORANG MENEGUR AKAN KEKURANGAN ITU.MAWI ……………………………LU PIKIR LAH SENDIRI.

  31. mawi n ikin.mgkin btl jodoh pertemuan tu di tangan tuhan.tapi ia tak datang sendiri.kta kena cari,dan ko mawi jangan menyesal ngan keputusan yang ko buat yang x mgkin berpatah balik.aku x kta ikin 2 tak baik mgkin aku tak kenal ikin dengn rapat tapi aku harap ko dapatla pimpin dia sebaik mgkin menjadi insan yang soleh,ikin aku harap ko berubah ngan ikhlas bukan kerana mawi.igat ikhlas atau tidak terletak d ati bukan di mata orang yang menilai kta.itu semua antara kita ngan tuhan..ape2 hal pun semua dah berlaku so go on je..saya doakan anda bahagia d atas kesedihan insan lain.

  32. Mawi pegalaman saya lah kan kalau ia pun nak beristeri pilehlah yang muda umor darikita nanti jangan pula awak pangil ikin kakak kikin pula . Lagi satu saya ingatkan kalau dah kawin jangan lupa keluarga.

  33. kalau jodoh itu kerana tuhan…tapi aku x suka ekin sebab ……x berkenan la gayanya..ralat tengok mawi pilih dia..ina pun aku memang x berkenan pun..betulke pakai tudung krn mimpi yg menginsafkan ke sebab ambik hati mawi n peminat mawi? betulke aritu kawan aku kata nampak ekin kat jusco tmn u dengan aien x pakai tudung…tuhan jek yg tahu mintak maaf ye….

  34. saya terpanggil untuk mencoret sepatah dua kata… Dulu mawi adalah satu personaliti yang cukup dikagumi bukan sahaja dari segi bakat tetapi juga dari segi personaliti…. hingga me yebabkan wujudnya aura yang sukar dikatakan…

    Sejak akhir -akhir ini rasanya semakin glamor semakin mawi berubah personaliti…. agaknya dulu mawi telah berjaya menyembunyikan perangai yang sebenar kot !

    Walaupun Ina Naim telah bahagia dengan takdir Allah… tetapi apa yang telah mawi lakukan hingga menyebabkan keaiban pada ina cukup menyedarkan saya bahawa mawi bukanlah alim seperti yang disangka..
    Sebelum gi akademi fantasia janji nak kahwin bila menang konon nak cari duit hantaran tetapi bila dah dapat tinggalkan ia hingga menjatuhkan air muka ina sekeluarga…alhamdullilah kerana ina dah jumpa hero yg sebenar… tuhan maha adil

    Buat mawi mungkin itulah sebabnya allah temukan dia dengan ikin… serasi bersama…. mungkin perangai pun sama… walau bagaimun sebagai peminat agak kecewa tetapi itulah mawi sebenarnya…..tuhan dah tunjukkan… biarlah dia hidup dengan caranya……Selamat Tinggal Mawi…tiada lagi Mawi di hati

  35. aishah binti idris

    ko ni poyo lah mawi….yang ikin ni pun satu dol..dulu ina naim nak tunang ngan mawi..suma hantaran pakai duit ina.mawi mana ade duit.tpi sekarang da lupe daratan..da ade banyak duit da berlagak..pompuan yang jual nasik lemak lagi cantik lah..

  36. mawi ko carilah pompuan yg lagi muda

  37. semoga mawi bahagia ngan setiap plhn dier…semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada mawi dalam kehidupan dan karier nyer…

  38. moga mawi bahagia kan??????????

  39. aku kecyan tgk ina naim mase mawi tinggalkan dia.. tapi aku suka sbb ina bahagia sekarang dgn insan yang lebih baik dr mawi.. dan aku lagi suka sbb mawi bahagia dgn insan yang x sebaik ina.. papepon tq mawi sbb tinggalkan ena n pilih ikin yg ntah pape 2

  40. saya doakan mawi dan ekin akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat…. bila mawi nak datang sabah nie nak juga jumpa mawi bah…

  41. alhamdulllilah semoga hubgan koarang berpanjangan

  42. ssuai lh ekin ngan mawi ni

  43. saya ialah pmnat awak mawi dan ekin saya harp awk brdua kahwin cpt cpt dan dpt anak sbnyak yg mngkin k hehehehe .saya ingin bgi nshat ikit kpada awk berdua spaya jglah gadoh gadoh k and jagn dont dont cerai k.saya x ska la artis nie cerai cerai sbb AKU BENCI >>>>>>>>>>>BENCI,ingtlah mawi dan ekin yeeeeee SEMOGA BERKEKALAN SAMPAI AKHIR AKHIRAT Ye …………….AMIN,,,,,,,,,
    MUAH……MUAh.,……..MUAH……..MUAh HAPPY …ye ngan Weeding TAu

  44. yang korang dok sibuk hal mawi wat pe?korang dapat ape?dosa ada ar..dah ar aku ni dah serabut dengar itu ini.biarlah dia bahagia ngan hidup dia..minat sekali pun agak2 ar

  45. bodoh natang MAWI ni…bengong gilo
    huh!!!!!!!!!!!!!!!!
    mapuh la mung tuh
    nrako la mg dok nga ekin tiok busuk!!!
    hahahahaha
    gilow300000
    shian pok mg mawi
    bini mg g kubo paka seksi meksi

  46. sesungguhnya yg baik itu drpd Allah SWT
    dan yg buruk itu kelemahan diri kita sendiri
    daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

  47. aku rasa betul lah.. ekin ni gila mawi..sakarang ni family ekin da kongker si mawi tu…aku nampak family ekin dan kaum kerabatnya dekat karoke DIVA kat johor..kesian mak mawi tu..keseorangan dekat rumah..ajak lah mak dia sekali ker..aper ker..TAK PATUT SI ekin tu..dah lah family mcm tu..sudah2lah nak buat family mawi mcm 2..mawi pun…ajaklah mak bersiar2..jgn ikut telunjuk sangat family bini kau tu

  48. korang rasa tak si ekin tu palsu
    mawi tu datang dari keluarga miskin kan
    aku rasa kalau si mawi tu x kaya
    haram lah si ekin tu nak pandang,nak pegang pun jijik rasanya…maklum lah si ekin ni,dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki dia.semuanya nak yang branded…aku pernah nampak si ekin ni bawak kereta dari kerabat diraja johor..cucu sultan johor..dah betul lah tu..ekin ni memeng palsu..pakai tudung sbb mimpi..sejak kawan dgn mawi.terus dapat mimpi..hahaha..kelakar lah,baguslah si ina tu tak kawin dgn mawi..ina bahagia dia suhaimi tu…ekin hipokrit,konkong mawi….

  49. mawi, dulu sy memang minat giler.Selama hidup tak pernah sy beli cd… tp mawi sy beli yang ori.Anak dan suami terperanjat.

    Kini, sejak mawi kawin ekin lansung sy tak minat nak sokong dia.Macam tak de pmpuan lain dalam dunia ni.Sy doa mereka cepat2 berpisah..biar padan muka family ekin tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s