Benarkah Cemburu Tanda Sayang?

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Tanda-tanda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.

2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

12 Respons bagi “Benarkah Cemburu Tanda Sayang?”

  1. janatunaliya Berkata:

    Benar! Cemburu memang tanda sayang. Tapi Cemburu yg positif la. Haniey dah tukar blog address ke? Akak cari dearhaniey tapi tak ada. Anyway I love the layout. Take care

  2. Chien Berkata:

    I’ve a boyfriend yang memang kuat cemburu, asal call je…selalu kata kita menerima panggilan orang lain dan sebagainya.

    Last sekali saya cakap, boleh call me anytime tapi jangan ada tuduhan melulu. Akhirnya, dia tidak begitu lagi.

    Tidak call saya maksudnya, tak pela…saya faham. Mungkin dulu tak de sapa yang tegur.

    Tapi kalau me ni, mana yang tak betul…kena betulkannya. Barula belajar namanya tu…

  3. Dhika Resta Berkata:

    Bener bgt sih….,Sah2 ja orang cemburu, tpi harus ada alasan yang jelas donk…!trkadang ada yg cmburu smpe2 tuker2an hp sgala,kyakx g’ etis bgt , kayak anak TK ja,He”……..

  4. wida Berkata:

    cemburu emang tandanya cinta, tapi dengan saling memahami pasangan juga dengan memberi pengertian perasaan itu akan hilang, tapi jika pasangan kita malah marah dengan tindakan kita perasaan cemburu akan semakin membara dan takan hilang di hati, intinya pahami pasangan kamu juga tunjukan kalo ga ada yang lain selain kamu

  5. PinKy GiRL » Benarkah Cemburu Tanda Sayang? Berkata:

    [...] Benarkah Cemburu Tanda Sayang? [...]

  6. Zaid Berkata:

    Cemburu ini adalah suatu yang misteri dalam hidup.

  7. asuna Berkata:

    tol ke slagi xde pe2 ikatan yg sah…kte xde hak nak jles???

  8. asuna Berkata:

    tlg bg jwpn eh……

  9. jessy Berkata:

    y iylh..scara gtu mana ad cwo/cwe yang mau apabila pasangannya punya pacar lagi

  10. lin Berkata:

    we babi……xakan x bagi artichle ko di copy

  11. dya Berkata:

    prob aku lg payah.aku da btunang tp aku da tersuka kt org lain.bila aku tgk org yg aku suka 2 bkwan ngn org lain aku jd cmburu giler….aduh benci btl ngan perasaan ni.komen la weh

  12. Rezza elfa Berkata:

    Iya sih cemburu emang tanda sayang,,
    Tapi bahayanya kalau cemburu yg keterlaluan (cemburu buta) menuduh yg tidak qta lakukan,,misalnya menuduh selingkuh dengan tidak ada bukti dan fakta,,
    Tp cemburu itu manis jika kita menyikapinya dengan benar,,
    Ya engga?

Tinggalkan jawapan