Petanda Jodoh

SETIAP makhluk diciptakan berpasangan dan jangan bersedih jika anda masih sendirian, belum bertemu pasangan bersesuaian.

Jika baru memulakan persahabatan dengan seseorang, tiba-tiba telefon berdering dan menerima panggilan daripada si dia, apakah itu dianggap satu kebetulan?
Dua manusia yang berasa diri mereka bagaikan ada jodoh, pasti memiliki ikatan emosi, kerohanian dan fizikal antara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suara, sudah dirasa getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah begitu?

Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh kita atau sebaliknya? Barangkali petanda berikut boleh dijadikan panduan.

– Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah adanya sikap saling bekerjasama. Anda dan dia selalu dapat saling membantu dalam urusan remeh atau besar.

Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan bersama-sama. Semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?

Jika ya, selamat kerana ada harapan si dia calon pendamping hidup anda.

– Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba perhatikan gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara berbicara serta tawanya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.

– Adanya deria batiniah seolah dapat dibaca oleh si dia? Apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, mungkin dialah kebahagiaan yang dicari.

– Bersamanya dapat membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan. Berjam-jam bersamanya malah setiap waktu dan setiap hari langsung tidak mencetus rasa bosan, itulah petanda anda berdua kelak akan saling terikat.

– Dia sering di sisi dalam apa saja situasi. Dia juga sering memahami suka duka yang anda alami. Percayalah, pasangan yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dan suka duka saat bersama.

Ingat kembali, adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi anda terganggu? Dia tahu keadaannya waktu anda sakit? Jika ya, tidak salah lagi, dialah orangnya.

– Dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, juga tidak peduli masa lalu anda bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, jika begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda seadanya.

– Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan anda tidak malu memperlihatkannya pada si dia. Si dia pula tidak segan menceritakan kelemahan dan kekurangannya pada anda. Anda dan si dia barangkali memang ditakdirkan untuk bersama.

29 responses to “Petanda Jodoh

  1. yup….btol 2….
    tp ak xjpe ag la….
    tp thankz 4 the tips yea…

  2. >> sememang nye betol… <<
    tapi ssh nak cari yg betol2 ‘ada’ utk kite…

  3. jodoh suma ditangan tuhan..
    ada yg ckp benda ni betul.
    ada jugak yg ckp salah

  4. hai, cinta memang indah ya. aku suka dan kita suka. seluruh dunia suka cita krna cinta

    http://www.maknacintasejati.blogspot.com

  5. aku penulis buku keajaiban cinta. belajar mencintai dan dicintai

    081392497244

  6. mungkin ade yg betol n ade yg kebetolan saje…huhu

  7. Pingback: Ichnalustig’s Weblog

  8. huhuhuh…suddenly i miss him…wwwuuuaaarrrgggghhhhh….

  9. Hmm..menariknya ‘petanda jodoh’ ni rasa-rasanya mcm banyak yang kena tapi…masih tak sampai-sampai juga jodoh tu, makin dikejar makin lari. Malaslah nak kejar lagi. biar jodoh di tentu Maha Pencipta.

  10. Daku punya cinta yang berbeza. makin lama rasa cinta & sayang ku hilang kerana gara2 sikap suamiku yang baran dan kedekut. Daku tak memandan rupa , pangkat dan wang ringgit. tapi kalau isteri pinjam RM 20 pun minta balik …. macam mana?

  11. sian morie….. nasib kita serupa tapi ia sudah menjadi lipatan sejarah buat sy… petanda jodoh 2 memang patut di fahami… byk kebenarannya… pd yg tgah mncr.. tgklh elok2 bakal suami @ pak we anda.

  12. tak sangka di sini pun ada yang senasib dengan ku. sebenarnya di pejabat ada yang lebih dasyat lagi cerita dari diriku. tapi daku tak mahu org mengetahui hatiku yang terluka, sebab cerita yang pendek pun boleh menadi filem hindustan jika diketahui kaki umpat

  13. ad yg kne,ad yg x.,, whatever pn,hnye dia yg skar ku lpakn sjak dlu lg kerna dialah dihatiku.,,

  14. kumbang patah sayap

    petanda di atas dh mcm ada kt aku..tp yang buat aku musykil petanda dia nak main jauh2 pun ada jugak.. mmm,,kerana bunga kumbang merana..adussss

  15. sume nie mesti ade keajaiban..
    keajiban cinta….!!!!

  16. kadang2 xleh pecaya jgak menda alah ni..

  17. ally mmg ada rs serasi dgn my bf ni.. we all pun kenal dh 8 tahun since dr study lg.. dlm mase bercinta, die pnh simpan pompuan tp skrg dh jauh berubah… ally pun penah buat benda yg sama jgk.. tp skrg kami betul2 dh setia antara 1 sama lain… smue org da wat slh kn?? janji kte nk berubah dh alhamdulilah.. die ari2 jmpe ally skrg nie… weekend jew kteorg tgok wayang… tp kadang2 gdoh gak.. xslalu ok jew kn?? so naluri ally mmg da rs yg insaAllah die akn jd my lovely husband in future.. doakan kebahagian kami k?? tQ..

  18. hmmm….alhamdulillah..ciri2 tu ade kt bakal hubby..ekekeke..

  19. hm….nthla…sbnrnye bnyk gak yg btul… Tp kte cme brusaha & Tuhan yg mnntukn sglenye… Anyway,ak doakn korg sume yg bce komen ni akn temui kbhgiaan dgn ssorg yg korg syg….. Pray for me too…

  20. semua kat ats xde ciri2 ak dgn kapel ak…..sesetengah je ade pun….blh jaga ke?

  21. kumbang patah sayap

    “more experience but less knowledges”.. nothing!!!

  22. sy takut sgt klu dpt jodoh yg x baik….

  23. kumbang sunyi

    PENDAPAT DI ATAS TU. DIKIRA LOGIK JUGA. ORG YG BERCINTA TENTU DPT MENGESAN CIRI2 TU..

    KALAU DAH PASTI CEPAT2 BUAT SOLAT ISTKIHRAH. MINTA PETUNJUK ADAKAH DIA JODOH KITA YG SESUAI.. MINTA JODOH YG BAIK2. KALAU DPT YG TAK BAIK MGKN UJIAN UTK KITA. TUHAN NAK MENGUJI KESABARAN DAN KEIMANAN KITA..

    PENCARIAN JODOH NI TERMASUK DLM SALAH SATU PERKARA YG GHAIB DAN MISTERI JUGA..

  24. Jodoh termaktub dalam perkara ghaib dan misteri, pencarian jodoh dikira usaha biarpon jodoh tuh ditangan Yang Maha Esa..tapi Allah bekalkan dengan sense yang dapat mengenal pasti siapa true soulmate..

    doakan kalian dan diri ini menemui cinta sejati….YA ALLAH, dorongkanlah hati kami untuk menemui cinta sejati…Amin…

    :)

  25. emang bener sih kata2 tu tapi Qta kan camn mns biasa yang tak tau apa yang kan dilimpahkan dari YANG MAHA KUASA buat Qta.Yang pasti yang tau semua 5 perkara itu hanya ALLAH semata,jodoh ,kematian ,rizki dll.
    yA Qta berdoa j semoga ALLAH memberikan kita jodoh yang bener2 baik ma kita.Amien ……………Ya Rabbal’alamin

  26. Mmm,.
    Bnar adax sperti i2..
    Ju2r serin9 trjdi dikisahku.

    But,stiap kali mrasa
    Dkecewakn dgn sidia..
    Hanx bs,bersabarr..

    Jdohkuka’??!!..
    Hff..wlaupn syang..
    Mgkn hanx Allah swt.yg lbih thu…

  27. Hoped
    But just trust to beLIve

  28. aku mempunyai sahabat dekat cew yg sangadt dekat dengan q..
    malahan kami bisa memahami perasaan masing” dan semua tanda” di atas ada dalam persahabatan kami (dan kami sama” anti pacaran)…
    tapi sekarang Dianya udah nikah (dijodohkan)….
    membuadtku sedih (dia paham akan kesedihanku)…
    terakhir sebelum dia naik pelaminan dia sms ingin kami menjadi insan yang tabah dan ikhlas akan semua…
    dan sejak itu kami memutuskan untuk tidak mengontak satu sama lain lagi untuk menetralkan dan mengikhlaskan hati ini…
    Berarti terbukti Bahwa Jodoh memang tak bisa ditebak..
    dan itu Kuasa Allah S.W.T
    Kami Percaya semua akan indah pada waktunya….
    amiiiiiin….
    :)
    [maaf jadi curhat]

Tinggalkan Jawapan kepada muhammad zaairul haq Batal balasan