Oh Cinta – Phlowtron feat. The Fabulous Cats

Lirik Oh Cinta – Phlowtron feat. The Fabulous Cats

Phuture Phlow..

CHORUS:-
Ohh..
Bawalah daku bersamamu oh sayang,
Kita kan terbang ke angkasa kekayangan.

Khazanah:-
Seperti bidadari yang memancar segala aura,
Kadang kala ku tangis, ku tenung, ku terasa,
Keanggunan kata-katamu yang tersisih dari pura-pura,
Suka duka tiada lagi bermakna,
Wahai cinta seribu ciumanmu,
Menusuk kalbu seluas lautan syahdu,
Seindah purnama kilauan mata,
Kelembutan jiwa ragamu,
Oh Cinta, terima cintaku dalam dingin pertama,
Rindu subur pertama,
Seolah –olah aku cintamu yang pertama,
Kali mata bertentang mata,
Kalimah kasih yang tiada ucapannya,
Yang tiada riwayatnya,
Tiada tandingannya,
Cinta yang tiada pengakhirannya,
Seperti bidadari yang membelai bintang purnama,
Ku ingin menawanmu…oh cinta

CHORUS:-
Ohh..
Bawalah daku bersamamu oh sayang,
Kita kan terbang ke angkasa kekayangan.

Fabulous Cats:-
Episod kisah cinta musim ini agak berbeza,
Berbeza berganda dari yang dulu-dulu,
Sudahlah dah sudah,
Kirim salam sajalah,
Peringkat itu tiada penyudah,
Bukannya sengaja aku patahkan luka dan jiwa sesiapa,
Sekarang ku dah rasa berbeza,
Kan ku dah dewasa, tinggalkan semua bara,
Ku bawa ceria ke mukanya ya,
Mainan bicaraku kan ku bawa kau syurga dunia,
Bersama merata kita jelajah cinta
Percayakah kau? Adakah kau percaya?
Cubalah kau percaya? Kau tak percaya?
Ku alu-alukan kehadiranmu oh cinta.

CHORUS:-
Ohh..
Bawalah daku bersamamu oh sayang,
Kita kan terbang ke angkasa kekayangan.

Andika:-
Pada suatu hari ku buka mata dirimu ku lihat,
Hidayah menjelma dihadapan tanpa ku niat,
Menyerupai sekuntum bunga seanggun merak,
Kehalusan sentuhanmu buat hatiku tergerak,
Beriku permisi menjadi pahlawan hatimu,
Cintamu menyusuk kalbu kaulah teman jiwaku,
Kehidupan seharian denganmu sentiasa cerah,
Cintaku padamu dan hanya padamu kan ku serah,
Dunia kita berbeda namun kita sepadan,
Dugaan kita lalui hanya menjadi rintangan,
Bilaku dalam kegelapan kau menjadi cahaya,
Sinaran yang mengalahkan bintang-bintang di angkasa,
Adakah ku dalam lamunan? Adakah ini nyata?
Susah buatku untuk percaya namun ku pasti akan cinta kita,
Kerana inilah persoalan sering diriku tanya,
Langkah demi langkah ini permulaan kasih kita.

Untuk mendapatkan lebih banyak lirik lagu baru dan lama, sila klik Lirikami

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s