Kenapa Dia Curang?

Sakitnya hati! Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!

Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.

Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah  buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.
 
Rasa Rendah Diri
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!

Sering Berjauhan
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya.  Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan.  Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

Komunikasi Yang Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2  atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!

Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti  lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang  tidak jelas.

Sikap Yang Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.
 
Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.
 
Sikap Playboy!
Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan  cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.

Ada Orang  Tidak Puas Hati
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!
 

52 responses to “Kenapa Dia Curang?

  1. Cinta ialah rasa kehambaan. Rasa kehambaan akan membinasakan diri (fana’). Egonya akan rebah menyembah bumi. Kemarahannya akan padam. Dinginnya akan sepoi bahasa. Hati batu menjadi sutera. Ingkarnya akan jadi setia.

    Begitu sifatnya, maka… kepada siapa ia harus ditujukan?

  2. Mencintai dan dicintai adalah unik dan didambakan oleh setiap insan. Kebahagiaan pasti terpancar pada pasangan bahagia. Kecurangan bukan dipinta, mungkin ujian atau escapism untuk meneruskan kehidupan. pun begitu ? hati takkan menolak untuk mengatakan kewajipan untuk setia!
    Seperti lagu rimas…

  3. MULA-MULA KATA SAYANG, DAN KITA RASE BAHAGIA. TAPI, BILA MULA DIA KATA ADA ORANG LAIN, HATI KITA RASE DERITA….DI PERMAINKAN……HA!!

  4. Pingback: My Blog » Blog Archive » Destinasi cinta…..

  5. Semua yang di list down di atas ada benarnya, terasa terkena btg hidung sendiri. Guys, apa p’saan anda bila mengetahui si dia berhubungan dgn org lain sdgkn dia menafikan yg dia menyayangi tersebut dan cuma menganggapnya adik angkat?!! so horrible.. sya mengaku sy bukan kekasih yg perfect.. cthnya saya suka marah dia.. but rasa marah ini bersebab.. when him paksa buat benda bukan2.. kenapa pulak kita tak boleh marah??
    Then sya baru dapat tahu dia tak pass SPM pada tahun akhir saya mengambil sarjana muda d IPTA.!!
    OMG, baru saya sedar pandangan pertama cinta haruslah bermula dgn soal jwb dan bukan tangkap MUAT..
    BUT.. i never regret it.. for me cukuplah dia menyayangi saya, lagipun saya nie bukannya like bidadari…
    Soal pendidikan saya tolak tepi dan simpan d hati.
    BUT, kenapa dia masih juga SMS dgn rakan sekerja hingga lewat malam.. can u imagine?
    Maybe rather for me to very2 clear up my negative part of my mind..
    Leran how to more5x LOVE him..
    sabarlah HATI..

  6. kenpa dia curang….???
    tp bila aku tahu aku maseh dng nya….
    adakah aku terkena ubataan nya…
    help me..

  7. ak po n xsure la bf aku curang o x.kwn2 gurl dye mmg ramai,tp hati gf mane xterasa law dpn2 kite pon cbuk je nk sms!!mslh introuble 2 nak same je ngn ak.huh..lelaki..ley ke pcaye???

  8. adakah seseorang laki itu sama….????/

  9. lelaki sume keparat!!!!!!
    xgune….kuang hjar!!!

  10. jgn ckp laki semua sama…ada setengah yg k..

  11. sbnrnya cinta bkn mlhrkn tngis sedu sedan..normal dlm prcntaan trdptnya kcurngan…kita boleh mncntai orng lain dgn spenuh hati…tapi kita x boleh buat orng tu mncintai kta spnuh hati sbgaimna kta mncintai dia…coz kta ni bukanlh siapa2…..apapun smoga allah mnggntikn dgn yg lebih baik….

  12. nape saya yang selalu dipermainkan!!!sakitnya hati!!! laki mmg smue sme je ! benci!

  13. npa laki x caya kita stia..plek an..

  14. saya rasa komen di atas boleh ditambah sikit, macamana kalau si dia tiba-tiba jatuh cinta pada perempuan lain

  15. smua msalah n keperitan yg kau org smua alami ak dh rse.paling teruk skali suami org pn x nk ngaku lg cpai bini dia dh col ak pn x nk ngaku lg…curang dpan ak pn x ngaku jgk…smpai skrang msih curang.ak xth dh nk wk cmne nk gila dh ak….tlg lh ak,,ak dh buntu ap yg patut ak buat…..

  16. t’lalu mudh utk menilai n m’hukum keslhn owg len..kecurngn mgkn b’laku krn sudh slg x memerlukan..sdh kurg kash syg..sudh hilang kerinduan..atau mgkn saat itu, kt xpnya plhan..nmun curang blum psti m’bw bhgia..

  17. kenapa dia curang…

    saya tak tahu knapa bf sy hrus curg dgn sy…nak katakan saya kongkong diri die tak juga….nak kata say ni jahat sgt tak jga…saya tak tahu knapa…????
    paling myakitkan hati saya..pmpuan yg dengan die tu dh la janda and 1st love dia jugak la tu dulu…tp saya tak tahu knapa dia hrus dgn pmpuan tu…apa salah saya dengan dia…smpai skarang sy msih binggung dgn sikap dia….
    tp skarang die tak lg ngan pmpuan tu….tp sy msh lg tak mampu utk mpercayai nya….

  18. hanya lelaki yg kuat agama n pendirian x mudah rebah digoda pompun..bykkan bdoa….pbaiki klemahan sendiri tanya pasangan pa yg dia x suka ttg kta..sblum bkhwin uji dia habis2an adakah dia btl2 syng kta atau ada tujuan len..

  19. YA LELAKI MMG **** PUN , SUME SAME JER.. MLE2 JER DY OK PAS TO DY AKN BUAT SOMETHING YG BLEH LKE KN ATI KITE,, WAWA DA COUPLE NAN 100 LBH ORG , DA MCM2 LAKI WAWA JMPE, TPI SABA JER LA , DLM BNYK2 LAKI CUME SRNG LAKI JER WAWA XLEH LPE KN N SYG SUSAH GLE NUX TNGGL KN DY , SAPER???? RAHSIA LAH !!!!

  20. aku tak tau la nak cakap dia ni macam mana…
    dulu dia lain sangat..
    jaga aku gila2..
    selalu study sama2..semuanya sama2..
    tapi bila dah naik semester 2 ni dah lain jadi.
    start cuti sem ari tu r..dia dah jarang gila contact aku.
    katenya nak masa untuk diri sendiri.so aku bagi la.
    tapi naik semester2 sama jugak..
    aku terjumpa komen2 ‘mesra’ dia dengan perempuan lain kat fb.
    bukan 2,3 kali tapi bnayak kali.orang yang sama.
    tapi bila tnya dua2 cakap serius x ada apa2…yang peempuan tu pulak mmg dah ada bf pun..sekarang dia cakap kat aku nak masa (lagi sekali plak)
    then nak enjoy dengan kawan2..dia cakap kitorang ni gantung r kira…
    then ape aku perlu buat..sekarang ni mmg aku truly bagi masa je kat dia.

  21. ASSALAMUALAIKUM

    nice info…mohon share ya infoinfo di sini :)

  22. hargai diri kita,,dan saling memahami ,,antara satu sama lain,,laki dan perempuan sma je x jauh beza masalah yer kita harus da rasa percay tu paling utama ,,setiap percintaan ada pergorbanan,,

  23. mkorban /////
    cinta
    saya tlah lakukan smua nya
    but knpa bf saya curang juga
    mybe saya tidak ada masa untuk dya asyik kja je kan
    tpy karang nie i kasih bahagia dya betul promise mme

  24. aku ngah keje skg tp xtau npe ati ni tetibe jer nak bace sebb lelaki curang…saje nk musabah diri…nk fikirkan kekurgan yg ade dlm diri saye nk cari pe yg perlu tingkatkan n improvekan tuk perbaiki perhubungan….tp dlm aku sibuk mencari kelemahan diri si dier telah menjerit dengan perkataan hina kepada aku di tgh2 jalan yg tgh busy sangat yelah sume berkejar2 nk pegi keje…aku menitis airmata lagi bile dgr jeritan hina drpd si dier,lelaki yg aku cintai selama 10 thun nih….aku terkesima skejap coz sume org pandang ke arah kami bile dgr dier mengherdik kat aku pgi tuh….sedih xterkata patut aku cr org lain yg boleh mencintai aku spenuh hati….tp hati aku masih kuat mencintainye walaupun dier mherdik aku tgh jalan,kepit tgn dgn pintu kete n tinggalkan aku tgh2 jalan.walaupon aku tau dah 4 perempuan dier penah bercinta pada waktu sama kami bercinta….yg skarang baru ku tau….tp nape aku slalu n setiap saat cinta kat dier……

  25. Assalamualaikum…Saya terlibat dalam cinta segi tiga…tunang saya dah lama bercinta dengan sorang pompuan..dia tinggalkan makwa dia untuk saya.saya tak tau pun kena tipu…dia curang kepada makwa dia.kalu saya tau saya mungkin tak terima dia.pompuan tue siap rayu kpda saya..jahatnya rasa..saya siap nak undur diri tp dah mlbatkan family susah.pompuan tue nak balas demdam n arinie demdam dia terbalas..dia dapat tunang saya n siap anta maseg mcm3 lg…tun6 saya kembali pada dia…alhamdulilah kisah ini berakhir…harap awak bhagia.walaupun sakit iitu ketentuanNya.kepada lelaki jgn curang kepada makwa4…pikirla hati perempuan. :)

  26. A seorng yg mula2buat aku betul2 jatuh cinta… Pakej lengkap seorg yg ada rupa, best student, kbetulan family dia bukak business (yg berjaya) dan semestinya pndai bersosial… hubungan kami sgt rapat sehingga semua yang memerhati mengatakan kami bercinta.. Hari2 call, hari2 nak jmpa, hari2 buat kejutan utk aku… Bahagianye…. Tapi sebenarny dia tak pernah meluahkan rasa cinta pada aku… Dan aku ibarat tiada kekuatan untuk bertanya kepadanya.. Aku hanya ingin nikmati rasa bahagia je di sampingnya waktu itu…. hal ini berlarutan smpailah perkenalan kami mencecah 2tahun, ketika tu kami masing2 dah ke ipta yg berbeza… Akhirnya, dia sendiri yg memberitahu aku knp dia tak pernah meluahkan kata-kata cinta pada aku…. Dia mengaku dia seorg playboy!! sewaktu mengucap sebegitu, dia hanya menunduk… Dalam hati terkejut yang teramat sangat….sangat2! apa yang dia cuba tunjukkan pada aku selama ini??? Remuk hati tuhan je yang tahu.. Hampir2 terjelapuk aku (time tu tgh berjalan keluar dari mall)… Bila dia mula memandang aku untuk melihat riaksi aku… Aku tersenyum manis yg paksa!! Hmmmm… mcm tu ye? Then……? Sambil berpura2 bertanya dn tak terkejut dgn pengakuannya…
    Tapi, sbb kepakaran sbg playboy masih menebal dlm diriny.. dia mngungkapkan kata: awk jgn bmbang…. sy lgi suka dgn awk mcm ni… Awk sgt special sbb awk kwn pmpuan sy yg paling rapat. kalau awek, sy boleh tinggal bila2… kalau kawan smpi bila2 tetap kwn….. statement yg aku kira sgt melekat kuat dlam hati aku hingga kini. Aku sgt2 frust waktu itu.. dan sgt menakutkan aku kerana aku tidak boleh memiliki cintanya dan diriny…..!!!! kerana ketakutan itu, aku cuba mengawal diri aku sambil berpura2 mengatakan aku ok je bkwn dgn dia dan aku tak boleh kehilangan dia………..
    Kuat sungguh penangan layanan A terhadap aku, sehingga aku nak bercouple, terang2 dia marah dan memaksa aku mendengarnya… Dan.. memang aku turut permintaannya…
    Sehinggalah B wujud dalam hidup aku dan menunjukkan kesungguhan menjadikan aku suri hidupny… aku mula berfikir secara rasional… Smpai bila aku harus dlm relationship yg tiada hala tuju dgn A? Jadi, kali ini aku terpaksa melawan permintaannya… Sgt perit, sbb A slpas itu merajuk yg lama (walhal dia jrg merajuk dn sekejap je dia merajuk) dn langsung tak mghiraukan aku….
    B?? setelah dia mgetahui aku pernah rpat dgn A, dia mula mengongkong aku… Sgt2! pada mulany aku beranggapan dia cemburu dn jelas syg pada aku… aku menurutiny… kwn2 mula bising kerana aku jrg bersama mereka. B melarang aku keluar bergembira, risau melibatkan lelaki lain… Hmmm.. setelah hmpir 4 thun bersama B, aku dpt rasakan prubhan dia.. Kami belum berkahwin… tp dia mula pndai menaikkan tgn. Mungkin juga sikap aku yg mengada2.. Tp aku sgt setia! 4 tahun bersama, aku tak pernah curang.. dan aku rela jd kera sumbang… Tapi tuduhan aku pmpuan jahat dn curang yg amat kerap buat aku naik lemah dan meluat dgnnya…
    Dan….. aku kini ini sdg dlm proses utk berpisah dgnya.. tp aku tak tahu bgaimana utk mulakan… Walaupn aku byk berubah, stiap kali pun aku mgiyakan je cinta padany… aku sedih terpaksa buat begini… Dia pernah berkata tak dapat hidup tnpa aku…. Dia llaki yg baik, sgt bertanggugjwb pd family dia…. tapi aku tak tahan dgn cemburu dn panas barannya… betul aku lah yg teruk sbb trus mnipu.. tp bukan niat aku..
    Paling teruk, aku mula rapat dgn seorg lelaki C…. (walaupn belum berpisah dgn B) dia lain drpd A dn B.. Dia tak berpura2 dan sgt jelas orgny.. Sbb lelaki yg ku knal smuany hnya tunjuk baik dn nmpak sgt kontrol…… gn dia, smua jd santai….. Mungkin perasaan aku shj… Dan kini aku masih cuba mnyelami hati dan perasaan C….
    Nampak mcm terpesong dr tajuk asal..
    Tapi, apa yg aku ingin katakan……… Kenali betul2 lelaki yg dekat dengan korang…. Jelaskan apa yg tak jelas… dan kita sebagai pmpuan tak sepatutnya dikongkong spt yang aku ceritakan….
    Seseorg yg jeles terlampau sehingga mengongkong dn cubaan mendera mnunjukkan dia ingin menguasai kita… Cinta bukan untuk dikuasai oelh sebelah pihak.. Tapi, cinta untuk dikongsi antara pasangan dan dinikmati dgn jalan yg betul..
    (Sebenarnya byk lagi lelaki hadir dlm hidup aku konon cinta, tapi smua palsu.. jadi aku hanya menceritakan lelaki yg benar2 beri effect yg sgt teruk dlm hidup aku)..
    sayangilah diri korang… Itu yg penting!! huhuhu

  27. aku dah 6 kali ditipu oleh suami sendiri..sampai pompuan dtg jmp aku …and kasi tau dia dah mengandong…aku cool aje..last dorg break …reason aku tak tau…Last sekali suami aku berskandal dgn kerani dia sendiri dlm jabatan PPSPM …dan aku mengambil tindakan untuk tinggalkan suamiku & skrg aku dlm process penceraian.. Aku sgt bahagia dgn kehidupan aku sekarang.. Anak2 adalah harta & nadi aku…Untuk ex-suami aku…Lu Boleh bla lahh…kumbang bkn seko and lu adalah kumbang taik yg sgt2 bucuk!! yuckkk….uwekkkk…..!!

    • bai…agak2 bai..

      awk tu da second…

      baper byk jew kumbang yg lekat lg…

      cuba la pikir jln pnyelasaian terbaik..

      fikirkan anak2…

      Wassalam………….

  28. ehehehe….laki memang cam 2…klau dia dha dpt kita nak cari org lain pulak…p bila x blh dpt kan kita,merayu sampai nak bunuh diri lha..aku nak syer2x lha dgn korang nieE…aku pernah ada kekasih yg langsung x curang kat blakang aku…p aku putus dgn dia cbb mak aku x suka ngan dia…rupa dia hitam…dia asyik main bawah matahari jer…dia memang hitam…p aku trima dia dulu dia jujor yg dia xpernah ada kekasih sebelum nie…aku lha kekasih pertama dia…wah..bertapa seron0k nya aku biler aku tahu yg aku nie org istimewa dia yg prtama…aku x prnah memilih kekasih kerana rupa…p kerana hati yg suci…..ermMmM…

  29. hmm..aq plix la .. perx yg sbena nyer lelaki na ?? na ckp xbgy ksh cyg .. da trlbey .. na ckp xjge aty .. jge .. lbey dari jge aty cndry..cmpay aty cndry pown TERLUKA .. na ckp CURANG !! mang xpna la na MENDUAKAN dy .. hmm..ape dy cwouh cme wt .. ape agy yg dy xpuaz ?? or dy mang xpna PUAZ dgn ape yg dye MILIKI ??

  30. bertaon mnungu…d tggalkan dgn sebegitu saje…oo tuhan..arap die x merase ape yg aku rse…

  31. ha memang pun banyak benar yang betul kat atas. aku ni laki dah kawin. baru je 2 tahun. b4 kawin, jaga ayu, cantik, hati, manis, lemah lembut. bila dah kawin aku dibiarkan – sebab aku dah laki kot. anak2 aku didahulukan 24/7 mereka diutamakan. tidor dgn diaorang. makan pun, sampai rumah – letih la bang, abg wat je la ye – skali dua xpa la. last2 aku ni ape? last2 aku tgok youtube je la. layan music itu pun dia marah – dia ckp “tgok la anak tu, dia perlukan awak…” Abis aku ni?

    • apa tggu laie bro..

      kawin je lg !..

      Problem solved..

      let them fight for ur love…

      hua..hua..hua

    • kite serupe..ditunggulkan pulak..bukan tak tolong pn jage ank2..tp,ade je alasan dorg nk menolak…lg satu, bile da kawin, tak jage makan pun, tak jage badan pun..ape ni

  32. pempuan senang cakap laki curang la itu la ini la tapi korang xde nak selidik ke nape belambak GRO, pusat urut merate2? aku dah kawin so aku atu la nape pempuan hari ni x MENYENANGKAN MATA MEMANDANG bila DAH KAWIN LAKI DIBIARKAN – ANAK DIDAHULUKAN, KERJA DIUTAMAKAN. so jgn la marah kami nak kawin 4. dah dpt bini pun x tau jd isteri first class. aku siap renovate umah, fitness jaga etc dia….? hampeh

  33. kalau name pon suami, dah tentu la ketua keluarga.. Suami tu tugas dia byk…salah satu mendidik isteri dan anak2..so bila istri pentingkan menda lain dri suami, suami kne tegur la..jgn la diammm je..ptot la istri tu naik lemak..kalo tegur pon bia la tegas…jgn tegur ngan cara perli pulak..tu crik gado namenye..anak tu pndai buat same2 pndai la jage same2..aku nie mmemang blom kawen lagi..tapi lelaki sekarang xkira la tunang ataw boyfriend.. Kalau gf da sala jangan la nak terus curang..tu saje crik pluang je..sblom wt pape pon tegur dlu, cube bincang kalo pmpwan tu jenis xske bebincang boleh sms kat dia..bg la ayat pnjang2 skalipon dia msty bace punye..aku pompwan aku taw la.. Kalau bg sms tu jgn la kasar bahasanya bkan laki je ade ego..pompwan pon ade jgak egonye..gune cara yg lembut tp dalam mase yg sme wt dia befikir skli n rase takot kehilangan..contohnya ‘ i fham u sibuk, i faham u xde mse untk i, tp kalau nnt tbe2 i berubah mse tu u plak kne faham i k syg..mwahhhh’ mcm tu kan ok.. Nie x.. Xde try pape ayat da tros nak curang.. Aku nie penah couple dengan 3 org lelaki..setiap sorang lelaki tu smua btahun aku becinta.. Yg 1, 5 taon aku becinta 2 taon ktoang skola same 3 taon dia kat klantan pndh sne..memang aku xleh than sbb 5 kali dia curang sbb dia jauh kat klntan aku kt kl.. Yang ke 2 aku becinta 2 taon lelaki nie mmg kuat gila cemburu sampai kdg2 kalau aku cakap aku da sampai umah dia xcye dia suruh aku bkak tv la, bg bunyi pintu la, dia make sure aku da smpy kat uma..semua number member2 kelas aku smua dia ade sbb dia senang nak call mmbe2 ak tnya sal aku kat asrama mcm mane ad curang x..smpai cmtu taw x dia jge ak..aku mmg setia r bebb n ak xtpu dia lgsong..ak xpnah nak game org sbb aku pnah kne game 5 kali dlu en..so ak taw r rasenye cmne kalo kne game..tp dlam cemburu dia, dia curang gak ngan dak kos aku..senior aku yg pling aku rpat lak tu..mmg xleh pkai..pastu ble dah kntoi dtg sujuk2 kaki aku, ape cer..mmg xdpat ah jep.. Skrg nie aku becinta ngan soang lelaki tmpat aku blaja bru 1 taun 4 blan ktoang da couple..tp mse setahun 1 bulan dia da wt hal, kua senyap2 malam2 ngan pompwan part time tmpat keje dia, smpai 3 4 pagi beb.. Sumpah aku sedih sgt mse aku taw tu..pastu tipu aku cakap da tido la ape la..tp sbenanye g lepak ngan pmpwan tu sme..ape lg yg doang bt aku xtaw…tu anta ra doang ngan tuhan..aku mmg xleh kuar malam beb..limit aku sampai kol 12 mlam je leh kua..tp slalunye kol 10 mlam je aku da kne balik, yela..pompwan kan..mak bpak ade jage aku, so xmanis r org keliling ckap pe lak nnt kan.. Xkan sbb tu dia curang..bila aku cuba bebincang hati ke hati n tanya ape salah aku..dia cakap sbb aku slalu tido awal.. Pastu xde sbb lain lg dia ckap..tu je..mmg aku xleh trima sbenanye sbb dlu dia cakap dia xksah aku ni xbebas sbb dia cakap bgos la kalo pmpwan yg bebas nie dia xske…dia ckap byk rosak..aku pon xde la baik sgt tp ak xla bebas..ble da kntoi menangis2 minx pluang terakhir..aku bg la jgak peluang sbb aku sayang dia nie..dia baik tp tu la baik2 laki mmg xboleh lari dri curang..aku ase laki skrg mmg nak pompwan yg bebas dr mak bapak. begaul bebas, nak pmpwn yg boleh balik bila2 pkol bpe pon kan….mmg doang nak calon istri yg mcm tu r..

    Saje2 nak kongsi citer..hehe

  34. nak tanya la pendapat korang..if pakwe korang still panggil ex-gf dia ngan panggilan manja(mummy)..then kuar ngan saya kata dia ngan baring2 je kat umah..what not dia terus terang dia kuar ngan saya??dia tu curang ke?tapi dia ckp just teman rapat je??xfhm la..tpi pendek kata saya bagi peluang ke dua pada dia..

  35. kenapa lelaki curang????
    “ZAMAN REMAJA”
    X matang
    sesetengah lelaki ni X puas satu pompuan”NAFSU” …. kemgkinan nye…. menggangap dirinye hensem katekan,ramai peminat!….
    then!dapat grl tu lbh lawar yang sebelom ni….

  36. Kite stie,ckp tipu pula,ape la llaki camni.. Xkuase aku.bnciiii…

  37. Tpi me xkisah sgt die cwang x,whatever la..bkan laki aku pon,kte btul2 stie,kte cwang jge..t klau btul2 cwang mmpus lh.pdh sndri..ucpanMu adlah doamu..

  38. ak bru khwn mnggu dpan gnap 3 taun….smlm aku dpt tau laki ak ad pmpuan laen..tp bila ak tnya adk angkt,adk angat amnde nyer klu dlm fb die mngtakan prfil hbngan dlm fb die nme betina2 n then bila aku bkak fb betina2 pun nme laki ak jgk…btina2 siap ltak mesra mrka brdua lg….bini mne yg xskit ati………aku duk umh pnat2 jge ank….die blh brsernok dgn btina laen kat luar….mse couple dlu die xprnah pun wat hal…utk pngetahuan korg skrg ni ak ngah peknan lg,bln 2 dpt la lg sorg….aku xtau nak wat pe skrg ni perlu kah ak bercerai sja……..

  39. Moeliady paker

    Engkau telah menduakan sebuah janji…

  40. ye ak penah curang..sebabnye..?
    1.Bila kluar ngan pempuan lain, (curang), berdebar lain macam tau hati ni..
    cam ade thrill camtu..rase mencabar n rase kelelakian..bila da dpt kluar, dpt lak sentuh (atau bt pape yg x dpt dibuat dgn awek),rase lega giler hati ni..seolah2 dlm hati brkate “pdan muke kau sygku”..siape suruh xbg,sape suruh byk songeh sgt..tp, jauh di lubuk hti ni, msh syg pd awek sendiri..”andai kate kantol la perbuatan ku ini,harap kau berubah mnjadi sprti ingin ku”..”ttpi,andai kate kau lepaskan ku, akan ku cari sebaik2 nya pengganti kau yg boleh tepat2 melengkapi hidup dan mahuku..
    2. Lelaki sgt menghargai first time experience.kami akan sgt hampa bila, nk bt someting new/naughty dgn sorg awek tu, tp di tegah lak, di tolak lak oleh awek tu..so really, no firstime experience dirasai disitu, walaupun, dihari lainnya, awek tersebut mmberi/mengizinkn bila kami try2 lg.(contoh first time experience: cth1: nk sgt dinner kat bench pokok tu, tp pmpuan mnolak sbb malu katenye,rase mcm dipandang2 org, wth? cth2: di twin seat cinema,nk rase la dada awek ak ni, so sexy, tp ditolak) sbgai gantinya, itu la kami try pd aweks lain pula. Mmg uhmph pulak tu kalo dpt firstime experience dr pmpuan lain, tp dlm mase yg same, rase sedih, napela ak xdpt rase bende2 camni dgn awek sndiri awal2 dlu? Laki sgt menghargai first time experience.kami akan sgt mnghargai pmpuan yg sama2 merasai thrill “first time” experience tu. Malah kami kerap kali jatuh hati pd mreka..
    3. Kami curang sbb rindukan anda yg dulu. Dulu, 3sizes anda sgt mengiurkan kami.Setelah sekian bersama, ada semakin montel, boroi dan buncit. itu huduh di mata kami.Average lelaki tak bernafsu pd pmpuan gemok!. Sikap dan sifat yg berubah juga mmbuat kami berasa kehilangan anda.Kami tak sukakan sgt perubahan ketara. Lebih2 lg, ke arah yg menjengkelkan. Automatik, yg lain akan bersinar di mata kami.jd itulah sebabnya juga.
    4. Ada lagi faktor lain, tp percaya lah..3 sebab diatas adalah sebab yg tak boleh dipandang remeh.

  41. bf curang dlm diam, tahu-tahu je die dah bertunang. just damp je la kn, as a simple. bunyi mcm simple allah jela yg tahu

  42. Prnah tak korg fikir ? Bf or gf korg post moment pd wktu 2.35 pg cnth , n than korg col si dia msuk voicemail tapi bila korg msg masuk . Msti korg syark smething ? N korg text dia tduh mcm2 tp tk ada rspon lg . Dlm 1 to 2 jam bf or gf korong text korg ckap “kawan pinjam fon bgayut dgn bf or gf dia , lepas kwn gf or bf korg kejut bf or gf korg ?”sia bf or gf korg col korg ckap dkt korg bkn dia bgayut tp kawan bgayut pnjam fon !..” adakah korong percaya ?!

  43. ap yg ptot anda buat klw kwn baik anda ckp kt anda yg si dia curang dgn org lain..adakah anda nk pcaya kwn anda tu or nk pcyakan si dia..?

Tinggalkan Jawapan kepada PiLu Batal balasan