Perihal Jodoh

 Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman.”

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa dalam sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandaraya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungankelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin  dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
 

About these ads

8 responses to “Perihal Jodoh

  1. hmm……….

  2. Ada betulnya..pendek kata jodoh adalah satu perkara yang rumit untuk diceritakan, dikongsikan dan diherbahkan. Perkahwinan adalah satu perhubungan yang membawa kita ke 2 alam, jika kena pada caranya, bahagia yang kita akan tuju, jika x,merana sedia menanti. Apepn,hidup kena diteruskan. Apa yang jadi sudah ketentuanNya, tanam dalam hati semai dalam jiwa,InsyaALLAH, kita akan bertemu jalannya..Aminn..

  3. bagi saya cinta adalah satu kurniaan dari Allah.. bila mengalami cinta, maka berterima kasihlah kepada Allah.. cinta menjadikan kehidupan manusia lebih indah.. tapi jangan sampai cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah.. cintailah seseorang kerana Allah, kerana kita bertemu dan berpisah adalah kerana Allah jua..

  4. jodoh nie umpama kita menunggu bas utk menuju destinasi yg kita kehendaki… tpkan kalu asyik terlepas bas aje tulah sampai sekrg blm lg bertemu dgn jodoh… hihihi

  5. hek3..kadang2 biler salah sorg pasangan dah mule tok siries,satu pihak lagi blom mule pikir kan lak..so cmane eyy?kdg2 dlm phubungan nie malas ar nak siries sgt..coz kalu ade jodo ade arr..nnt kalo takde tkot frust menonggeng!!so..jgn mharap dgn sesuatu yg tak pasti..setiap manusia dijadikan bpasangan dan cume kiter tak tau sape jodo kiter n dimane jodo kiter…byk2 KAN BDOA..AGAR KORG SUMER TAK JADIK MCM AKU..YG TAK PNAH RASE APE TUE CINTE..OK?SBALIKNYER DIPERMAINKAN OLEH INSAN YG BNAME LELAKI..

  6. Haloo sekedar info aja buat yang pengen ketemu jodoh baik cewe maupun cowo, yuk kumpul2 di

    http://www.jodohjodohan.com

    blognya

    http://www.jodohjodohan.wordpress.com

  7. Pingback: ~*~.::Lurve(^_^)Heart2Heart::.~*~ » Blog Archive » ~ *Perihal Jodoh* Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj ~

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s