Cinta Semakin Hambar

Di awal bercinta semuanya akan bahagia dan sempurna.  Masing-masing boleh bertolak ansur.  Setiap kesilapan yang berlaku begitu mudah untuk dimaafkan.  Namun usia percintaan menjadi semankin matang ada diantara kamu yang perhubungan cintanya mula menjadi goyang.  Pelbagai masalah yang dihadapi membuatkan kamu dan sidia pantang bertemu, pasti ada saja yang tidak kena.  Semestinya kamu binggung menghadapi situasi begini.  Mahu diputuskan didalam hati masih ada sayang dan cinta.  Namun andai diteruskan ada hari yang merana dan sengsara.  Usah bersedih, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya tetapi sebelum itu semak dulu perkara-perkara berikut yang sering menjadi punca hubungan jadi hambar.

1. Bosan

Setiap masa berjumpa kamu dan sidia tidak pernah ada aktiviti lain selain aktiviti yg selalu bila keluar kamu lakukan bersama seperti menonton wayang dan pergi makan.  tidak pernah sekali pun kamu berdua mengambil inisiatif pergi ketempat yang lebih menarik, alasan yang diberikan tidak ada “budget” (budget ini boleh diatasi dengan cara bertolak ansur, kamu berdua bukankah sudah berkerjaya so apa kata kamu kongsi berdua, bukan untuk org lain tapi untuk kamu, si dia dan percintaan kamu tentu hidup kamu juga lebih meriah dan tidak bosan bukan )

2. Tidak Jujur

Di awal percintaan kerana mahu menjaga hati, kamu dan sidia tidak pernah berterus terang apa yang kamu dan sidia suka dan  tidak suka pada perangai masing-masing, akibatnya apabila terlalu lama disimpan, sampai kesatu tahap tidak tahan dan mulalah diluahkan sikit demi sikit, namun mungkin agak terlewat untuk kamu memahami diri masing-masing..( tak salah jika kamu berterus terang tentang apa yg kamu tidak suka mengenai dirinya supaya kamu tidak menjadi hipokrit..itula yang terbagus dan sidia juga pasti menerima dgn positif kerana diawal lagi dia sudah tahu apa yg tidak elok harus berterus terang sekaligus dia juga tidak bersikap hipokrit)

3. Tidak bertolak ansur

Semakin lama bercinta semakin berani untuk bertegas dengan pendirian masing-masing, hal kecil seperti memilih tempat makan pun boleh menjadi perbalahan kerana kedua-dua tidak mahu mengalah, tidak salah tegas pada pendirian, namun harus juga ada perasaan tolak ansur seperti diawal-awal percintaan dulu barulah sentiasa aman… (x salah bertolak ansur, apakata kamu rancang bersama, jika sidia mahu ketempat yang dicadangkan tak salah kan jika kamu membawa nya ketempat yang kamu inginkan dilain hari, apapun perbincangan itu perlu, dan kamu boleh berkata pada sidia kali ini mengikut selera kamu dan next time cadangan saya pula. )

4. Terlalu cemburu

Sikap si dia yang sentiasa mengawal kamu membuatkan kamu menjadi rimas dan tertekan.  mana kamu pergi semuanya harus diberitahu dulu. paling membosankan apabila terlalu banyak syarat yang ditetapkan pada kamu.  Sampaikan menyimpan no telefon kawan-kawan pun dipantaunya ( sikap kamu yang tak jujur juga boleh membuatkan sidia hilang kepercayaan kepada kamu so diawal percintaan tak salahkan kamu bersikap jujur padanya)

5. Selalu mengungkit

Si dia amat menyayangi kamu tetapi apa saja yang sidia berikan pada kamu semuanya mengharapkan balasan. kalau tidak sidia akan mengungkit berkali-kali.  begitu juga apabila berjanji si dia mahu kamu menepatinya walau apapun terjadi, andai kamu gagal menepati janji sidia akan mengungkit setiap masa.

Antara jalan penyelesaian pada hubungan yang semakin hambar

Break Off Dulu !!!!

Biarpun kamu menemui jalan buntu dengan sikap si dia namun jangan ambil jalan mudah dengan terus memutuskan hubungan yang telah lama terjalin, kalau dalam hati masih ada sayang dan cinta kamu masih ada harapan untuk menyelematkannya.  Langkah paling baik ialah kamu dan si dia break off buat sementara waktu 

– beri masa dan ruang untuk kamu dan sidia berfikir dengan tenang apakah kalian masih memerlukan diri masing-2

– Refresh semula perhubungan kamu dan sidia agar dapat kembali mesra seperti diawal-awal percintaan dulu

– Wujudkan perasaan rindu dalam diri masing-masing.  Andai masih ada rindu pasti ada sayang.

– Uji diri hidup tanpa sidia disisi (adakah kamu mampu atau tidak)

Saat berpisah

Saat kamu dan si dia membawa haluan masing-masing buat sementara waktu jangan biarkan diri hanya duduk diam ataupun terperuk didalam rumah berfikir, kamu tidak akan menemui jawapannya, langkah yang sepatutnya kamu ambil ialah :-

1.  Senaraikan keburukan dan kebaikannya
Setelah lama menjalinkan hubungan cinta kamu pasti sudah arif kebaikkan dan keburukkan sidia.  Untuk lebih jelas kamu senaraikan satu persatu diatas kertas dan nilailah satu persatu adakah dia baik untuk kamu 

2. Pergi bercuti
Pergi ketempat yang jauh dari kesibukkan adalah cara paling baik untuk berfikir dengan tenang.  Beri masa untuk berehat supaya kamu boleh berfikir dengan lebih rasional serta tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luar

Ini adalah masa yang paling sesuai kamu melihat dan menguji kesetiannya. disaat kamu  tidak ada di sisinya adakah si dia setia menanti kamu ataupun dia dengan selambanya berdampingan dengan orang lain…

Tidak salah kamu mencuba tips ini kerana apa yang pasti jodoh adalah ditangan Tuhan , cuma kita manusia kadang-kadang tak nampak apa yang ada didepan mata.

Artikel best nie diperolehi dari Virtual Friends

8 responses to “Cinta Semakin Hambar

  1. Pernah dengar ayat-ayat cinta..??????

    Tentang cinta pula itu…

  2. ini bukan komen tapi…luahan perasaan…

    macamana kalau kes putus tunang macam aku ni…

    Kisah hidup ku

    Malam tadi aku dikejutkan lagi dengan panggilan darinya. Deringan telefon bimbit yang memaparkan imej wanita ayu itu akan menyebabkan separuh nafasku sesak seketika. Permintaannya cukup mudah:

    “Abang dah buat keputusan? Janganlah lama-lama sangat, kita dah tak larat nak tunggu lagi. Takkan abang sampai hati tengok kita macam ni. ” Permintaannya seperti biasa. Permintaan yang sekian kalinya. Meminta sebuah ikatan yang aku harapkan berakhir di singgahsana perkahwinan segera di tamatkan.

    “ Nantilah, Abang dah beritahu akak Ngah, akak kat Cheras pun abang dah cakap. Cuma dia orang tu tak sampai hati. Dia orang suruh kita fikir masak-masak.” Aku bukan berdalih tapi memang kenyataan. Aku sendiri pun tertekan dengan permintaannya.

    “ Emak ada telefon abang tak?

    “ Tak ada pun! Kenapa?”

    “Emak nak bincang ngan abang. Nak tanya ngan abang sendiri.”

    “ Hai entahlah!”

    “Abang kenapa ? Please janganlah buat kita macam ni.”

    “ Cik memang betul-betul tak nak dengan abang ke?”

    “Nak macamana lagi. Kita memang tak nak. Janganlah tanya apa-apa lagi, please buatlah sesuatu”

    Puas otak ku berfikir nak selesaikan masalah ni. Aku berharap benar sisa-sisa pengorbanan ku untuk selamatkan ikatan pertunangan itu tidak berakhir begitu sahaja. Sudah setahun ikatan itu bertaut. Pada aku ikatan itu akan aku akhiri dengan perkahwinan. Itu janji aku padanya. Noktah. Aku bukan jenis lelaki yang suka pasang spare tyre. Lebih-lebih lagi umur aku ni pun dah hujung-hujang title pemuda. Lagi beberapa tahun aku akan merangkak ke jubli intan.

    “ Cik carilah sesiapa dulu. Dah dapat orangnya bagitau abang. Abang izinkan. Tapi buat sementara ni bagilah tempoh dulu. Abang tak sampai hati nak bagitau kat mak. Dia tengah tak sihat macam tu. Please”

    “ Kita tak maulah…Kita tak mau cari orang lain sedangkan kita masih tunangan orang. Abang nak kita buat macam tu. Masih tunangan orang tapi ada boyfriend lain.”

    Aku serba salah. Aku tau dia dalam dilemma. Ramai yang menyukainya apatah lagi dia seorang wanita cantik. Mesti ramai yang berkenan. Cuma aku. Aku yang jadi batu penghalang kebebasannya. Aku tau aku dayus kerana menyimpan orang yang sudah terang-terangan menolak cinta aku. Tapi aku tak menghalang kalau dia nak cari orang lain. Aku hanya menanti detik-detik pengakhiran sebuah episode bahagia yang aku rencanakan. Cuma masalahnya aku tak mampu berhadapan dengan ibuku untuk menerangkan segalanya.

    “Kalau cik nak cepat, cik datanglah sendiri berjumpa dengan family abang. Nanti abang akan bagitau emak. Kalau nak tunggu dari keluarga abang mungkin ambik masa jugak. Sebab dia orang memang tak nak hubungan ni putus. Emak ngan abah aje yang tak tau lagi.”

    Ikatan ni di buat dengan adat. Masa aku datang melamar dia dulu pun aku datang dengan rombongan. Semuanya lengkap. Penuh tertib. Kalau ikutkan adapt, dia yang sepatutnya datang memulangkan cincin. Bukan aku. Dia yang tak nak terima aku lagi. Aku ok aje.

    “Janganlah buat kita macam ni. Ahh!!”

    Sebuah keluhan kecewa mengakhiri perbualan kami. Hati aku sebak tiba-tiba. Teringat saat-saat indah waktu aku melamarnya dulu. Berbunga-bunga rasanya hati aku kala itu. Tapi kini semua bunga-bunga yang aku harapkan mekar berkembangan itu sudah pun menguncup. Layu. Terlentuk kering menanti saat-saat kejatuhan. Entahlah… Kekecewaan yang ku tanggung ini bukan kali pertama aku rasa. Sudah acap kali. Cuma yang berbeza adalah cara ia berlaku.

  3. bro lanjoy tabahkan hati..haku pun baru putus tunang gak 31/03 ari tu..mula2 memang susah nak terima tapi lama kelamaan haku buleh terima hakikat..kalau betul kita sayangan seseorang itu biar la kita lepas atau bebaskan dia untuk mencari kebahagiaan hidup…

  4. macam mana mslah mcm aku..sekarang ni si dia dah jarang sms mahupun call aku..aku takut akn kehilangan dia..si dia yg dulunya penyayang dan seorg yg ambil berat kini sudah berubah..korang tlg la bg cadangn mcm mana aku nk selesaikn mslh ni..aku btl2 sygkn dia..aku x mhu kehilangan dia….

  5. semekom,,,saya ada sorang member,,,mmg cantik&baik sangat2tapi kesian kat dia sebab pakwe dia dah tinggalkan dia…hari2 luah masalah pada saya,,,macam2 saya dah buat nasihat,belikan buku motivasi dan buatkan sembahyang hajat… pergi darul shifa carikan air tenang hati,,macam2 ikhtiar dah dengan harapan dia dapat lupakan kekasih dia yang yang tak berguna tu.(kenapa bila seseorang tu dah ada kedudukan dan pangkat mudah benar berpaling tadah) …saya pun sakit hati an geram teramat kenapa pakwe dia bodoh tahap cipan sampai tergamak lukakan hati seorang insan yang terlalu menyintai diri dia,,,hari2 member saya menangis dan terus menangis tak tau nak buat apa dah,,,??semoga satu hari nanti member saya akan dipertemukan dengan lelaki yang soleh dan beriman…

  6. salam…em..png ple pkir psl cnta..:(
    sshnye…cmne kte nk th,yg hati kaum adam 2 da brubah..
    cdeh sgt2…:(
    kdg2..ble fkir blik..rse cam nyesal…coz invOlved dlam hal cinta yg bgi2 mrumitkan…
    plez…i need some1 2 help me..
    camne kte nk dtect hati si dia yg trsyg da brubah..pe tnde2nye?..
    :(

  7. BUAT AWEK2 SEMU..

    LELAKI BERUBAH ARAH SBB DIA DAH BORING DGN SIKAP, PERANGAI ATAU LAIN2. DIA MALU NAK BERTERUS TERANG SBB TAKUT MELUKAKAN HATI AWEKNYA TU.. CTHNYA KALU SELALU MENYAKITKAN HATI DIA DAN KEMUDIAN NAK KENA SELALU PUJUK, MANA BOLEH TAHAN..

    BILA DIA TGK BUNGA YG BARU LEBIH CANTIK DAN BAIK KUMBANG PUN TERBANG DAN TAK AKAN KEMBALI LAGI SELAMANYA..

    JADI KENA LA BERMUHASABAH DIRI. KENALI SIFAT, KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI.

    CINTA DAN KASIH SAYANG ADALAH ANUGERAH ALLAH YG MAHA AGUNG. JGN TERLALU MEMBERI CINTA SEPENUH HATI PADA MAKHLUK. BERILAH CINTA DAN KASIH SAYANG PADA ALLAH. ITU YG LEBIH BAIK.

    CINTA PADA MAKHLUK SEKIRANYA DITOLAK ATAU DITINGGALKAN TAKLA KECEWA DAN PATAH HATI SGT..

    BERILAH 10%CINTA PADA MAKHLUK DAN 90% CINTA PADA TUHAN..
    FIKIR2 DAN RENUNG2KANLAH..

  8. gw jg lagi mengalami sakit hati gw jg lagi sakit”nya neh,co gw ninggalin hanya karna kesalahan gw yg ga begitu patal,klo blh gw jujur dia tuh ga ganteng tapi gw amat sayang sama dia.kita seh putusnya udah hampir 5 bulan tapi tetap gw ga bisa lupain dia padahal gw dah punya co lg tmn dia tragisnya kemarin dia ngajak gw k bndg ama co gw jg dan dia bawa cw hati gw terbakar cemburu sepanjang jalan gw bersikap ga ramah selalu bkn kesel cwnya ya itu seh tujuan gw bikin cwnya kesel.sadis mungkin kedengerannya tapi gmn donk,mlm itu tapi gw ngerasa d permalukan gw berantem ama co gw karna sikap gw yg aneh kadang gw ngerasa co gw ga ngerti apa yg gw rasain dia udah dewasa tapi ga pernah ngerti.aahhh…mungkin itu kekurangan co gw
    tapi yg pasti gw sakit hati sama mantan co gw

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s