Wajar bercinta

Oleh NORAINON OTHMAN

ADAKAH wajar budak sekolah bercinta? Jika ditanya ibu bapa atau orang dewasa, pasti ramai menjawab “tidak wajar.” Antara alasan ialah, mereka sepatutnya memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran dan bukan perkara yang boleh melalaikan tumpuan.

Malah, ada ibu bapa berkata: “Wang belanja sekolah pun ibu bapa yang beri, mahu menanggung anak orang pula” atau “Masih berhingus, PMR (Penilaian Menengah Rendah) pun belum ambil sudah sibuk hendak bercinta.”

Percintaan di kalangan pelajar sekolah atau remaja sering dikaitkan dengan ‘cinta monyet’ iaitu cinta yang tidak bertahan lama atau tanpa matlamat perkahwinan.

Cuba tanya pula soalan itu pada remaja, adakah wajar mereka bercinta? Apakah pula jawapan mereka. Mungkin ada yang menjawab: “Cuma nak merasai pengalaman baru. Seronok ke tidak kalau ada pakwe macam kawan lain.”

Menjawab persoalan itu, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata wajar remaja bercinta kerana ketika itu mereka sedang akil baligh dan melalui proses perkembangan daripada kanak-kanak kepada alam remaja.

Remaja lelaki yang sudah baligh manakala gadis yang kedatangan haid mempunyai perasaan semula jadi atau tarikan untuk berkawan pada rakan berlainan jantina.

Apapun, ibu bapa perlu memantau dengan siapa anak mereka berkawan, beritahu adab dan batas pergaulan, manakala pihak sekolah pula memberi pemantauan selama satu atau dua jam menerusi pendidikan agama atau moral.

Menurutnya, ibu atau bapa perlu memberi garis panduan dan menasihatkan anak mereka bahawa berkawan tidak menjadi kesalahan, tetapi perlu memastikan sejauh mana kejujuran kawan berkenaan.

“Katakan pada anak, jika kawan lelaki itu mengajar kamu menipu, melepak atau melakukan perbuatan tidak baik, adakah orang seperti itu layak dijadikan kawan atau layakkah lelaki seperti itu dibanggakan untuk menjadi suami?”

“Ada hadis menyebut ‘didiklah anak mengikut zaman’ dan apabila dikaji balik, memang ada kesesuaiannya dengan situasi hari ini. Apabila remaja perempuan mula datang haid, dia mula hendak berkawan dengan lelaki. Itu perasaan semula jadi dan ibu perlu menerangkan kepada anak mengenai batas pergaulan.

“Pada hari ini, apabila kita semakin terbuka dengan anak, mudah untuk kita menasihatkannya mengenai perkara baik atau buruk. Beritahu anak, seorang lelaki yang baik tidak akan mengheret perempuan disayangi kepada perkara tidak baik atau mencemarkan maruah,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa juga wajar bertanya anak sama ada dia mempunyai teman lelaki atau teman wanita.

“Kita bukan lelaki pra sejarah, tidak salah bertanya anak mengenai perkara itu. Bukan bertujuan menggalakkan anak bercinta, tetapi menunjukkan kita adalah ibu bapa yang berfikiran terbuka dan mengambil berat serta memahami proses perkembangan diri anak,” katanya.

Beliau berkata, untuk menyekat kebebasan anak adalah tidak wajar. Oleh itu, jika mengizinkan anak keluar, beritahu anak mengenai batas waktu iaitu bila dia selewat-lewatnya harus pulang.

“Sebagai orang tua, kita tidak boleh menunjukkan perasaan curiga terhadap anak, tetapi harus mengatasinya dengan bijaksana. Contohnya, ibu bapa boleh keluar bersama anak ke sesuatu tempat seperti kompleks beli-belah.

“Apabila sampai di tempat dituju, beri kebebasan kepada anak ke mana dia mahu pergi, misalnya tempat yang menjadi tumpuan remaja, manakala ibu bapa pergi ke tempat yang orang dewasa suka. Sebelum melepaskannya pergi, berjanji dengan anak jumpa di sesuatu tempat pada jam tertentu untuk pulang bersama,” katanya.

Advertisements

10 responses to “Wajar bercinta

  1. Alhamdulillah.. ada juga insan yg tahu tntang cinta remaja ni.. sy sokong sgt sgt.. sebab, sy adalah salah sorg pelajar ting 5 yg bcinta.. 3 tahun dah. alhamdulillah. stakat ni dapat balancekan ngan pelajaran.. malah, makin meningkat.. buktinya. . sy dapat result yg cemerlang dlm pmr .. kami juga dapat bezakan mane yg baik n buruk.. alhandulillah.. ‘die’ seorg lelaki yg kuat imannya.. harap, kejayaan same berulang dalam spm.. harap,, cita2 sy utk jd guru, tercapai.. dan ‘die’ dagn cita2nye jd sorg doktor.. aminnn…

  2. aminn *utk doa fara* … btw, adik fara bercinta ms waktu muda ye… looks like u’ve grown matured as a woman with a very bright determination… hopefully, apa yang adik impikan tu tercapai-lah hendaknya… :)

  3. Suelyza_iris88

    Perjalanmu adik masih luas…
    Usah jatuh pada tipu daya llaki..

  4. bukan senang nk kawal hawa nafsu sbb tu budak skolah ramai yg mengandung anak luar nikah…dorg seronok sgt nk mncuba perkara baru erk…hubungan sex pon dorg nk cuba…

  5. rmai ibu bapa yg tdk fham khendak ank2 remaja skrg….rmai ibu bpa mgtakan pjrn itu lbh nting….rmja skrg tdk suka dikongkong…ibu bapa harus faham sikap remaja skrg….tidak salah bg remaja untuk bercinta….kerana cinta itu dtg dr hati….ia adlh anugerah…ttp batas pergaulan perlu gijaga…bercinta tdk salah ttp jika smua hnbk dberi…itu terlampau….mmg rmja skrg sukar mgawal nafsu…ttpi kita juga prlu mmikirkan masa dpan….

  6. cinta bkan lah tempat pelepasan nafsu……………..
    TP………………….
    Cinta akan memberi serangkai kata-kata u/ membuat kita yang kurang semangat jadi semangat u/ kedepanna……………………..
    TP……………………..
    itu smua g`kan terjd klw bkan dari cinta sejati / cinta yang tukus………

  7. masih lg ramai ibubapa di luar sana yg tidak menyokong dgn artikel ini..

  8. remaja..pompan.......

    bagi sye jge sebagai seowang remaja………kte owng memang terasa nak bercinta…..tpi tak bermaksud kte owang akan melakukan seks…..jika iman kuat tak akan berlaKU perkara-perkara yg senonoh…….

    ibu bapa harus memberi pengajaran agama kepada anak2 jika tidak mahu perkara yg tak diinginkan terjadi……adakah apa yg sye taip ini benar?

    REMAJA pun manusia biasa…sbb tu kte owang ada prasaan ingin bercinta……itulah yg boleh sye katakan

  9. Rmja skrg dgl, lw tjdi pa2,cri urg tua uga. Tlalu sgt hnyt dgn bdya brt. .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s