Bahaya pergaulan bebas di laman sosial

Takrifan pergaulan bebas tanpa batasan di zaman kemajuan siber tidak lagi bermaksud bertemu secara fizikal, malah fenomena pergaulan menerusi laman sosial ketika ini turut disifatkan boleh menjerumuskan individu terjebak dalam bencana akhlak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar), berkata pelayar laman sosial selalunya terperangkap mendedah identiti diri dan rahsia menerusi pihak tak bertanggungjawab dengan niat memperdaya.

Menurutnya, apabila mangsa sudah terpedaya hingga sanggup mempamerkan diri termasuk penyerahan gambar tak bermoral sama ada diambil secara sedar atau tidak sedar, pihak yang menganiaya itu akan mula mengambil kesempatan lain seperti ugutan dalam bentuk seks atau wang.

“Bahaya (pergaulan bebas di laman sosial) sama seperti pergaulan bebas secara bersemuka. Secara prinsipnya, sebagai contoh wanita memegang status isteri yang asyik chatting (berbual maya) dengan bukan mahram hingga menaikkan nafsu tetap berdosa walaupun tidak bertemu fizikal.

“Sebenarnya orang yang mampu berinteraksi di laman sosial adalah orang yang ada kepandaian. Tetapi akibat jati diri lemah, orang yang pandai akan menjadi tidak bijak seterusnya mudah terpedaya,” katanya.

Menurutnya, kemajuan teknologi termasuk terciptanya laman sembang sosial seharusnya dimanfaatkan untuk perkara lebih bermakna seperti majlis ilmu, meluaskan pengetahuan atau berguru dengan pensyarah dari jarak jauh.

Katanya, adalah sangat merugikan apabila kita bukan saja ketinggalan, malah menjadi mangsa teknologi daripada kemudahan di laman sembang sosial.

Wan Mohamad berkata, masyarakat kena berpegang kepada prinsip tak boleh bergaul bebas walau apa cara sekalipun dengan gaya hidup yang berubah sepantas teknologi.

“Bagaimanapun, saya nasihat kepada yang terlanjur dan pernah jadi mangsa supaya segera bertaubat. Tinggalkan budaya buruk sebelum hati menjadi keras mendekati Allah.

“Semua pihak perlu menyokong memulihkan kembali kehidupan mangsa kes sebegini. Kita tak boleh terus-terusan mengecam sebab perbuatan itu menyebabkan mangsa akan murung dan berputus asa,” katanya.

6 responses to “Bahaya pergaulan bebas di laman sosial

  1. bagus pendapat ini…kita mesti lah hentikan degan segera kerana kawan saya bantak mempamerkan gambar yg tdk mntup aurat…yg akan membuatkn lelaki gersang…saya sering kali ke tempt perjumpan org2 alim(sri petaling-kuala lumpur)…di sne sye lhat pergaulan mrka sgt baik walupun berlainan negara…sampai di sini….[najib pasir salak]

  2. tapi ade pulak yg buat penganti nya adess…..ni la melayu sekarang……….

  3. siti ansyarina zainal abidin

    ni lah remaja zaman sekarang selalu terpedaya dengan laman sosial. pendapat yang dibentangkan ni sangat menarik dan jarus dibaca oleh semua golangan supaya masalah sosial di kalangan remaja zaman kini dapat dikurangkan. bagi saya, laman sosial adalah satu laman yang tidak bergitu sihat jerana ia boleh mengundang bahaya kepada pengguna yang lurus. oleh itu, be careful apabila melayari atau menggunakan laman sosial.

  4. bahaya pergaulan mcm ni…sepatutnya kita kena pandai kawal diri sendiri..masalah berpunca bila kita x pandai kawal diri..

Tinggalkan komen