Menyelami erti cinta

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa kasih sayang sesama insan.

CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.

Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta.

Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” – Mutafakun alaih.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.

Cinta diri bermakna mengambil berat terhadap keperluan untuk memajukan diri, menyedari terhadap potensi diri yang dimiliki, sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kejayaan dan kecemerlangan diri.

Orang cinta diri sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari kebaikan untuk diri, mencari perkara yang berfaedah yang boleh mendatangkan manfaat masa depan.

Sentiasa mengambil berat dan benci terhadap apa jua perkara yang boleh menghalang diri untuk berjaya.

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa hidup harmoni dan kasih sayang sesama insan.

Hidup bekerjasama dan tolong menolong merupakan cara terbaik untuk kita membuktikan cinta sesama insan. Firman Allah: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui” – surah al-Imran :92.

Dalam satu hadis Rasulullah menegaskan: “Apabila seseorang muslim berjumpa sesama muslim dalam kesusahan lalu menolongnya dengan sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur seperti daun-daun berguguran daripada pohon yang ditiup angin. Maknanya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan” – hadis riwayat al-Tabrani.

Kerana itu, kita ditegah daripada bersifat sombong. Rasulullah mengingatkan bahawa: “Di hari akhirat kelak, nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk” – Hadis riwayat Bukhari.

Nilai cinta yang paling tinggi adalah kecintaan kepada Allah dan Rasul. Untuk mencapai ke puncak cinta berkenaan tidak ada cara lain melain dengan cara meningkatkan ibadah kita seperti sembahyang, puasa, berzakat dan zikir serta berdoa.

Firman Allah: “Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah amat pengampun, lagi maha Mengasihani” – surah al-Imran :31

Sumber: Kosmo!

24 responses to “Menyelami erti cinta

  1. good posting,…beri kita kepahaman dalam mencari makna cinta sejati

  2. oh…tolong i tak tau menyelami erti cinta…?

  3. sy sukar untuk menyelami erti cinta sebenar.sy x tahu ape yang sy dapat dalm hbgan cinta lebih baik sy berkawan x de beza dgn bercinta.berkawan lebih memehami daripada ada hbgan cinta

    • Kesepian –

      Begini untuk memahami cinta sebenar, kesepian harus bersahabat terlebih dulu dan memahami latarbelakangnya, sifatnya, sikapnya dan sebagainya. Daripada situ kesepian akan menemui cinta sebenar.. Bah kata pepatah ” berkawan biarlah 1000, berkasih biarlah 1 ”

      Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kesepian meyelami erti cinta yang sebenar

      Sekian,
      Luv
      Dr_love

  4. saya sentiase untk cube mngenali erti cnta…tpy knpe sye gagal…apa kekurangan saye…perlu ke saye tngu cnta 2..dan pasti ke sye akan dpat cnta yg sye tngu…smpai blew akan jdi mcam nie…

    • anggap je cinta 2 macam rama – rama…jka dikejat ia lari. jka beriam iadatg sendiri p pastikah yang dtg 2 cinta yg hakiki..nilai la sendiri

  5. betul cinta pada Allah dan rasul lebih bernilai dari segala2nya..
    kita boleh meluahkn segala2nya pada-NYA walaupun kita tahu terlalu sukar untuk Dia menghampiri kita tapi apa yang aku tau dia sentiasa ada di sisi kita..

    biarlah cinta suci ini bersemadi dalam diri kita membawa kita meneroka apa makna islam yang sebenar????

  6. jgn terus bharap dgn cinta…
    pmainan sgt memedihkan jka ati x pandai mengawal iman
    tiada istilah kasih jka syaitan jadi tmannya
    jka jin jd shbatnya
    dan nafsu jd harapannya…
    jka iman cukp di dada pasti cinta wujud dgn rahmatNya

  7. mmg benar cinta pd YG ESA dan RASUL adalh semulia-mulia cinta..bila kecewa kita kn tenang bila mendekatkn diri padanya..hanya dia yg maha mendengar setiap keluhan dan rintihan kita..bahkan dia yg akan sentiasa membantu kita dan berikan yg terbaik buat kita..cm pnh aku lalui,aku menyayangi seseorg seikhlas n setulus hati aku..sikitpun xpnh aku terniat utk curang atau persiakan dirinya..tp akhirnya aku d’tinggalkan begitu saja wlupn byk skali pengorbanan yg ku lakukan untuknya..aku redha namun aku pasti apa yg aku lalui ada hikmahnya..mungkin TUHAN inginkn aku menemui insan yg lebih mulia cintanya…AMIN

  8. slm……aku ingn b’kngsi crita ttng kisah cnte aku.aku pon pnh ada cauple sndri,aku seing d’kecewakn oleh ppuan yg tdk pnh m’hargai ksh syg n cnte sbnrya namun aku telah m’mafkn k’slhnya n m’doakn moga mreka yg telh m’gecewakn m’nemui insan yg mreka sygi..aku msh m’cari insan yg time diri ku ngn s’adenya

  9. urmmm mcne kalau cnta sjti 2 bkn jodoh kte..huhu sedey lar…………

  10. atie.btol la mmg sdey glewr:(
    tpy idop msti dtroskn

  11. erm..kadang2 kite dah sayang kt sesorg uh giler2 an…hati nie ase cam die just utk kite..tp lame2 x kekal un..i pown pelik..mang kadang2 uh salah diri sendiri..tapi sampai bile cinte nie nk berakhir?asyik tukat bf jer..yade skg nie un x tentu kekal lg..tapi i mintak tuhan uh salu jage hubungan i..tp kite just leh merancang n kite y tentukan…i salu x hargai ape y tuhan bg..i sayang sgt2 kt bf i y skg nie but i takut utk mengharap pd die cz i masih tertabye-tanye sape jodoh i y sebenarnyer…moge Allah selalu pimpin i kejalan y diredhaiNYA..AMIN….

  12. BALQIS AND FRIENDS..

    SAYA BARU JEW PUTUS NGAN PAKWE SAYA,NAK BUAT MACAM MANEW ARH????????????????????????????????

  13. hahah!!! saye ta tahu la ape!!
    yg laky nk selaen daripade cinta

  14. Jatuh cinta lagi

  15. putri nur farisya

    sy x thu mcm mne cinta itu datang…??
    bleh beri thu x mcm mne cinta itu bleh dtg..???
    sy nk thu ngat psl CINTA..

    • masih dilamun cinta

      kite akan tau bila kita jatuh cinta kat org tu bila
      1.kite tiba2 tak leh nak bertentangan mata ngan dia dah..sblum ni siap bleh main lawan2 mata lg..
      2. Bila celik mata je,perkara pertama yg kite ingat adalah dia..
      3.Bila dia tak call or msj kite rasa cam tak senang hati..

      pendek kate kite akan rasa kite sangat2 perlukan dia dalam hidup kite..

    • Putri –

      Cinta itu datang sendiri tanpa putri sedari.. Ya mungkin putri boleh lihat tanda-tanda seseorang itu telah dilamun cinta seperti temunung sambil tersenyum, kekadang bercakap sorang2, sentiasa berkepit dengan handphone dan banyak lagi..

      Semoga dengan penjelasan ini dapat membantu putri dalam mencari cinta..

      Sekian,
      Luv
      Dr_Love

  16. Cinta itu indah pada awalnya,akhernya ia smakin sakit dan terus sakit,pada awal percintaan memang asyik,tpi sampai tibanya ia akan sakit seperti aku rasakan,aku menyesal mengenali cinta,tpi waktu tak boleh berubah,aku benci cinta

  17. Cinta memerlukan bahasa manis dan pengorbanan,tpi didunia dituruni napsu harta batin zahir dan sgalanya,cinta memang tiada,cuma kesakitan yang digelar cinta, sepi yang kesakitan pula digelar cinta,,memendam dipanggil rindu,membenci pula digelar kasih,sayang pula tidak dikenali..

  18. asalamualaikum,knpe perlu ade cinta,,aku pelik lah..

  19. Salam,

    Setuju dengan apa yg telah ditulis dalam entry, untuk meyelami erti sebenar cinta kita harus berbalik pada Agama Isalam. Bagaimana kita mencintai Allah dan Rasul semuanya datang daripada hati yang ikhlas.

    Begitu juga dengan Cinta sesama manusia, yang harus jujur dan ikhlas untuk menyintai seseorang itu. Tetapi yang penting bermula daripada hati yang suci.

    Sekian,
    Luv
    Dr_Love

  20. perlukah aku mencintai seseorang yang lain kerana aku sedang berusaha untuk melupakan seseorang yang aku paling sayang atas kesalahan aku berbuat yang dia tidak dapat maafkan aku lagi…

Tinggalkan komen