Luahkan Sebelum Terlambat

Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya yang boleh berkongsi suka dan duka.

Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun, Farah tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.

Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema. Adam meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya jua.

“Adam rasa, dia suka Adam tak?” tanya Farah. “Adam tak pasti, tetapi… mungkin juga,” jawab Adam. “Adakah Adam pasti dia belum berpunya?” tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab: “Belum.”

“Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak lelaki seperti Adam,” ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan perasaannya. Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.

Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. “Perlukah saya membelinya sejambak bunga?” “Ya, Farah tidak pernah terjumpa mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga!’ “Bunga apa yang patut Adam berikan?” “Bergantung, kepada apa?” “Bergantung kepada apa jenis bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada.” “Adam tak kisah tentang duit.”

“Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu tahu apa maksudnya.” “Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya bersama kad ucapan?” “Ya.” “Kenapa Adam tidak memberikannya sendiri.” “Tak boleh.” “Kenapa pula?” “Adam takut dia tidak sukakan Adam.” Farah menjadi bertambah sedih.

Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:

“Sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang tidak tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan luaran. Perasaan Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Adam bimbang untuk berterus terang.

“Adam menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam. Sekiranya Farah tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya mengerti. Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam. Adam mahu tahu, apa pendapat Farah.”

Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini. Jadi saudara, hidup ini terlalu singkat untuk kita menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang kita. Pejam mata, tetapkan pendirian dan `go for it’.

23 responses to “Luahkan Sebelum Terlambat

  1. kisah cinta yang menarik,sememangnya cinta itu perlu diluahkan dan dilafazkan, tetapi lebih manis lagi jika ada keikhlasan dalam hubungan itu. seperti cinta diatas, tetapi persoalan nya sekarang adakah lagi persahabatan yang berlandaskan keikhlasan? thank you for d lovely story :)

  2. emmm.. apa yg berlaku pada farah berlaku juga pada saya.. namum saya tidak bernasib baik seperti farah bila teman baik saya melamar orang lain… then saya jatuh cinta lagi dengan ofismate.. sama jugak, saya hanya memendamkan perasaan, bagaimanapun kali ini saya ada sedikit kekuatan dan mula memberinya pelbagai hadiah… kadang2 hadiah saya juga berbalas.. tapi saya masih tidak tahu dimanakah kedudukan saya.. sukarnya utk mengetahui hati lelaki, adakah dia benar suka saya atau sekadar membalas balik hadiah yg saya berikan.. namum..saya tidak pernah meluahkan perasaan ini… lalu membawa diri ketempat lain.. yang jauh darinya.. tetapi kami berhubung (mungkin sebulan sekali kami akan chating).. entah.. dan saya telah putus asa utk meneruskan perjuangan ini…

    oleh itu cintaillah ALLAH kerana dia ader dimana sahaja…

  3. amatlah bertuah seseorang lelaki itu apabila dia tahu ada wanita yang memerhatikan nya. ada dalam masa-masa, dimana lelaki itu pemalu orangnya. jadi tidak ada salahnya wanita itu memulakan sesebuah perhubungan itu. precedent besar, dimana siti khatijah memulakan hubungan dengan rasulullah. jadi yang penting janganla kita berputus asa kerana allah berjanji bahawa “tiap yang buruk itu selepasnya kebaikan” dan sekali lagi “tiap yang buruk itu selepasnya kebaikan”. Jadi peganglah pada janji si pencipta kerana dia tidak pernah memungkiri janjinya.

  4. erm crita yg menarik… sme mcm ksh dlm hidup sy…. yg berbeza.. sy terlmbat utk meluahkannya… pershabatan dri kecil lg. semakin dewasa, shabat menjadi syg dan syg menjadi cinta… namun, tuhan lebih sygknnya… sy redha. SO, hargai org disekeliling anda..

  5. sooo swwweeettt…percintaan begini lah akn kekal selmenya..

  6. amazing story…..

  7. saya juga pernah bercinta dengan bekas rakan sekelas, jalan lancar walau tak lama tapi the things is…kalau kamu juga menghadapi cinta sesama rakan…go for it.

    andai kata ia kandas seperti saya, tak mengapa…just ingat…dia dulu kawan yang mungkin pernah duduk di sebelah kita ketika itu.

    ingatlah senyumannya bila dia gembira, sebagaimana dia gembirakan kita dulu. jika sekarang ini senyumannya tidak bermakna, cukuplah tanamkan segalanya dalam kepala dan hati. cinta yang pergi, biarkan ia pergi. kalau ia kembali, ia tetap milik kamu. jangan dirayu pada yang tak sudi, jika dirayu juga…takut jadi simpati semata.

  8. wow..amazing..every one dream have love like this story..sweet sey..

  9. yup nie lah yg kuhrpkan pada suatu masa nnti

  10. yup nie lah yg kuhrpkan pada suatu masa nnti percintaan….

  11. yup nie lah yg kuhrpkan pada suatu masa nnti percintaan kekakal selamanye

  12. Best part in ‘love’ when ur love one not only became your belover, ur best friend, ur ATM, ur adviser and also be your parents. share everything- laugh & tear. But… when he came to be ur enemy? you will so much hurt… So make friends! ur belover maybe one of your best friends. But don’t ever makes him the only best friend!

  13. oizgee luv adam n farah

    beshnya kalo idup btol2 mcm farah dlm cite ni…n besh jgk kalo llaki yg dtg 2 mcm adam….huhu…cite ni mest dpt sdrkn the real adam n farah tuk hargai ape yg ada kt dpn mata….rase sgt diorang saling mnyayangi tap x tau r ape sbtolnya yg hapen kt diorang…adam kn r b’tndk cpt….6t farah dikebas org br tau…..farah kn mkin cntik skang ni, tap ttp kekal dgn prsnliti yg dulu…humble je……caiyok2….basya….

  14. Best r….. kalo…. kisah cinta ni jadi realiti dalam hidup ku……………HEHEHE………….

  15. Mnarik r cite ni……suka sangat..kalau berlaku dalam realiti kan best. Tapi ada x pluang nya? Cinta dan persahabatan memang susah nak tafsir…Dulu pernah gak terjebak dalam suasana cam ni,, tapi pkir2 balik, renung balik syg tu ada tapi tak kuat time 2………..jd wt kptsan bwa diri dari terus dlm dilema….mgkin syg kpd pershbtan lebih kuat dari percintaan…..mgkin dia bkan jdoh kita..

  16. ermmm, kisah nih serupa dengan saya. tapi saya berani gak berterus terang lepas perasan respond baik die..tapi apakan daya respond baik bukan bermakna dia suka,cinta kita…last2 friendship kami berkubur saja bila saya rase dia amik kesempatan diatas kesukaan teramat saya terhadap dia…parah…sudah 2 tahun lebuh kejadian tuh kenangan tak dapat diluput dalam ingatan..padam, delete suma tak leh nak buat…sbb saya teramat suka akan dia..tapi apa2 pon declare your love before its too late..tak rugi apa2 pon sbb at least kiter tau sejauhmana dimana kiter berpijak tak macam saya terawang2 sbb dia tak kasik jawapan pon samada suka kiter tak???huhuhuhuhu..so saya assume dia just anggap saya nih kawan jer…huargh!!!

  17. besh r cter neyh…kn besh kalo brlku kat fieqa…tp fieqa ney msh plaja agy…
    acctually fieqa ade mint sowng bdk laki ney…dye 1 class ngn fieqa…tp dye x thu
    y fieqa mint kat dye…agypown fieqa pown tkt nk luahkn kat dye…sbb tkt nnt
    dye xnk ckp or beborak ngn fieqa da…fieqa ske tgk mte ngn senyumn dye…
    mte dye cntk n senyumn dye mnis…kdg2 2 rse jelez ble dye ckp ngn owg len…
    hmm…fieqa xleyh nk halang klu dye nk kwn ngn spe pown…agypown 2 hakdye…
    hmm…fieqa pown xthu nk wat cm ne agy…xpe la kn…lbey baek fieqa pendm drpd mluahkn…wlupn kdg2 dlm hti ney rs skt…asl dye bhgie ngn khdpn dye…

  18. Bukan mudah nak go for it..daaaa

  19. za hmpir mnitis kn airmata…andai takdir itu milikku…now ni pon za dlm situasi cmni..tp za xredy utk mbalas prasaan kwn za..hati ini bagai ade tembok besar mghalang..sbb kciwe za dgn bekas kekasih msih berbekas…

  20. fuyuhh…lain ar citer dier…ttapi laki tuh mmg hebat ar…
    cara melafazkn cinta tuh siooott mmg diluar jngkaan…hahhah

  21. aku pernah berada dalam situasi ini dan aku masih lagi dalam situasi ini(i guess)..kekadang rasa cam bodoh je bila mengharap sesuatu yang tak pasti..tapi gerak hati ni sentiasa membuatkan aku terus dan terus menanti..mungkinkah?aku sendiri masih blur..tapi yang pasti kini dia semakin jauh dari aku..apakah aku salah menafsir perasaan dia terhadap aku dari awal lagi..mungkin cinta tak pernah wujud antara kami…semuanya sekadar mainan perasaan yang ada kalanya mengasyikkan dan ada kalanya menyakitkan tapi walau apapun yang terjadi nanti.. aku redha!!

  22. aku penah juga berada dalam situasi ini ..
    tetapi sampai sekarang dia tidak mengetahui yang aku cintakan dia dari dahulu.. aku takut bila aku bagitahu dia .. aku takut dia x dapat menerima .. so biar jerr lah aku yang tahu .. bila tiba masanya aku akan bagi tahu ..
    Bes cerita di atas

  23. ala lau dah jatuh aty 2 cepat2la bagi tau..nnt kang terlepoas plk…luangkan aje k..sal die terima ke tak 2 xyah duk fikirkan k….he3

Tinggalkan Jawapan kepada Nong andy Batal balasan