Indahkan detik bercinta

“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna.

1. Tulis dan tampal

Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.

2. Iklan di surat khabar

Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.

Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.

3. Bukukan cinta

Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.

4. Pesanan cinta

Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.

5. Koleksi SMS

Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.

6. Biarlah jari berbicara

Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.

7. Menyusun puzzle

Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.

8. Cinta dalam 100 bahasa

Belajar menyatakan ‘saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

9. Kirimkan hidangan tengah hari

Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ‘saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.

Sumber: Kosmo!

Advertisements

12 responses to “Indahkan detik bercinta

  1. saya pulak suka ungkapkan perkataan i love u pada pasangan saya

  2. saya pun sllu2 say i luv u gk pd die…

  3. sbnarny km thu blumb jadian . .
    but , ska krm xmx pk kt ” i luph u 4ever ” . . .

    g2 . .

  4. 143…hehehe..:)
    is much better..
    1 for i…,
    4 for LOVE…,and
    3 for u,syg… :)
    Shatif 4-Eva..May Allah bless us with the Baraqah…amin,:)

  5. “SO…………._SwE3TT…*
    cup cup mu@Ch..muaCh (^_^)

  6. aku x tau mcm mana nak bicara melalui telifon…takkan mcm biase jer..nak jugak selitkan sikit lawak jenaka!help me!!!

  7. aku pikir gak mcm mana nak gembirakan hati ‘boyfriend’..PLEASE..HELP ME

  8. kakak2 & abg2..plese tlg adik mcm mne nk mengorat org pompuan ni..ble ckp melalui handphone asyik GEMENTAR jer..mcm mne nak ungkapkan…PLEASEE..HELP ME..baru umo 16 tahun..

  9. sye ade 3 org awek..tapi 2 org tu dah mcm x betoi(dok pahang)..tinggal lagi sorang dok kat KL..itu pon ade ramai org suke dia..mcm mne ni..dah ungkapkan ‘I LOVE YOU’,tpi………..huhuhuh

  10. Kamarulzaman….baru 16thn?…takyah..buang masa aje…besok kau dah besar dah keje baru kan menyesal tak cukup tanah pasal kat luar sana…beribu2 lemon ada lagi yang tak pernah kau tengok….tak caya tunggu 10thn lagi…print statement abg ni…kalau tak caya

    belajar dulu…

  11. ha ha ha

  12. ha ha ha….betul tu ek ele, kamaruzaman ko belajar dulu, kang ko dah keje, ramai le pmpuan kejor ko tu!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s