Jerat cinta Internet

HATI berdebar-debar malah mungkin tidak lena melelap mata mengenangkan pertemuan kali pertama dengan si dia apatah lagi jika tidak pernah bertentang mata.

Namun, sering juga didengari bermacam keburukan akibat pertemuan kali pertama selepas berkenalan di alam siber.

Ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna Internet yang menipu identiti diri. Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walaupun anak sudah berderet.

Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba ‘menjerat’ cinta sekadar untuk memenuhi masa lapang atau suka-suka.

Segelintirnya melahirkan rasa kesal atas penipuan pasangan yang menjadi lawan sembang Internetnya itu.

Namun, ada juga yang tidak pernah serik. Lebih merisaukan, jerat yang sama digunakan untuk memancing mangsa yang lain pula.

Dari sudut positif pula (biarpun tidak terlalu tinggi), ada yang menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan membahagiakan.

Bagi yang melalui detik indah, pastinya sembang di Internet itu menjadi kenangan manis dalam perhubungan antara dua insan bercinta.

Apapun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah terkena.

Untuk mengelak daripada terkena, renungkan panduan berikut yang boleh dijadikan peringatan:

Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.

Gunakan e-mel atau laman sembang untuk berkomunikasi. Jangan mudah memberi nombor telefon kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.

Cuba bertanya soalan yang boleh membantu anda mengenalinya sama ada dia pasangan yang dicari-cari.

Tanya soalan sebanyak mungkin sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.

Sentiasa simpan maklumat yang diberitahu pasangan baru anda itu mengenai dirinya. Pastikan maklumat itu tidak berubah apabila anda bertanya mengenainya pada waktu yang lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap jujur atau sebaliknya.

Kebiasaannya, ada dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti, lazimnya mereka punya niat tertentu.

Golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.

Jangan mudah percaya pada sesiapa saja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih ramai orang yang berpura-pura di Internet.

Jangan menganggap sembang di Internet terlalu serius kerana ia hanya tempat mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.

Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.

Berhati-hati jika individu itu mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.


Tip untuk berjumpa kali pertama

Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas pasti dia adalah orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.

Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali-kali pergi seorang diri.

Pastikan makanan dan minuman dinikmati bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.

Apabila bertemu, orang yang anda jumpa adalah orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh bertanyakan soalan biasa ketika berbual di Internet.

Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.

Tip untuk pertemuan seterusnya

Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.

Dapatkan maklumat tempat tinggal atau kerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.

Anda perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.

Advertisements

14 responses to “Jerat cinta Internet

  1. ooooooooo gt yach mba, jadi pesan “waspadalahj..waspadalah..” dari bang napi harus dijalanin nih…hehehe..

  2. Erm…Best gak penulisan ko…tapi kadang2 aku mcm x setuju dengan percintaan cara ni…byk penipuan dan byk main kata²…confirm ramai yg tertipu dari yg baik…huh!~Tapi kadang² aku kesian pada mangsa² penipuan ni…sebab mudah terpedaya dengan rupa paras n hobi…kononnya miliki perkara yang sama..tapi akhir…tergadai….AKU BERHARAP PADA MEREKA² YANG PERNAH MEMPERDAYA ORG LAIN TU…DI BALAS OLEH ALLAH… -n-

  3. ah, jodoh di tangan tuhan kdg kala percintaan dtg dr pelbagai cara, tidak salahkan internet sebagai medium permulaan. Tetapi rasanya perlu berhati-hati sebagaimana di sarankan di dalam tulisan di atas. Jangan mudah percaya dalam kita begitu terdesak dalam mencari insan untuk menyayangi dan disayangi.

  4. xsenua camtu senang d duga

  5. xsemua bleh dpercayai..
    sikap manusia sukar dnilai..
    semasa cinta semua manis tetapi selepas bercinta bru nampak belangnye\
    haahahahah

  6. Aku juga dah terkena…. so kita gunakan akal fikiran dalam kita menilai seseorang..
    jangan terperdaya dengan rupaparas kerana itu lah senjata yang digunakan untuk menewaskan kita….. so jangan putus asa……ha..ha…ha….

  7. hua..ha…

    aku pernah loh tertipu (cian bgt ya..)

    tp aku ngerasa ga rugi sedikit pun cz kita ga pernah ketemua..komunikasi kita hnya sebatas call n sms via Hp (yg rugi dy kan yg sering sms n telp aku hua..ha.. ) tp da sedikit kecewa seh ma dia cz gara2 hal itu aku skg susah bwt percaya ma co…

  8. AKU BERTEMU NGN BF AKU DI INTERNET JG. N NOW STAY 2 TAHUN KTEORG
    KAPEL . INSYAALLAH 2 TAUN LG KAWEN

  9. hope ko happy ending…tapi kadang2 kalau dah biasa dgn berkawan dalam internet…leh tinggal ker perkara2 yg dah biasa buat…huhu

  10. i jumpe a lot of frenss on the net..
    my exbf yg amattt baek pun jumpe on the net..
    dari 1st time jumpe smpai skrg kawan baek.. yer la dulu couple 4 thn then fmly dia da arrangekan dia nye wed ngn org laen.. da xde jodoh.. tp still baek smpai skrg..
    n alhamdulillah i jumpe my husband pun ‘accidently’ on the net..
    & everything goes well sbb i sembang2 on the net, only the person i trusted a lot baru laa bg no phone..
    bukan semuanye on the net tu betul n jujur..
    ape2pun thanxx to the net pasal have changed my life hihihi

  11. Suelyza_iris88

    Aku & Dia bersatu atas talian maya…Melakar janji…Mengikat kasih…Namun kerana dia, antara lelaki & agendanya, aku terpedaya..
    MohdAnis@Muar…aku doakan kau bahagia & percayalah, sekali kau melukai hati wanita itu samalah kau melukai hati kaum wanitamu, ibumu,kakakmu&adikbradikmu….

  12. TENTANG CINTA INTERNET : 6 tahun lepas mummyeira memang suka berchatting ne.sampai tak makan pun tak pe janji happy.,,,ada satu masa tu,mummyeira berchat ngan seorang mamat nie,memula macam tak percaya je dia kata di suka chat ngan mummyeira lama kelamaan kami boleh pulak bercinta didalam internet tanpa melihat muka.hanya mendengar suara melalui talian talifon je…..kalau hati sudah suka semuanya indah belaka.tul tak? ada satu hari tu mummyeira tekat untuk bjumpa dia,bila jumpa,lagiiiiiiiii suka,coz dia seperti yang dikatakan…………..cool jeeeeeee,dah 1 tahun berjumpa ,dia menyatakan hasrat untuk melamar mummyeira,dan suruh keluarga datang ke rumah..WOOOOOOOOOO terkejut beruk lah,memula merisik,lepas setahun kami bertunang,ikatan pertunangan cuma 8bulan je,lapastu kami berkahwin dan sampai sekarang kami bersama disamping menimang seorang cahayamata lelaki.pendekkan cerita, (hubungan mummyeira dan hubby mencecah 6 tahun)

    tak semua teman-teman chatting yang kita kenali itu ada niat jahat kat kita.kalau dia dah sembang lelebih ,lupakan aje.kalau ok,layan je mcm seorang kawan.kalau kita tak lelebih mesti tak jadi yang bukan-bukan punye.
    itulah kisah mummyeira….;-)

  13. Saya berkenalan dgn suami melalui internet. Bercinta selama hampir 4thn. Skrg sudah masuk 7thn kami berkahwin. Skrg tgh pregnant anak ke-3. Dia suami yg sangat baik, penyayang dan gentleman. Alhamdulillah..

  14. Cinta internet?.. i kenali dirinya hanya sebagai satu nickname. i jarang berbual dgnnya. si dia hilang begitu saja bebulan-bulan lamanya. Ketika majlis perkahwinan seorg kawan, ku lihat kelibat seorg teman seperti iras dirinya dan apabila i tnya, memang dia lah orangnya. kami berkenalan lewat sesi masak memasak di dapur kawan yg berkahwin ini. perkenalan kami tidak dirancang. sehinggalah berlarutan beberapa hari, kami semakin rapat dan dia meluahkan isi hatinya. hubungan kami berlandaskan realiti. apabila hubungan masuk bulan ke sebelas, si dia terpaksa berjauhan dari saya atas sebab si dia berhenti kerja dan terpaksa menetap bersama ahli keluarga. pada masa ini layanan si dia semakin dingin. si dia ada orang ketiga yg dikenali melalui laman chatroom. cinta realiti vs cinta laman chatroom… mana 1 yang bertahan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s